30 January, 2013

WW : Limau Mandarin





Happy Chinese New Year !!!


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Aqil & Ice Cream




Lokasi : Black Canyon Jusco Bukit Indah


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 January, 2013

Terima Kasih Waniey Sahabatku...




Semalam saya dapat bunga.....hehehe ntah tak tahulah bunga apa ni. Aqil, anak saya yang keletah ni lah bagi. Dia ambil dekat Taman Merdeka sewaktu ikut en.hubby pergi berfotoshoot sedang saya pula bekerja semalam. Iyerlahkannn...semalam saya bekerja sedang orang lain ramai yang bercuti sebab cuti ganti Thaipusam. Takpa lahhh, janji nanti Chinese New year saya bercuti 10 hari. hahahahahaha.....BEST!


Hari ini.....


Saya dapat hadiah dari seorang blogger yang dikenali ramai. Siapa lagi, kalau yang biasa ke laman beliau pasti tahu bila tengok sahaja doodle happy family yang kat kain tue.... Kain tu apa? Owhhh... itulah tudung bawal pelangi pemberian Waniey Qalief.

edited: Owhhh lupa nak bagi tahu, selain tudung bawal pelangi yang bewarna purple dan ada sedikit pink tue, Waniey juga sertakan sekali keychain pendayung. Hehehehe....teringat lebih kurang 10 tahun dulu. Saya pernah wakil negeri Johor dalam sukan Kayak. Jangan tak percaya yeaaaa....
(Credit to Solehah Shamsuddin sebab highlight keterlupaan saya di ruangan komen)

Terima kasih yang tak terhingga kepada Waniey Qalief, akan dipakai suatu hari nanti. Dan saya tak akan lupa se-snap dua untuk tatapan Waniey di Jitra. Kenapa Waniey bagi saya tudung ni? Sebab......Waniey sayang dekat saya, dan juga semua GSFian. Pasti yang lain akan dapat juga sebab kali ini saya dan Lelamaisara@Cute Mama yang bertuah.

Terima kasih sekali lagi Waniey....

Lagu ni saya tujukan khas untuk Waniey;


Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Waniey
Tolong bagitau aku tapau

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku









:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 January, 2013

......



TIDAK MASUK SYURGA ORANG YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN...

Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu gejolak hati kami. Hanya Kau sahaja yang tahu apa yang terjadi kerana Kaulah yang merencana semuanya. Kami redha, kami ikhlas menerimanya...

Kini ku menitiskan airmata....kerana drama itu... ANAK SAMPAH


Tapi.....kami tidak sama sekali akan melakukan itu. Yang Kau aturkan dalam kehidupan kami kini adalah sesuatu yang benar-benar merobek hati. Lebih-lebih lagi hati seseorang yang diantara kami. Seseorang yang sangat menyayangi dan merindui kedua puteranya. Seseorang telah memisahkan mereka dan sedaya upaya mengadakan jurang antara mereka. Apa salah dia? 

Penjelasannya begini. Kebenaran adalah keyakinan. Demi kebenaran atau keyakinan, berpisah dengan anak isteri itu perkara biasa. Bukan sesuatu yang pelik, lebih-lebih lagi bukan perkara asing dalam kebenaran! Apa yang saya tahu.... “memutuskan silaturrahim itu haram, tak cium bau syurga.”

Memutuskan silaturrahim dalam konteks hasad dengki, berdendam, bermusuhan kerana perkara dunia memanglah begitu. Tetapi dalam hal kebenaran dan keyakinan, memutuskan talian darah dengan pihak yang berhak itu jelas tidak adil sekali. Bolehkah darah itu ditukar ganti demi untuk menghilangkan semua tanda-tanda biologi dalam diri anak-anak itu sendiri? Logikkah kita menerima pemikiran jumud dan kolot seperti itu?

Berfikiran terbukalah, tiada jodoh antara kamu berdua. janganlah bersusah payah melakukan sesuatu yang dibenci Allah, kelak binasa hidupmu sendiri. Kami tidak membenci apatah lagi memulaukan seseorang yang telah menyeri hati salah seorang diantara kami. Segala masa dan ketika saat bahagia yang dikongsi bersamanya amat kami hargai. 

Tindakan memisahkan sama juga dengan melarikan. Sedarlah wahai kamu perempuan, sudah lama benar isi hati ini disimpan. Berkali-kali ku katakan, mereka itu anak kamu dan dia, janganlah bersusah-payah mahu memisahkan. Kelak dewasa mereka pasti mencari dan pastinya kamu akan dipersalahkan.

Redha lah dengan takdir yang ditentukan.......


N3 tiada tajuk...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 January, 2013

GA ( FM -1st TIME HANDMADE) dari CIK INTAN BERLIAN


Okeyyyy...saya nak joint GA dari BLOG CIK INTAN BERLIAN. Dialau-alukan juga anda, anda dan anda semua joint GA ni. Hurmmmm...nak tau tak Cik Intan nak bagi apa? Haaaa...tengok bawah ni. Cuba teka apa tue? Hehehehe...taulah itu anggur dan apple, tapi yang sebenarnya itu adalah Fridge Magnet. Mesti semua suka kan, dan akan terlebih suka bila saya katakan FM tu dibuat sendiri oleh Cik Intan. Hand made okeyyyyyyyy..... Jom klik kat gambo bawah ni dan akan terus bawa anda, anda dan anda semua yang nak joint terus ke N3 GA ( FM -1st TIME HANDMADE).


Cepat!!! Cepat!!!! Cepat!!!! tarikh tutup 28 Januari 2013, hari Isnin ni pukul 10 pagi. Cepat weiiiii!!!!

Okeyyyy...tada :)




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Keputusan Pusingan Pertama Piala FA


Saya baru sahaja balik dari Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin menyaksikan pertempuran antara Pasukan Johor Darul Tazim dan Pasukan Perak. Keputusan berakhir dengan 1-0 dimana jaringan adalah berpihak kepada JDT yang dijaringkan oleh Aidil Zafuan pada minit ke 48' di separuh masa kedua.

Sebelum itu, Johor FA telah gagal meneruskan perjuangan kerana tumpas dengan Pahang pada perlawanan di petang hari dengan keputusan memihak kepada Pahang 3-2. Senarai keputusan penuh pusingan pertama Piala FA musim 2013 adalah seperti berikut;

Johor DT ( 1 ) - ( 0 ) Perak
Kedah ( 3 ) - ( 0 ) NS Betaria
Sarawak ( 3 ) - ( 0 ) Melaka
Johor FA ( 2 ) - ( 3 ) Pahang FA 
T-Team ( 3 ) -( 2 ) Perlis FA 
Sabah ( 2 ) - ( 1 ) FELDA United 
PDRM ( 1 ) - ( 2 ) Pinang FA 
POS Malaysia ( 5 ) - ( 0 ) Kuala Lumpur FA
PBAPP FC ( 5 ) - ( 1 ) Preah Khan Reach
Shahzan Muda ( 0 ) - ( 2 ) ATM Tentera Darat

PKNS (1) - (0) Lions XII
UiTM FC (0) - (2) Negeri Sembilan

updated 28-Jan-2013

*Perlawanan antara UITM FC menentang Negeri Sembilan dan PKNS FC menentang Lion XII di tangguhkan ke 26/01/13, 4.15ptg akibat hujan lebat pada waktu asal.

Dengan keputusan tersebut, di perlawanan seterusnya, Johor Darul Tazim akan berhadapan dengan pasukan dari Kedah. Wahhhhhh, bertempurlah kita yeaaa Cik Ai, Waniey, M-Matatajam, Deq QienzBusyra.

Owhhh ya, tempuh hari Cik Nur ada tanya adakah saya akan berada di stadium disetiap perlawanan melibatkan Johor Darul Tazim. Jawapan saya, insyaAllah.......


Tetap bersama mu JOHOR. Sentiasa akan duduk sebaris dengan Boys.Of.Straits (BOS)


 Penyokong JOHOR yang sentiasa membanjiri stadium disetiap kali perlawanan. Ini membuktikan mutu bola sepak Malaysia sudah semakin maju.


Keadaan berasak-asak setiap kali perlawanan berakhir. Tapi kami tetap mengikut peraturan dan berjalan perlahan-lahan. Kereta menghormati motorsikal, Motosikal menghormati pejalan kaki, pejalan kaki menghormati wanita, wanita menghormati anak-anak kecil.....


p/s: Sedang menanti kehadiran 3rd Jersi - Pink Kaler di tangan.....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 January, 2013

WW : Kesayangan Mama



Puteri Aleeya Fatimah

Selamat Ulang Tahun my Luvly Princess
Mama sayang kamu sangat-sangat...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Mereka Anak-Anak Saya Juga



Naza Naufal Adam & Naza Naqeeb Imran







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Aqiqah RM1.00 Sempena Maulidul Rasul



Sebentar tadi saya menemui sebuah artikel di akhbar New Strait Times yang bertajuk RM1 Goat for Aqiqah Ritual.  Sebelum itu hal ini diberitahu oleh seorang rakan dipejabat, mengatakan bahawa ibu-ibu Muslim yang melahirkan bayi pada 12 Rabiulawal 1434 iaitu jatuh pada hari esok, boleh membeli seekor kambing untuk majlis Aqiqah bayi mereka dengan hanya seringgit sahaja. Hanya kelahiran yang dibuat di hospital-hospital Kerajaan sahaja layak memohon, manakala ianya terhad kepada 24 permohonan.

RM1.00 untuk seekor kambing. Percayalah, ini berita benar. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Encik Osman Cheya Kutty di nombor 019-756 3000, 07-3554200 atau terus melawat ke laman web beliau www.osmangoatfarm.com.

Ya Allah.....semoga Encik Osman serta keluarganya mendapat keberkatan di atas segala sumbangan yang akan diberikan. Menurut En. Osman dalam akhbar tersebut;

"Saya memulakan perniagaan ini sejak 20 tahun yang lalu dan dengan inilah cara saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan perbuatan yang baik sempena hari keputraan Nabi Muhammad s.a.w. yang jatuh pada hari esok," katanya.

Mereka yang berminat dalam tawaran itu boleh melawat pejabat Osman di No. 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau dengan membawa salinan sijil kelahiran anak mereka yang sah. 

RM1  goat for ‘Aqiqah’ ritual

Selamat Beramal...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Berjiwa Rakyat




Berdarah Raja tapi tidak kekok berada di padang bersama barisan pemain yang berbau peluh.



Bagindalah orangnya yang mewarnai sukan bola sepak Malaysia. Kerana Bagindalah stadium-stadium penuh terutama Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin setiap kali ada perlawanan lebih-lebih lagi yang melibatkan Johor Darul Tazim FC.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 January, 2013

Perlawanan Malam Ini : JDT 3 - PKNS 1



Video dibawah ini special dedicated untuk kesebelasan pemain Johor Darul Tazim FC malam ini...





Credit to : Radi Ahmad
Credit Camera : Nikon D7000



Gol Pertama dari Safee Sali, 19'
Gol Kedua dari Ahmed Ezrie, 61'
Gol ketiga Daniel Guiza, 86'



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 January, 2013

Pilihan Raya 2013



Info terkini dari PWTC:

Tarikh Pilihanraya telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Parlimen dikhabarkan akan dibubarkan pada hari Jumaat 22 Februari 2013. Oleh itu, Penamaan Calon akan dibuat pada 16 Mac 2013 iaitu hari Sabtu.

Maka dengan tarikh-tarikh yang tersebut di atas, tarikh Mengundi akan jatuh pada hari Sabtu 30 Mac 2013.

Bersiap siaga semua jentera untuk menghadapi Pilihan Raya yang akan menentukan arah tuju Negara untuk 4 tahun mendatang. Bersama-sama kita memartabatkan maruah bangsa, martabat Melayu, Institusi Beraja dan Agama Islam.

Masa depan kita terletak ditangan kita...

Undi adalah rahsia. Hanya kamu dan Allah s.w.t jua yang tahu.

Info dari sumber yang boleh dipercayai. Sekian...
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 January, 2013

Aksi Padang : JDT vs ATM




 Tergolek dok

 Ace'ehhhh Ace'ehhhh

 Haaaa tarik baju....

 Haaaa....ngelat yeaaa, main kepala ehhh

Adakang belaga kepala 2 orang tue..

Keputusan seri, Johor Darul Tazim 2, Angkatan Tentera Malaysia 2


Camera : Nikon D7000


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Luaskan Kuasamu JOHOR : JDT vs ATM



Laungan LUASKAN KUASAMU JOHOR akan bergema setiap kali ada perlawanan bola sepak di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin. Lebih-lebih lagi dalam musim Liga Super yang sedang berlangsung sekarang ini. Pasukan kegemaran saya sudah pastinya Darul Tazim FC (JDT).

Malam semalam adalah malam kedua saya menjejakkan lagi ke stadium keramat ini untuk menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu iaitu antara Darul Tazim FC (JDT) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Stadium memang cukup padat, penuh sampaikan ada yang tidak mendapat tiket berada di luar dan tidak dibenarkan masuk. Sempat saya menjenguk keluar sewaktu untuk membeli minuman yang dijual di pagar masuk stadium pada rehat separuh masa pertama.

Perlawanan antara JDT dengan ATM sangat-sangat sengit. Hanya yang berada di dalam stadium menyaksikan secara live sahaja yang tahu bagaimana jerit perih pemain berhempas pulas mempertahankan gawang masing-masing dan juga sedaya upaya hendak menjaringkan gol. Banyak juga gol terlepas dari JDT tapi itu semua sudah ketentuan kerana bola itu bulat dan tidak boleh diletakkan semua kesalahan kepada pemain. Kami sebagai penonton sangat memahaminya dan tetap akan ada memberi sokongan.

Perlawanan berakhir 2 sama, dan kesemua jaringan adalah pada permainan di separuh masa pertama. Walau apapun, penyokong Johor memang terbaik dan tak dak ada penyokong negeri lain yang dapat menandingi kami. Kami tak buat onar di stadium, tiada rusuhan yang berlaku, tiada pembalingan mercun atau botol-botol. Cuma yang ada resit pasaraya jer yang dibaling dari atas dan ianya nampak cantik sangat....maaf pada tukang bersih stadium, kami tak bermaksud nak menyusahkan kamu.

Owh yaaaa, insyaAllah perlawanan seterusnya yang akan berlangsung di Stadium Larkin adalah pada 16-Februari-13. Kalau tak ada apa hal saya akan berada di stadium keramat itu lagi. Kalau nak tengok jadual penuh perlawanan, bolehlah ke blog Hai-Kal dalam N3 beliau yang INI.


Suasana di pintu masuk stadium. Penuh sesak dan ini adalah Pintu C

 Keadaan dalam stadium yang telah penuh sesak sejak 8.00 malam sedangkan perlawanan bermula 8.45 malam.

hahahaha... Gol pertama ATM

 Yeahhhhh!!! Gol pertama JDT beberapa minit kemudian.

Luaskan Kuasamu Johor

 Penyokong yang tak pernah penat. Tabik spring kat u all.

Walaupun hujan, masih tidak berganjak memberi sokongan.

 Penyokong-penyokong setia JDT menantikan gol seterusnya.

 Berhempas pulas

Penyokong-penyokong ATM yang diberikan tempat selamat. Jangan risau, penyokong Johor tak ganas.

 Kad kuning untuk pemain import ATM

 Hahahaha...tarik jer baju dia. Koyakkan pown takpa.

Apalah yang tak puas hati tu Gueza? 

 Gol kedua ATM

Gol kedua JDT

 Separuh masa pertama, keputusan terikat 2 sama

 Kami....

Penyokong Setia


Next N3 saya nak tulis pasal budak-budak ni yang menggamatkan suasana di Stadium. Semua mata penyokong tertumpu ke arah mereka. Sewaktu perlawanan JDT menentang Perak, saya duduk di bahagian sebelah sana dan melihat saja gelagat mereka ni. Tapi semalam sewatu JDT bertemu ATM, saya berada dikalangan mereka.

LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget