05 May, 2012

Bila Deria Ke-6 Diaktifkan

Sudah lama saya mahu mengupload video ini dan beberapa video lain. Tapi akal normal saya masih mengatakan tidak kerana takut orang lain menyalah anggap tindakan saya ini. Bagaikan percaya ataupun tidak dan anda lihatlah sendiri nanti.

Sebelum ini telah banyak juga orang lain memperkatakan tentang pengaktifan OTAK TENGAH ini. Mulanya kami juga tidak percaya, tetapi setelah ianya berlaku pada salah seorang anak kami dan ianya berjaya, kami mula mengkagumi keajaiban ini.

ANAK SAYA MEMPUNYAI DERIA KE-6

Maksudnya.....
Anak saya boleh melihat walaupun matanya ditutup. Tak percaya?
Anda mesti mempercayai ini. Deria ke-6 Adam Danish telah diaktifkan pada tahun lepas dan sehingga kini deria ke-6 Danish masih berfungsi dan semakin advance.



Pasti anda tertanya-tanya bagaimana ini boleh terjadi. Sedangkan bagi kami juga ini adalah fenomena luar biasa kerana sebelum ini akal waras kita hanya tahu ahli silap mata yang berlatih bertahun-tahun sahaja dapat melakukan seperti apa yang anda lihat tadi, Danish boleh melihat dengan mata tertutup.

Apa pendapat anda sekarang? Danish ada beberapa video lain yang lebih extreme dari itu yang akan saya upload ke blog ini secara berperingkat. Bukan untuk membangga diri, tapi sekadar untuk menunjukkan bahawa fungsi otak manusia boleh lakukan lebih daripada batasan. Menurut ilmu pengetahuan yang kita pelajari disekolah dulu lagi bahawa manusia sebenarnya melihat menggunakan otak, bukan dengan mata kerana otak yang mengawal mata. Mata hanyalah jendela dari otak dan otak tengah itu sebenarnya yang berperanan untuk menghubungkan kedua belah otak manusia iaitu otak kiri dan otak kanan kerana kebanyakan dari kita hanya mengetahui kewujudan dua belah otak ini sahaja.

Cuba anda search di google mengenai Albert Eistein sekarang. Ilmuan genius ini hanya menggunakan 10% sahaja dari keseluruhan fungsi otaknya. Kenapa? Tak percaya ke? Oleh itu, jelas di sini masih ada 90% lagi misteri fungsi otak yang perlu diterokai. Bagi kita manusia biasa ini pula, hanya menggunakan 1-5% sahaja fungsi otak.

Jadi secara positifnya saya mengakui bahawa otak tengah berfungsi untuk menjadi penghubung kepada kedua belah otak yang kita sedia maklum sebelum ini. Walaubagaimanapun, menurut pakar yang berjaya mengaktifkan otak tengah Danish mengatakan bahawa hanya kanak-kanak berusia dari lingkungan 5 hingga 15 tahun sahaja yang boleh diaktifkan otaknya. Tetapi ada juga kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur ini tidak berjaya mengaktifkan otak tengahnya kerana beberapa faktor yang sukar difahami oleh akal manusia.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

9 comments:

Chic Na said...

Subhanallah. amazing! br tau pasal ni. means sume org ada 6th sense tu cuma tak aktif.
danish masuk kelas ni utk berlatih aktifkan otak tgh ye kak? ada eh kelas yg provide latihan camni?
bertuahnya danish. best je tgk mula2 slow2 je dia teka pastu makin lama makin cepat dpt.
ok tak sabar nak tgk video lain2 yg advance. plsss.. :)

RIZZNA said...

Findout more viden under label *otak manusia*

Chic Na, i believe kt luar sana ada rmai knk2 yg tlh d aktifkn otak tengah mereka. Ths is true, otak knk2 masih fresh utk d aktifkn. Tapi...tdk semua yg boleh adapt dgn anugerah ini.

Chic Na said...

maybe tp takde exposure pun pasal benda ni. banyak parents yg xtau kot.

ok nak cekout nnti. TQ 4 the knowledge sharing. :)

Anonymous said...

kelas tu kat mana ek kak

Anonymous said...

blaja benda2 mcm ni mcm x elok je.. nanti takbur.. n utk ape buat benda2 mcm ni..

Unknown said...

Wow aku pon nk jgk..ler..
Ade deria keenam..bole sdh jdi shinobi..
#naruto.
Hehe..just kidding.

Unknown said...

Mak aku pon ade jgk 6 sense..tpi mak cme bole rasakan apa yg akn brlaku...
Contoh dpt rsakan masa depan..

Unknown said...

Tpi kn best kalao ade 6 sense yg dpt ubah masa dpn..cm dlm citer naruto..#izanami izanagi..
#naruto

Unknown said...

Just jngn fikir negatif. Sye ad 6 sense. Alhamdulillah tak terjerumus kat benda2 lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...