30 October, 2012

★J★O★D★O★H★

Ayat kawan-kawan tak puas hati~

*Bercinta dengan si L, tapi kawin dengan si M*

*Berkawan dengan R, bercinta dengan S, berkasih dengan T, last-last kawin dengan R*

*Benci sangat dengan si D, kawin juga dengan Dia tu*

*Bercintalah dengan A ke B ke C ke D ke, tapi kalau dah jodohnya dengan Z, Z jugalah akhirnya*

Ayat makcik-makcik kat mesyuarat tembok~

*Apsal si P tu tak kawin lagi erk, tak laku agaknya*

*Si J tu memilih sangat, sebab tu tak kawin-kawin*

*Si Q tu sampai tua lah tak kawin kot, sangkak agaknya*

Tu belum cerita pasal mandi bunga....

-------------------------

Diluar kebijaksanaan kita bercerita pasal jodoh. Jawapan yang paling mudah dan selamat, hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan nya nanti. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

JODOH ITU RAHSIA ALLAH






Sumber: BERNAMA



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 October, 2012

Sum Sum Sup Sedap

Semalam saya masak sup tulang di rumah ibu mertuaku. Hehehehe....saja jer mentioned tempat tue. Sebab... bukan sebab ibu mertuaku tak pandai masak sup yeaaaa.... Untuk pengetahuan, beliau sangat hebat dalam soal masak memasak ni, sehinggakan jangan ada yang tak percaya... saya jarang ke dapur bila balik ke rumah ini (rumah en.hubby ni lah). Tapi semalam, saya masak sup tulang seorang diri. Sebab...

Sebabnya ibu mertua saya tak makan daging lembu atau kambing. Hurmmmm...taktau kenapa yea. Tapi sebenarnya beliau boleh jer masakkan kami masakan berasaskan lembu dan kambing. Cuma saya tak sampai hati pulak, dahlah nak makan sup tulang, minta beliau pulak yang masak. Tak ke kejam namanya tu. Maka itulah saya sendiri ke dapur menyiapkan sup untuk di makan.

Okeyyyyy...baru start nak menjerang

Haaaa... nilah tulang lutut yang banyak sum sum nya.

Masukkan perencah tradisional buatan tangan sendiri. Tumbuk okeyyyy..

Beberapa jam kemudia, sup mendidih dan siap untuk dihidang.

Wallaweiiiiiiii........ straw mana straw??? Hurmmmm sedapnya

Rendang ni ibu mertuaku yang buat. 

Saya memang suka gila sedut sum sum tulang kaki, kalau orang pown boleh di masak sup, saya pun nak sedut juga sum sum tulang tue. (bluewwweeekKKkkKk)

Ibu mertua saya sebenarnya pelik tengok saya makan sup tulang ni. Nak tau apa ayah mertua saya cakap pula?
"Dah macam Jin makan tulang"

Hehehee...tak kesahah, jin pun jin lah.

Siapa yang buat penyembelihan? Bahagian mana yang menjadi pilihan? Otak, tulang, kaki, ekor, urat, kulit, atau isi saja? Eahhhh....sapa kata kulit tak boleh makan? Boleh laaaaa....bakar dulu tau sebeum buat apa-apa.



p/s: apa nak buat hari nie eakK selain mengadap assignment yang memeningkan kepala nie?




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 October, 2012

Hari Berjalan Kaki Sedunia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hey you all semua, perasan tak iklan Nestle seperti gambar di bawah ni?

Kik pada gambar untuk info lanjut.



Esok adalah hari berjalan kaki sedunia. Maka, marilah kita sama-sama menyokong kempen ini, yeaaaa memang sungguh baik untuk kesihatan. Tak ada kesesakan lalu-lintas, tak ada asap kenderaan, tak ada maki hamun di jalan raya serta kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan juga zerro barangkali jika semua orang menyahut cabaran Hari Berjaan Kaki Sedunia ini.

Ada 6 negeri yang mengadakan aktiviti ini secara besar-besaran iaitu di Putrajaya-Kuala Lumpur, Ipoh-Perak, Kuantan-Pahang, Johor Baru-Johor, Sabah dan Sarawak.  

Jom kita sama-sama memberi sokongan. Sekiranya tidak berkesempatan menyetainya di tapak-tapak program pun takpa, apa kata kita berjalan kaki sahaja pada esok hari sama ada ke kedai Cik Jah kerrr  atau ke rumah Kak Peah kerrr  atau ke kebun Wak Ajis kerrr, atau kemana saja. Tak mungkin ada yang tak percaya bila saya kata, berjalan kaki ni akan menyihatkan tubuh badan. Kalau ada yang tak percaya tu mesti dia............hurmmm malas nak cakap, nanti jadi issue pulak.


Percayalah, berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.

Faedah berjalan kaki

  • Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
    • Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
    • Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
    • Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
    • Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
    • Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
    • Mengekalkan kekuatan otot.
    • Mengurangkan risiko osteoporosis
    • Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
    • Mampu meningkatkan keyakinan diri.

Bagaimana untuk bermula?
  • Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
  • Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
  • Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
  • Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
  • Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.

Teknik-teknik berjalan dengan betul
  • Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
  • Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
  • Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
  • Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
  • Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
  • Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  • Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
  • Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

Cara Mudah Untuk Berjalan
  • Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
  • Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
  • Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
  • Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
  • Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
  • Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.



Jadi...
Marilah kita mulakan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan hidup sekarang dan akan datang.

p/s: Secara tak langsung, kita mengingati jemaah-jemaah Haji yang sedang mengerjakan ibadah di Tanah Suci dengan berjalan berpuluh-puluh kilometer untuk melengkapkan Rukun Haji mereka.


ALLAHUAKHBAR!!!!




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih pada semua yang sudi jengah dan baca-baca blog saya yang tak seberapa nie. Terima kasih juga pada semua yang sudi komen-komen N3 saya yang biasa-biasa tue. Terima kasih pada semua yang sudi follow saya dan tak jemu-jemu datang dan datang lagi setiap kali ada N3 baru dari saya. Terima kasih yang tak terhingga pada keluarga GSF yang sentiasa memeriahkan suasana di bog saya.

Sebenarnya N3 terima kasih ni adalah yang terlewat untuk Chic Na dan Waniey. Tapi bukannya saya melupakan mereka yang dah bagi hadiah kat saya. Cuma saya tak sempat saja, nak snap-snap gambar, download, tunggu matahari, susun ayat-ayat puitis.

Waniey mengirimkan brooch istimewa tanda persahabatan. Terharu saya menerimanya. Waktu saya mendapat kiriman, Waniey diketika itu sedang menghadapi ujian dalam hidupnya. Semoga Allah memberikan jalan yang terbaik untuk Waniey & Qalief. InsyaAllah, saya juga ada sesuatu untuk Waniey moga dapat membantu meringankan serba sedikit kegusaran di hati mereka.



Kiriman seterusnya baru saja terima seasa lepas daripada Chic Na. Actually Chic Na bagi hadiah birthday. Birthday saya bulan lepas, terharu plak bila terima. Dalam bungkusan tu ada coklat dan coin purse dan dicetak dengan nama CiM (initial bagi nama saya di blog). Comel tak???? Terima kasih Chic Na, tak tau nak cakap apa dah.


Owhh yaa, untuk coklat yang Chic Na krim tue, memang sedap. Terasa keenakkannya. Sesiapa kalau nak order, bolehlah ker FB page CikNa's Coklat Haven (CCH). Like tau jangan tak like, lepas tu ajak kawan-kawan skali eahhh.


Okey itu saja ucapan terima kasih saya.

Eahhh...cerita pasal hadiah birthday saya, saya nak ingatkan kawan-kawan, Mama Arina dah war-warkan aktiviti baru. Gi lah jengah ke blog Mama Arina yeapppp.....





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 October, 2012

Nabi Allah Ismail a.s. & Ibrahim a.s.

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha...

Rindu hati ini kepada kedua Ayahnda dan Bonda yang kini berada di Tanah Suci, sayu hati ini bila tidak dapat mengucup tangan mereka sepertia biasa di pagi raya, bangga hati ini bila mengenangkan mereka yang sedang berjuang dalam pengembaraan mencari keredhaan Allah s.w.t.

Semalam dapat berbicara seketika dengan keduanya yang sedang asyik mengutip batu di Mudzalifah untuk aktiviti seterusnya iaitu melontar jumrah. Malam semalam mereka bermalam di Mudzalifah dengan jutaan manusia. Semoga Allah s.w.t. memberi kesenangan kepada mereka di sana. Tambahan lagi bila mendapat khabaran Ayahnda tidak begitu sihat di sana. Ya Allah.... aku percaya Engkau tak akan menguji hambamu diluar keupayaannya.

Ayahnda kami bernama Ismail, dan terdetik di hati untuk mengimbas kembali sejarah Haji di antara Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Mengingat kembali peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS serta kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail AS dan keredhaan isterinya Siti Hajar, demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ


Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
Dr Abdul Karim Zaidan berkomentar terhadap ayat ini, “Demi Allah, saya tidak tahu yang manakah dari keduanya lebih saya kagum, sang ayah Ibrahim; orang tua berwibawa mendapat mandat dari Rabbnya, tidak tertahan oleh jiwa manusia kecuali Ibrahim, Allah perintahkannya untuk menyembelih dengan tangannya satu-satunya anak yang baru dikurniakan Allah pada umurnya yang tua dan senja. Ataukah saya takjub dengan anak muda pintar, Ismail yang respon kepada pertanyaan orang tuanya ‘aku ditugaskan untuk menyembelihmu, apa pendapatmu? Pemuda berjiwa besar ini memanggil ayahnya dengan nada lembut ya abati (wahai ayah) tidak berubah dalam pandangan dan hubungan dengan ayahnya meski pun meminta pandangan untuk menyembelihnya...bahkan ia mengingatkan ayahnya bahawa dia sedang melaksanakan perintah Allah, Wahai ayah lakukan apa yang engkau diperintah untuknya. Seterusnya menyokong ayahnya dan cuba menghilangkan gangguan emosinya dengan katanya..engkau akan mendapatiku Insya Allah termasuk orang-orang sabar
Ketaatan dan kepatuhan keluarga Nabi Ibrahim kepada Allah swt dalam menghadapi ujian berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 106 hingga 109:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ. وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ. سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim"

sumber dari : Manhajqurani


Di dalam kisah Nabi Ismail, kita dapat pelajari bahawa ;

i.Mengikat Diri Dengan Perintah Allah

Wajib seseorang muslim mengikat diri dengan perintah Allah dan bersegera melaksanakannya dengan penuh redha dan menerima tanpa ragu, malas atau banyak soal jawab. Inilah dilakukan oleh Ibrahim a.s. yang menerima perintah dari Rabbnya untuk menyembelih anaknya Ismail. 

ii.Ismail a.s. adalah Contoh Pemuda Muslim

Kisah Nabi Ismail adalah kisah pemuda muslim beriman kepada Allah, diuji dengan ujian berat iaitu mati disembelih oleh tangan ayahnya sendiri, tapi ia tidak takut atau bimbang. Malah ia menyokong ayahnya untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Ismail adalah contoh pemuda muslim. Pemuda muslim hari ini perlu mempunyai idola yang boleh membangkitkan makna-makna iman, membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat dan perangkap syaitan. 

iii. Menghilangkan Kesedihan Dengan Taat Kepada Allah

Sesungguhnya Allah swt menghilangkan dari kaum muslimin yang melaksanakan perintah Allah kesempitan dan cubaan-cubaan selagi mereka sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan perintah Allah swt. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt.

iv. Ujian Allah Terhadap HambaNya Yang Beriman

Hendaklah kita percaya dan mengetahui bahawa Allah swt memberikan bala dalam bentuk ujian dan cubaan agar zahir apa yang tersembunyi dalam jiwa mereka, sejauhmana ketaatan ketika tersepit, memegang panji-panji Islam waktu genting dan sukar. Di atas Allah swt menguji Nabi Ibrahim supaya menyembelih Ismail sekali gus ujian bagi anaknya Ismail, adakah ia membantah atau taat kepada ayahnya?...hendaklah diketahui bahawa ujian Allah swt terhadap hambaNya mukmin adalah hak mutlakNya. Dia jualah yang menentukan jenis dan bila ujian itu diturunkan. Ini wajib diketahui kerana ia sebahagian daripada aqidah Islamiah. 

v. Berhias Dengan Akhlak Islam

Sama-samalah kita menjadikan tajuk akhlak sebagai bahagian penting dalam kehidupan sehingga kita benar-benar layak untuk mendapat pertolongan daripada Allah swt tatkala berdepan dengan kesulitan.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang Muslim, tidak boleh meninggalkan perintah Allah swt dan juga syariatNya dengan apa jua alasan sekalipun atau mendahulukan keinginan atau manfaat ke atas diri sendiri dan keluarga atau sesiapa sahaja. menurut perintah dan melaksanakan suruhan Allah lebih utama dari yang lainnya.

Dan dengan imbasan sejarah Nabi Allah Ismail ini jualah, saya serta adik beradik yang lain sentiasa berdoa agar Ayahnda kami diberikan kekuatan untuk menempuh segala jua ujian dan cubaan dalam mengejar Haji yang Mabrur. Doa kami juga untuk Ibunda agar hatinya sebesar hati Siti Hajar serta sentiasa sihat untuk terus berdampingan dengan Ayahnda di dalam saat dan ketika apapun.

Amin.....


Aktiviti mereka seterusnya; Melontar



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 October, 2012

Doa Mustajab di Hari Arafah

Tarikh 9 Zulhijjah dipanggil sebagai Hari Arafah kerana pada 9 Zulhijjah umat Islam yang menunaikan haji akan melakukan wukuf di Padang Arafah. Maknanya, tahun ini Hari Arafah akan jatuh pada hari Khamis (25-Oktober-2012). Wukuf adalah rukun Haji yang ke-2 walaubagaimanapun Wukuf adalah rukun haji yang tama daripada yang lain-lainnya.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Digalakan berdoa pada Hari Arafah.
Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi saw. bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)


---------------------------------------------

Jadi, menjadi peringatan kepada saya dan yang lain, kita digalakkan berpuasa seelok-eloknya tiga hari sehingga sampainya hari Arafah. Maknanya, sejak 23 hingga 25 Oktober kita digalakkan berpuasa. Entry ini mungkin telah terewat sedikit, tapi apa salahnya bagi yang terbuka hati untuk bersama-sama menikmati kebikmatan dan keberkatan Hari Arafah, bolehlah kita sama-sama berpuasa dua hari bermula hari esok sehingga lusa kerana Hari Jumaat kita diharamkan berpuasa kerana hari itu adaah Hari Kebesaran sambutan Aidi Adha.

Kepada sahabat-sahabat ku sekelian, ingin saya berkongsi sedikit info yang sangat berguna. Di Hari Arafah, berjuta-juta umat Islam yang mengerjakan Haji akan berkumpul di Padang Arafah. Dan dikala itulah, kita yang berada di bumi lain selain dari Tanah Haram, digalakkan MENGHENTIKAN SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI DUNIAWI yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kemaksiatan termasuklah, berFB, berTweeter, berBlogging, bermain Game, menonton televisyen dan sebagainya. Berjagalah kamu sehingga sepertiga malam, bermunajatlah, berzikirlah, bertafakkurlah kita menghadap Ilahi dengan sama-sama memanjatkan Doa kerana disaat itulah langit Allah s.w.t terbuka dengan luasnya menerima semua Doa bukan sahaja dari Makkatulmukarramah. Saya sangat berbesar hati untuk menyarankan agar kawan-kawan bersiaran langsung bersama-sama dengan jutaan umat Islam di Padang Arafah. Saya percaya, akan ada beberapa siaran televisyen yang akan menyiarkan aktiviti Berwukuf secara langsung untuk tatapan kita.

Marilah kita sama-sama ber Doa;




Padang Arafah yang dibanjiri umat Islam

Gambar Padang Arafah yang yang diambil dari udara.


Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk kedua Ibu Bapaku serta saudara-saudara ku yang lain sehingga tibanya Hari Arafah dan seterusnya melengkapkan Haji mereka dengan mendapat Haji yang Mabrur.

Amin......








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 October, 2012

Nak Kawin Lagi??

Haritu saya terbaca N3 Cik Aini di pagi Sabtu tentang Poligami. Kemudian saya ada komen di ruangan biasa tang bawah tue; bunyinyer macam nie " Owhh....okay, think positive. CiM bagi jer en.hubby nak poligami ker, politik ker, polyteknik ker, polymer pown boleh. Dgn bersyarat.... syaratnya.... nanti CiM sambung lain kali.  "

Jadi, saya berbesar hatilah nak buat N3 nie yang sebenarnya en.Hubby dah tau dah pun jawapannya sejak azali lagi tentang kebenaran saya terhadapnya jika hendak berpoligami. Boleh jer...kann kann kannn en.Hubby, saya bagi jer kalau dia nak berpoligami. Asalkan cukup semua syarat di bawah nie. Saya tak mintak banyak pun, cuba tengok tak keterlaluan kannn.
  1. Duit perbelanjaan bulanan sebanyak RM5000.00 sahaja.... sikit jer tue kan... dan dimasukkan ke dalam akaun saya setiap bulan tak boleh miss. 
  2. Duit perbelanjaan untuk anak-anak saya dengan jumlah yang sama RM5000.00 setiap bulan setiap seorang. Misalan kalau tiba-tiba saya termengandung lagi iaitu anak ke-3, so anak itu juga berhak dapat jumlah yang sama setiap bulan. wang-wang itu akan saya uruskan dan nama pendua bank anak-anak saya hendaklah atas nama saya.
  3. Sebuah rumah banglo yang saya pilih sendiri lokasinya dan juga hiasan dalammannya dan telah diubah suai mengikut kehendak saya. Lengkap dengan 2 orang pembantu rumah yang saya pilih sendiri. Rumah Banglo tersebut dan segala isi di dalamnya hendaklah dibeli dengan cash dan dinamakan ke atas nama saya. 
  4. Sebuah kereta idaman saya, yang tak berapa mahal tue, BMW 7S jerrrrr. Okey kan...bukannya minta Fair Lady ker, Ferrari ker atau Mustang ker. Kereta tersebut hendaklah dibeli dengan cash dan dinamakan ke atas nama saya. 
  5. Membiayai yuran persekolahan/universiti anak-anak saya keseluruhannya sehingga tamat pembelajaran.
  6. Apabila anak-anak saya sudah mencapai umur layak memiliki lesen memandu, en.hubby wajib membelikan kereta idaman anak saya mengikut kehendak mereka secara tunai, taknak hutang, buat masalah jer nanti dan dinamakan ke atas nama mereka.
Sebelum urusan akad nikah yang baru dibuat, en.hubby kena tandatangani surat perjanjian yang mana beliau bersetuju dengan syarat-syarat saya yang tak seberapa tue seperti diatas (dan mungkin akan di update mengikut peredaran semasa). Sekiranya perlanggaran syarat berlaku, semua harta en.hubby dan bakal isterinya sama ada di dalam negara ataupun di luar negara akan dirampas, dan kedua-dua mereka akan dijual.

So, macam mana? Mudah jerkannnnnnn. Kalau berani, kawinlah lagi. Its okey for me. Bukannya mata duitan sangat pun, cuma perlu pastikan nasib saya dan anak-anak terbela dikemudian hari nanti kerana susah payah kita selama ini perlu dihargai.


BAGITAPISEBENARNYATAKBAGI






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 October, 2012

Keriangan Berganda

Hari ini saya sangat happy, sangat suka, sangat gembira..... Oppsss...bukan sebab dah kenakan orang dengan N3 Ular saya sebelum ni. No No No... sory pada sesiapa yang termuntah hijau, atau trauma, atau terkedu ata apa saja selepas tengok N3 saya sebelum ni. Ampun kan saya.....

Keriangan berganda saya adalah disebabkan oleh;

  • Kakak kesayangan saya (Liza Ismail) telah memberikan teman baru pada Abang Ipar saya (Zul Shohor), nombor 3 okey. Tahniah kepada kamu berdua, bertambahlah ahli keluarga Ismail. Jadi....memperkenalkan our new hero, Mohamad Ilham Mikhail Bin Mohamad Zulkefli

  • Keduanya kami mengucapkan Syukur Alhamdulillah, dengan kecanggihan sistem maklumat sekatang ini, Atok dan Nenek Ilham Mikhail yang kini sedang berada di Makkah juga sudah dapat melihat Ilham Mikhail walau hanya dalam skrin monitor sahaja tanpa dapat didakap dan dicium Doa dari Atok dan Nenek sangat-sangat kami harapkan untuk kesihatan Ibu dan Bayi ini. Terima kasih sahabat, Nonie Jasmi yang membantu menunjukkan berita gembira ini kepada Atok, Nenek, Wan, Tok Aji dan Mama Midah di sana. Terima kasih Nonie Jasmi, hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas akebaikan kamu dan kami disini mendoakan agar kamu sekeluarga diberikan kesihatan yang baik sewaktu datang waktu Wukuf di Arafah.

  • Akhir sekali, kereta kesayangan saya Babyblue dah keluar wad hari ini. Tapi sampai rumah dah malam-malam kala, so tak sempat nak snap-snap wajah baru. Tapi nilah gambar-gambar waktu babyblue berada di wad sedang dirawat.

Jom lah kita balik sayang, kat situ ada banyak hanjeng. Kita gi mandi ngan samak skali yeaaa..


Okey, sudah berkilat dan sedang tidur di porch rumah.

Sebenarnya ada sedikit ketidak puasan hati sewaktu kami nak ambil kereta ni dan hal ini telah pun diberitahu lebih awal. Kami terpaksa membayar sejumlah RM200.00 untuk getah cermin hadapan yang perlu diganti atas sebab Insuran tidak cover ganti rugi ke atas getah cermin melainkan ianya dinyatakan. Ini termasukklah tinted cermin yang pecah tidak akan diganti sekiranya sebelum ini (sebelum cermin di langgar) pemilik kenderaan ada memasang tinted pada cermin. Hurmmm....nak saja saya telefon perempuan yang langgar tu dan minta RM200 tu daripadanya. Tapi, untunglah saya disabarkan oleh en.husband yang baik hati tu. Maka terpaksalah kami keluarkan RM200 tue. Nak buat macam mana, daripada kami kena bayar total ~ RM3000 untuk membaik pulih semua kerosakan.


Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. 

  • Pada asalnya kakak saya dikatakan terpaksa operation kerana keadaan bayi dalam kandungan tidak mengizinkan ia bersalin secara normal. Tapi, dengan kuasa Allah semuanya dipermudahkan.
  • Kereta kami dapat disiapkan dengan lebih awal seperti dijangkakan dan keadaan kereta nampak seperti baru. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, disebabkan kecuaian orang lain kami mendapat modifikasi baru keatas kereta.
  • Alhamdulillah, dengan izin Allah kami ada kewangan yang mencukupi untuk membayar jumlah RM200 tersebut. Lebih-lebih lagilah dalam keadaan nak menyambut Hari raya Aidil Adha ini.

Terakhir sekali..... petang tadi saya sekeluarga pergi makan Steam Boat kat RAWA, Taman Gaya. makan sampai kenyang....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tak Geli Pown~~~

Hahahaha, tajuk belagak giler.


Jangan ada yang muntah hijau yeaaa bila tengok beberapa keping gambar di bawah nie....

Especially ... Dya, Ayu, Lelamaisara & jugak Ai yg kaki gelak tue

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
!!!!!!TARRA!!!!!



Kalau tak silap, gambar ni diambil pada tahun 2010. Masa ni di Zoo Johor, ada pameran 
Binatang Liar.... Binatang Kesayangan Ku... 

Lihatlah...kami sekeluarga memang tak takut ular. Cuma Abang dan Adik tu takut kot-kot kalau harimau disebelah tu terkam. Mana taknya, tangan dia tu dok macam nak mencapai jer....hehehe...


Haaaaa....yang ni masa kami (saya & en.hubby) pergi honeymoon last year (2011) di Sabah. Pemandangan diambil dari Green Point di mana tempat pemuliharaan binatang liar di Sabah.

Liar tauuu....So, ular sawa tu terpaksa sealed mulutnya kerana masih ada bisa. Seram juga kalau sawa tu memberontak dan membelit badan saya. Argggghhhhhhh....taktau dah skang ni kat mana. 


Yang ni ular lidi jer, tak boleh pegang dengan tangan takut akan membahayakan diri sendiri dan juga membahayakan ular itu sendiri.


So.... sapa yang dah muntah tue???

Amacam? Okey tak kesinambungan cerita dari Karukord Jagaus?



Sekian terima kasih :)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Harapan...

Kadangkala, manusia tidak berjumpa tempat yang betul untuk meletakkan harapannya di dalam kehidupan yang sungguh mencabar ini.

Sebab itulah, mudah sekali untuk manusia berputus asa bila ditimpa bencana sehingga mungkin ada yang memilih jalan negatif untuk menghentikan tekanan di dalam hatinya. 

Hakikatnya, bila dia melakukan sebegitu, adakah dia bertemu harapan baru untuk hidupnya?




Maka, sebab itulah Allah S.W.T. menjadikan kita dalam bentuk pelbagai, baik dari sifat, perwatakan, persepsi, tingkah laku, peradaban,  dan kita yang menumpang sementara di bumi Allah ini disuruh berbaik-baik antara satu sama lain. Sekiranya kita dapati salah seorang di antara kita kehilangan arah, maka kitalah yang bertanggungjawab untuk membawanya kembali ke jalan yg benar yang diredhai Allah agar dia tidak merasa kesepian dan tidak sesekali merasa putus asa dan tertekan. 

Oleh itu...kitalah harapan dia.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 October, 2012

Membeza-bezakan anak-anak

Salahkah kita membeza-bezakan anak-anak?

Saya cuma ada dua orang anak sahaja. Tapi memang sangat ketara, kadangkala saya sepertinya membezakan kedua-dua anak saya ini. Memang kalau orang yang rapat dengan saya mengakuinya kerana saya sepertinya lebih sayangkan anak bongsu saya berbanding anak yang sulung.

Saya sedar akan tindakan saya yang salah itu. Tapi percayalah saya benar-benar sayangkan kedua-dua mereka tanpa berbelah bagi cuma perhatian itu lebih kepada yang kecil. Contohnya, saya selalu menyuruh Abang melakukan sesuatu perkara lebih dari apa yang saya suruh Adik lakukan, itu bermakna saya lebih mempercayai Abang. Jadi saya suruhlah dia lakukan perkara tersebut. Saya juga sering memarahi Abang, bukan kerana saya bencikannya, tapi saya mahu dia lakukan perkara dengan baik, marahkan kerana sayang. Dah sifat saya menegur ada sedikit garang, nak buat macam mana?

Baiklah, saya mengakui, tak elok membeza-bezakan anak-anak. Saya akan cuba memperbaiki tingkah laku agar tidak nampak terlalu ketara saya membezakan mereka berdua. Saya akan cuba sedaya upaya mengikuti petua di bawah ni;
  1. Berikan kasih sayang yang sama terhadap anak-anak, tanpa membezakan mereka samada sulung, tengah ataupun bungsu.
  2. Jika seorang anak memiliki tingkat kecerdasan lebih dari anggota keluarga yang lain, berikan pujian kepadanya secara wajar dan tidak berlebihan. Jangan sampai puji-pujian itu membandingkannya dengan adik beradik yang lainnya. Sikap suka membanding merupakan pesan negatif yang diterima anak yang belum faham perbezaan.
  3. Selalu memberikan motivasi untuk semua keluarga, meskipun ada di antara anak-anak yang gagal atau belum berhasil mendapatkan sesuatu berilah semangat kepadanya, Hiburlah mereka dan jangan menyalahkan atau menghukumnya.
  4. Kejayaan anak-anak sebenarnya bergantung pada kejayaan kita sebagai orang tua dalam mendidiknya. Maka dari itu jadilah orang tua yang cerdas dan bijak.

Benarlah, kita ni memang terlalu banyak anasir-anasir yang hendak difikirkan sehingga hilang kesabaran dalam diri. Kegagalan memberikan kasih sayang yang samarata mungkin juga pengaruh daripada sifat kita sendiri yang suka membanding-bandingkan sesuatu. Kemarahan juga boleh terjadi bila kita terlalu banyak kerja, kepenatan, gusar ataupun jiwa kacau. Jadi jangan terlalu kelam kabut dan suka menserabutkan kepala, akibatnya anak-anak akan jadi mangsa kemarahan kita sendiri.

InsyaAllah, saya akan juga mempraktikkan tips-tips mengawal emosi di bawah;
  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara remeh lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang dewasa ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
Marilah kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita dan juga generasi yang akan datang. Anak-anak kitalah yang akan membentuk negara suatu hari nanti.

Anak-anak kita cermin diri kita :)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 October, 2012

Amaran! Jangan Mengumpat!!!


Kebelakangan ni, kita selalu terbaca kenyataan atau isi hati seseorang yang ditulis secara terang-terangan di laman-laman sosial, membincangkan perihal orang lain samada yang buruk ataupun yang baik. Tetapi kebanyakkannya kita dapat lihat lebih banyak hal-hal yang tidak baik daripada yang baik. Di tambah lagi dengan komen-komen tambahan ke atas kenyataan tersebut. Ingatlah setiap perbincangan terutama perkara yang buruk tentang orang lain itu adalah tergolong dalam "MENGUMPAT".

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" 
(Hadis Riwayat Muslim) 

Mengumpat berlaku sama ada disedari ataupun tidak. Perbuatan itu termasuklah apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. 

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudaranya sendiri. Manusia yang berfikiran waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. 

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah ia tergolong diantara dosa-dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatnya sahaja. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat kelak. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) 

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi; 
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud) 

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Jadi, ingatlah rakan-rakan ku yang ku sayangi. Janganlah kamu mengumpat dan menggolongkan diri kamu ke dalam golongan orang yang suka mengumpat. Dan janganlah kamu mendabik dada bila ditegur tentang perbuatan umpat kamu itu dan bersegeralah menarik diri atau menarik kembali kata-kata kamu itu. 

Kadangkala apa yang kita nampak itu bukan hal yang sebenarnya berlaku, lebih teruk lagi bila kita terus membuat andaian terhadap perkara yang kita tak nampak langsung. Allah Maha Mengetahui dan lebih mengetahui apa yang kita ketahui.

p/s: PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Wahai pengumpat, kamu mungkin boleh jadi jiran saya di atas muka bumi ini, tapi saya tak sanggup untuk berjiran dengan kamu bila berada di bawah sana. Takut saya pula yang akan mengumpat kamu dengan jiran sebelah saya nanti.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Kampung New Zealand

Sekali lagi gambar untuk Rabu Yang Sunyi...



pssttt.... INI GAMBAR CURI SDN BHD :)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Lambaian Kaabah

Rindunya pada Makkatul Mukarramah. Rindunya bukan bererti sudah pergi dan mahu datang lagi, tapi rindu untuk pergi, seperti Kaabah sedang melambai-lambai kami di sini.

Kaabah di suatu ketika dahulu...







Jutaan umat beragama Islam sedang membanjiri Makkatul Mukarramah saat ini. Sama-samalah kita doakan mereka. Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang Aidil Adha.

Kredit to Pakcik Taib bin Suhut. Gambar di ambil dari Galeri Zam-Zam
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 October, 2012

Sentap!

Assalammualaikum semua...

Hari ini saya SENTAP. Kenapa SENTAP......?

Sebab....sebab....hurmmmmmm takpalah, saya memang SENTAP, nak buat macam mana, hangin jugaklah jadinya. Okey, tak payah cerita pasal SENTAP lagi.

Nak cerita pasal amuk boleh tak? Siapa pernah mengamuk? Siapa pulak yang pernah di amuk? Ngeri tak bila berhadapan dengan situasi amuk? Agak-agaknya lah kannnn, apa perasaan kita/anda/kamu bila berhadapan dengan situasi amuk. Mesti SENTAPkan. Kemudian panik.

Nak cerita pasal panik pulak lah.... Kenapa nak panik? Sebab ada buat salah? Sebab rasa serba salah? Sebab asyik saja dipersalah? Memang serba serbi salah lah kan bila kita panik, semuanya jadi tak kena. Bila panik mesti pekerjaan yang kita nak lakukan akan menjadi salah. Haaaaa mulalah waktu tu jiwa bagai di SENTAP-SENTAP.

SENTAP, AMUK, PANIK....memang saya masih SENTAP, dan akan bertambah SENTAP bila berhadapan dengan amukan dan secara langsung terus jadi panik.

Jadi.....hati-hati, kerana mulut badan binasa, kerana jari diri dicerca, sebelum buat sesuatu tindakan fikir buruk padahnya terlebih dahulu. Bukan mudah nak puaskan hati semua orang, bukan mudah menegur seseorang. Jadi, sekali lagi diulangi..........hati-hati, tindakan kamu boleh jadi membuatkan seseorang SENTAP dan mungkin juga akan mengAMUK sampai semua orang jadi PANIK.

Sekian sahaja.....maaf kerana saya masih SENTAP.




p/s: Maaf untuk N3 yang ntah apa-apa dan sangat ganazZ 21SG


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 October, 2012

Hutang oh Hutang

Siapa kat sini tak pernah berhutang? Mustahillahkan....mesti ada, tak banyak sikit pun mesti ada terutamanya hutang pada ibu bapa. Bila nak bayar tu kannn. Kalau dihitung hutang kita dengan ibu bapa, mesti tak terhingga jumlahnya. Sampai kiamat pun tak habis bayar.

Bagi fresh graduate tu, tolong jangan kata tak ada hutang. Bekas-bekas pelajar baru, mesti ada hutang pinjaman pelajaran yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, PTPTN kan sangat bermurah hati nak bagi pinjaman pelajaran. Dah pandai pinjam PTPTN tu, sila lah bayar dengan segera selepas tamat belajar dan sesudah dapat pekerjaan. Bagi yang dah lama kerja tue, mestilah kan hutang dengan bak beli kereta. Siapa kat sini yang beli kereta secara tunai? Ada ker??? Datuk Datin pun beli hutang tau.

Yang dah nak kawin tue, tolong yea, jangan buat pinjaman untuk perkahwinan. sangat tidak digalakkan. Nanti bila dah beranak pinak, hutang kahwin tak habis bayar lagi. Dan jangan sampai ada yang bercerai dikala hutang pinjaman perkahwinan tak langsai lagi. Haru biru jadinya tau.

Sebenarnya saya nak cerita pasal hutang dunia. Wahhhhhh.... kelasZ kau Jah!!! Nak bagi tahu ni, semua negara mempunyai hutang masing-masing, dan sekarang saya nak senaraikan 20 negara yang mempunyai hutang paling banyak di bunia. 

Laporan ini dipetik daripada data Bank Dunia tentang 75 negara dengan kemampuan ekonomi terbesar yang memiliki beban hutang paling tinggi dibandingkan ratio Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Laporan yang dimuat majalah Forbes ini membandingkan 20 Negara Penghutang Terbesar di Dunia :


1.Ireland
Ratio Hutang (% KDNK): 1352%
Hutang luar negeri: $2.39 juta
KDNK : $177.3 juta


2. Britain
Ratio Hutang (% KDNK): 427.6%
Hutang luar negeri: $9.26 trillion
KDNK (prediksi): $2.17 trillion




3.Belanda 
Ratio Hutang (% KDNK): 395.6%
Hutang luar negeri: $2.58 trillion
KDNK (prediksi): $652 juta


4.Switzerland 
Ratio Hutang (% KDNK): 390%
Hutang luar negeri: $1,23 trillion
KDNK (prediksi): $316.1 juta


5.Belgium 
Ratio Hutang (% KDNK): 345.6%
Hutang luar negeri: $1.32 trillion
KDNK (prediksi): $381.4 juta


6.Denmark 
Ratio Hutang (% KDNK): 315.2%
Hutang luar negeri: $627.6 juta
KDNK (prediksi): $199.1 juta


7.Sweeden 
Ratio Hutang (% KDNK): 275%
Hutang luar negeri: $916.42 juta
KDNK (prediksi): $333.2 juta


8.Austria 
Ratio Hutang (% KDNK): 268.9%
Hutang luar negeri: $869.13 juta
KDNK (prediksi): $323.2 juta


9.Perancis 
Ratio Hutang (% KDNK): 247.2%
Hutang luar negeri: $5.22 trillion
KDNK (prediksi): $2.11 trillion


10.Portugal
Ratio Hutang (% KDNK): 231.5%
Utang luar negeri: $538.1 juta
KDNK (prediksi): $232.4 juta


11.Hong Kong 
Ratio Hutang (% KDNK): 218.8%
Hutang luar negeri: $659.27 juta
KDNK (prediksi): $301.3 juta


12.Norway 
Ratio Hutang (% KDNK): 208.9%
Hutang luar negeri: $577.80 juta
KDNK (prediksi): $276.5 juta


13.Finland
Ratio Hutang (% KDNK): 205.7%
Hutang luar negeri: $376.8 juta
KDNK (prediksi): $183.1 juta


14.Jerman 
Ratio Hutang (% KDNK): 189.4%
Hutang luar negeri: $5.33 trillion
KDNK (prediksi): $2.81 trillion


15.Sepanyol 
Ratio Hutang (% KDNK): 184.7%
Hutang luar negeri: $2.53 trillion
KDNK (prediksi): $1.37 trillion


16.Mesir 
Ratio Hutang (% KDNK): 175.3%
Hutang luar negeri: $594.60 juta
KDNK (prediksi): $339.2 juta


17.Itali 
Ratio Hutang (% KDNK): 154.6%
Hutang luar negeri: $2.71 trillion
KDNK (prediksi): $1.76 trillion


18.Hungary 
Ratio Hutang (% KDNK): 124.2%
Hutang luar negeri: $231.33 juta
KDNK (prediksi): $186.3 juta


19.Australia 
Ratio Hutang (% KDNK): 108.8%
Hutang luar negeri: $891.26 juta
KDNK (prediksi): $819 juta


20.Amerika Syarikat 
Ratio Hutang (% KDNK): 95.9%
Hutang luar negeri: $13.67 trillion
KDNK (prediksi): $14.25 trillion


Alhamdulillah.... Malaysia tak termasuk dalam senarai di atas. Tapi.... boleh percaya ke Amerika Syarikat tu duduk di tempat ke 20. Tapi, boleh percaya jugakkan....mereka kannnnn...


Sumber : Majalah Forbes & Kudin






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...