26 October, 2012

Nabi Allah Ismail a.s. & Ibrahim a.s.

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha...

Rindu hati ini kepada kedua Ayahnda dan Bonda yang kini berada di Tanah Suci, sayu hati ini bila tidak dapat mengucup tangan mereka sepertia biasa di pagi raya, bangga hati ini bila mengenangkan mereka yang sedang berjuang dalam pengembaraan mencari keredhaan Allah s.w.t.

Semalam dapat berbicara seketika dengan keduanya yang sedang asyik mengutip batu di Mudzalifah untuk aktiviti seterusnya iaitu melontar jumrah. Malam semalam mereka bermalam di Mudzalifah dengan jutaan manusia. Semoga Allah s.w.t. memberi kesenangan kepada mereka di sana. Tambahan lagi bila mendapat khabaran Ayahnda tidak begitu sihat di sana. Ya Allah.... aku percaya Engkau tak akan menguji hambamu diluar keupayaannya.

Ayahnda kami bernama Ismail, dan terdetik di hati untuk mengimbas kembali sejarah Haji di antara Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Mengingat kembali peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS serta kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail AS dan keredhaan isterinya Siti Hajar, demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ


Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
Dr Abdul Karim Zaidan berkomentar terhadap ayat ini, “Demi Allah, saya tidak tahu yang manakah dari keduanya lebih saya kagum, sang ayah Ibrahim; orang tua berwibawa mendapat mandat dari Rabbnya, tidak tertahan oleh jiwa manusia kecuali Ibrahim, Allah perintahkannya untuk menyembelih dengan tangannya satu-satunya anak yang baru dikurniakan Allah pada umurnya yang tua dan senja. Ataukah saya takjub dengan anak muda pintar, Ismail yang respon kepada pertanyaan orang tuanya ‘aku ditugaskan untuk menyembelihmu, apa pendapatmu? Pemuda berjiwa besar ini memanggil ayahnya dengan nada lembut ya abati (wahai ayah) tidak berubah dalam pandangan dan hubungan dengan ayahnya meski pun meminta pandangan untuk menyembelihnya...bahkan ia mengingatkan ayahnya bahawa dia sedang melaksanakan perintah Allah, Wahai ayah lakukan apa yang engkau diperintah untuknya. Seterusnya menyokong ayahnya dan cuba menghilangkan gangguan emosinya dengan katanya..engkau akan mendapatiku Insya Allah termasuk orang-orang sabar
Ketaatan dan kepatuhan keluarga Nabi Ibrahim kepada Allah swt dalam menghadapi ujian berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 106 hingga 109:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ. وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ. سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim"

sumber dari : Manhajqurani


Di dalam kisah Nabi Ismail, kita dapat pelajari bahawa ;

i.Mengikat Diri Dengan Perintah Allah

Wajib seseorang muslim mengikat diri dengan perintah Allah dan bersegera melaksanakannya dengan penuh redha dan menerima tanpa ragu, malas atau banyak soal jawab. Inilah dilakukan oleh Ibrahim a.s. yang menerima perintah dari Rabbnya untuk menyembelih anaknya Ismail. 

ii.Ismail a.s. adalah Contoh Pemuda Muslim

Kisah Nabi Ismail adalah kisah pemuda muslim beriman kepada Allah, diuji dengan ujian berat iaitu mati disembelih oleh tangan ayahnya sendiri, tapi ia tidak takut atau bimbang. Malah ia menyokong ayahnya untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Ismail adalah contoh pemuda muslim. Pemuda muslim hari ini perlu mempunyai idola yang boleh membangkitkan makna-makna iman, membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat dan perangkap syaitan. 

iii. Menghilangkan Kesedihan Dengan Taat Kepada Allah

Sesungguhnya Allah swt menghilangkan dari kaum muslimin yang melaksanakan perintah Allah kesempitan dan cubaan-cubaan selagi mereka sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan perintah Allah swt. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt.

iv. Ujian Allah Terhadap HambaNya Yang Beriman

Hendaklah kita percaya dan mengetahui bahawa Allah swt memberikan bala dalam bentuk ujian dan cubaan agar zahir apa yang tersembunyi dalam jiwa mereka, sejauhmana ketaatan ketika tersepit, memegang panji-panji Islam waktu genting dan sukar. Di atas Allah swt menguji Nabi Ibrahim supaya menyembelih Ismail sekali gus ujian bagi anaknya Ismail, adakah ia membantah atau taat kepada ayahnya?...hendaklah diketahui bahawa ujian Allah swt terhadap hambaNya mukmin adalah hak mutlakNya. Dia jualah yang menentukan jenis dan bila ujian itu diturunkan. Ini wajib diketahui kerana ia sebahagian daripada aqidah Islamiah. 

v. Berhias Dengan Akhlak Islam

Sama-samalah kita menjadikan tajuk akhlak sebagai bahagian penting dalam kehidupan sehingga kita benar-benar layak untuk mendapat pertolongan daripada Allah swt tatkala berdepan dengan kesulitan.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang Muslim, tidak boleh meninggalkan perintah Allah swt dan juga syariatNya dengan apa jua alasan sekalipun atau mendahulukan keinginan atau manfaat ke atas diri sendiri dan keluarga atau sesiapa sahaja. menurut perintah dan melaksanakan suruhan Allah lebih utama dari yang lainnya.

Dan dengan imbasan sejarah Nabi Allah Ismail ini jualah, saya serta adik beradik yang lain sentiasa berdoa agar Ayahnda kami diberikan kekuatan untuk menempuh segala jua ujian dan cubaan dalam mengejar Haji yang Mabrur. Doa kami juga untuk Ibunda agar hatinya sebesar hati Siti Hajar serta sentiasa sihat untuk terus berdampingan dengan Ayahnda di dalam saat dan ketika apapun.

Amin.....


Aktiviti mereka seterusnya; Melontar



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 comments:

Chic Na said...

byk2 berdoa. semoga ayahanda & bonda akak diberi kesihatan yg lebih baik.

ingat lagi kisah nabi Ismail & nabi Ibrahim ni. kecik2 dulu suka baca buku tauladan pasal nabi2. :)

Rohaiza Bt Bachok said...

Amin..
Moga2 sy juga dikurniakan jiwa dan hati begitu...

Lieza Amer said...

Amin ya rabalamin.....
Betapa besar nya jasa tokguru mengaji....itulah ilmu yg kupegang slama ini. terima kasih bnyk2 x kudapat dmna jua ilmu yg kau curahkan...

Fendy Malek said...

Amin...amin...amin.......

Shamsiah Osman said...

anak solehah gitu.....amiiinnn.

Miz Nina said...

amin..

Patutty Pk Abdullah said...

Insyallah..moga mrk brdua slmt dn mdpt haji mbrul aminn

Deq's Qienz said...

Amin..insyallah muga ayahanda n bnda cim slmt smpai n sntiasa sihat menunaikn ibadah d sana.

Arina Shamsul said...

amin..

moga kesihatan ayah kamu semakin baik ye dear. :)

moga kepulangan mereka mendapat haji yang mabrur :)

9n0L4 said...

byk sgt pengajarannya dari cerita nabi ni kan. :)

Unknown said...

suka baca kisah2 nabi..kat rumah hubby mmg wat koleksi...baru2 ni pun dia tgh survey buku2 nabi lagi..hihi

lelamaisara said...

Banyak pengajaran dari kisah nabi ni kan...

Moga kesihatan ayah akak dlm keaadan yg baik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...