13 October, 2012

Restoran SS2 Murni, Petaling Jaya

You all pernah dengar tak nama restoran yang saya sebutkan tu. RESTORAN SS2 MURNI, SYEKSEN 2, PETALING JAYA. Alkisahnya ini cerita minggu lepas selepas kami adik-beradik pulang dari menghantar Ayahnda dan Bonda berangkat ke tanah suci. Waktu tu dah dekat pukul 11 malam. Keadaan perut masing-masing pun sudah berkeroncong, jadi kami yang dari JB ni menyerahkan saja tugas mencari tempat makan kepada adik kami yang kaki merayap di KL/PJ/Shah Alam ni. Mula-mula yang kami dengar adalah SS2. Jadi okeylah, kalau tundaan kami terputus, kami masih ada idea arah tujuan almaklumlah malam minggu jalan-jalan di PJ memang penuh sesak dengan kenderaan dan juga keadaan trafik yang tak menentu yang kami kurang fahami.

Alhamdulillah, dengan kepakaran memandu, tundaan kami sebanyak 4 kereta tak terputus cuma kadangkala saja terlepas pandang dan kami saling menghubungi dengan kemudahan telefon yang ada. Kami sampai juga di Syeksyen 2, Pelating Jaya, tapi kami masih blur kemanakah kami hendak di bawa, dengan jalan yang sempit di mana pemandu memakir kenderaan di kiri dan kanan jalan, masuk pula kawasan kedai-kedai yang tak nampak ada ramai orang. Akhirnya kami mendapat panggilan agar mencari parking masing-masing. Di mana ada tempat kosong, dengan arahan 'MASUK SAHAJA'.

Selepas kami semua selamat meletakkan kenderaan a.k.a parking, kami disuruh berjalan beberepa meter ke depan. Tapi sepanjang perjalanan kami menuju ke tempat yang kami tak pasti, kami dapati ada ramai orang yang sedang duduk makan dan berborak di sepanjang kaki lima kedai. 

Maka, inilah tempat kami hendak makan dengan penuh tanda tanya.... "SPECIAL SANGAT KAH TEMPAT NI SAMPAIKAN ADA STATEMENT MENGATAKAN --> TAK ADA DI JB <--" Ok, baiklah, kita duduk saja dan biarkan mereka mengatur semuanya....


Okey, mula-mula kami panggil pelayan yang ambil order. Cuba u all tengok muka dia yang selamba tu. Dah ler tak bawa pen dan buku catitan, nama makanan yang dipesan pulak pelik-pelik belaka, lepas tu kami order setiap seorang. Total ada 18 order semuanya termasuk makanan dan minumam.


Dia gunakan grid pada jari untuk menghafal semua order kami. Baiklah, mungkin dia dah terbiasa dengan semua hidangan yang dijual di restoran ini. Tapi......yang menjadi kepelikkan kami, lepas dia ambil order, dia tak terus menghantar order kami ke pantry atau ke dalam restoran, tetapi dia telah pergi ke meja di hujung sebelah kanan kami dan mengemas meja yang dah ditinggalkan pelayan. Dan lagi......ingatkan selepas dia bawa pinggan-pinggan kosong tue, dia akan terus menghantar pesanan kami, eahhhhhh....dia pergi pula ke hujung meja sebelah kiri kami pula untuk ambil sampingan order yang lain.

Dalam hati mengatakan... ada juga tersalah hantar order ni. Tapi, selang beberapa minit yang tak berapa lama sangat, hidangan pertama sampai yang dinamakan DRAGON PIZZA. Ehhh, sedap tau. Yang ni memang best recommended untuk u all yang nak makan kat sini.


Kemudian sampai pulak NASI LEMAK AYAM PANDAN untuk our lovely Princess.


Haaaa, ni lah sebahagian air yang kami order. Ada sejenis air tu namanya I LOVE YOU. Hehehe...sedap jugak, cuba teka yang mana satu air I LOVE YOU tueeee..


Kemudian, hidangan saya pulak sampai. Tapi sorry sebab gambar ni buruk sikit sebab saya dah sental dulu disebabkan kelaparan tahap gaban yang tak dapat dibendung. Yang ni namanya SPAGHETTI BOLONGNISE CHICKEN CHOP. Sedap jugak, best recommended yeaaaaa...


Yang ni pelik sikit, tapi memang sedap giler. SIZZLING CHICKEN CHOP.


Sorry makan yang lain tak sempat nak ambil gambar sebab sampai jer dah terus di bedal. 

OK, selesai makan kami panggil pelayan untuk kira order. Datang sorang minah ni bawak sekepuk duit yang diikat dengan getah tempe. Banyak gilak dia bawak cukup semua note singgit, 5 hengget, 10 hengget, 20 hengget, 50 hengget. Lepas tue, dia tengok jer pinggan yang ada sisa makanan dia dah tahu dah apa kami makan, sambil dia sebut setiap satunya sekali dengan harga dan ditambahkan sekali. Dah macam mesen kira duit kat pasaraya tue. Gila terror diorang ni. Lepas tu, congak-congak tak perlu kalkulator terus sebut harga. Wallahualam lah yang dia kira tu betul atau tidak, tapi rasanya takde salah kot. Tawakkal ajerlah.


Terima kasih pada KURUSAGI yang belanja kami makan. Selalunya saya tak mengaku dia abang saya, tapi malam tu dengan berbesar hati saya mengaku dia adik saya sebab dia dah belanja kami makan. Ehhhh...rasanya OK lah kan, bersempena setahun dia kerja kat PJ tue, dengar khabar dah dinaikkan pangkat dan disayangi boss dia. Untunglaaaaaa.....


So, inilah restorannya RESTORAN SS2 MURNI, Petaling Jaya yang mereka gelarkan Restoran Meja Panjang. Dalam fikiran kami, restoran ni mengupah robot agaknya bekerja disini. mana taknya, yang ambil order giler terror hafal semua order, yang kira untuk bayar memang terror matematik, tak perlu kalkulator. Lepas tu CREW2 yang berlegar-legar tanpa henti sentiasa memastikan setiap meja mendapat layanan yang baik. Sebaik sahaja orang bangun dan balik, mereka dengan segera datang mengangkat pinggan-pinggan kotor dan mengemas meja tersebut. Bila lihat ada pelanggan yang baru sampai, mereka dah bertanya nak duduk dimana, bila tak ada meja jer di kawasan itu, mereka dengan segera memikul meja dan kerusi untuk diletakkan ke tempat permintaan pelanggan dan memastikan cukup untuk sekumpulan mereka.

Kalau tak silap ada 3 deretan block kedai di kawasan itu. Dan sepanjang deretan kedai itulah mereka meletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan duduk. Terpulanglah di mana kita nak duduk, kat tempat ada lampu, takda lampu, kat kedai handphone, kat kedai elektrik, kat kedai hardware, tapi yang peliknya boleh dikatakan semua kedai disitu sudah tutup. Mungkin mereka tutup awal lebih kurang pukul 8 malam. Dan jangan risau kalau anda duduk di meja yang paling jauh dari restoran, pasti ada yang datang ambil order selang beberapa minit anda duduk. Dan tak mungkin CREW restoran melupakan anda, cuma terpulang saja pada anda untuk melupakan atau tidak CREW dalam proses seterusnya iaitu membayar harga makanan  yang dipesan.

Ingat.... Allah melihat kegiatan anda, apa yang anda makan akan jadi darah daging.

** Geng Adik Bradik, nanti ambil 19hb kita datang makan kat sini lagi yeaaaaa....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 comments:

Cik Nur said...

pelik..tapi dasyattt..!
dan bila masanya pelayan tu hartar order akak ke dapur..?

tetiba smpai je makanan...mmg hebatlah..!

kalau dekat boleh try,..terliur tgk menu yg akak order tu.. :)

kinara kinatara said...

hehehe..dah macam spy jer cite nyh..hehehe..menariklah..nanti nak p makan situ jugak lah..:)

hehe:)

xp best bace cerita akak:)

Daddy Ziyyad said...

Ohhhh..kedai ni..
Memang famous, ramai gila org makan, especially weekend..Saya pernah makan kat situ..mmg sedap..nama nama makanan dia pun pelik pelik..dia byk buat menu yg fusion..

kedai ni kat SS2, Petaling Jaya, bukan Shah Alam tau..ekekekeke

Cinta Misteri said...

Hahaha...thanks Daddy, CiM dah betulkan Shah Alam --> Petaling jaya.
Almaklumlah, taktau sebenarnya ceruk tempat ni. Kalau suruh pergi sendiri, memang tak jumpa lah.

Si Matatajam said...

Dasat yek, main ingat2 ja...

ஜ miss klanika ஜ said...

sepertinya pernah sampai di sini.

Mira Adzlia said...

serius..restorann ni mmg pemes...tp xpnah lg pegi..hihi..sdap nmpk mknn itu..aish..

Karukord Jagau's said...

pekerja terlatih tu :)

CikNana said...

hibat eh..kagum sy membaca cerita ne..:)

Liza Ismail said...

Satu lagi nk selit, air yg akak minum haritu " Air pink panter" sedap juga yg color pink kat gambar. air puteri cilik i, "milo dinasor".

Liza Ismail said...

Satu lagi nk selit, air yg akak minum haritu " Air pink panter" sedap juga yg color pink kat gambar. air puteri cilik i, "milo dinasor".

Yana Libra said...

wah..cam menarik..hebat2 crew dia..makanan pun sedap2 je tgk~

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wow nampak sedap semua makanan dia...air i love lagi,,kelassss ko hiks

Chic Na said...

wowww sedapnya makanan2 tu. terliur ni belum makan malam lagi.

pernah makan SS@ Murni tapi kat cawangan USJ. memang maveles makanan dia. ada air i love u, i miss u. huhu..

wan nurul hezrina said...

wah mmg mcm robot pelayan2 tuh..bboleh dia ingat semua oda?yang pelik siap buat keje lain dulu kat meja..pastu dia g dapurlah ek antar order..

tang kalkulator2 mmg rasanya dia amik budak2 yang teror math..tak payah gadget langsung siap bawak baki duit lagi..huhu mmg serbis mantop..

puas atilahkan makanan pun sodap

9n0L4 said...

kakkkkkkkkk. seriesly terliur. meleleh air liur ni. huhu.

Deqla manjew said...

wahh...terliur deqla kat sini kak cim oitt... terlps sudah entri ni, kalo x awal2 dah kecur air liur...hihi

Anonymous said...

Dah mamam 3x.mmg hebat

isabella idura said...

Memng ingat nk pergi mkn la.btu review dulu.
http://isabellaidura.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget