13 October, 2012

Pengubat Rindu Kami

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya kami mendapat kiriman beberapa keping gambar dari seorang Pakcik yang kini berada di Makkatul Mukarramah bersama-sama Ayahnda dan Bonda kami. Sekurang-kurangnya kami mendapat perkhabaran gembira yang mereka selamat dan sihat sejahtera di sana.

Setiap hari kami 4 beradik bergilir-gilir menelefon mereka. Tidak kurangnya juga mereka yang rajin menghubungi kami di sini. Tapi...panggilan mereka bukan saja mahu mengetahui keadaan anak-anaknya, bahkan rumah agam yang ditinggalkan dan tak lupa anak-anak angkat mereka Chiko, Jonny, Gary, Marie, Cecak, Buntat, Cupid, Cukib, Cupal dan yang paling veteren Simpul. 

Ayahda dan Bonda tak perlulah risaukan mereka, Ajib sentiasa ada di rumah waktu siang hari, Adik pula akan singgah ke rumah setiap hari selepas waktu kerja dan akan bersihkan kekotoran yang dilakukan anak-anak bulu tu agar rumah agam sentiasa berbau wangi. Terima kasih juga pada Mak Tok yang banyak membantu, selain memberi makan anak-anak bulu kat rumah tu, Mak Tok juga tolong menjaga Danish dan Aqil selepas mereka pulang dari sekolah. Pokok-pokok Bonda pun Mak Tok tolong siramkan. Syukur pada Allah kerana kami dikurniakan jiran yang baik seperti Mak Tok. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya. InsyaAllah Mak Tok, kami percaya bonda kami tak akan lupa mendoakan Mak Tok agar dapat menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.








Semoga mereka dapat mengerjakan Ibadah Haji dengan sempurna...

Eahhhh... Ayah Aji a.k.a Pak Usop takde dalam gambar kannn...Mana agaknya beliau? Bak kata AkaQ, anak sulung Pak Uda, "PAK UDE tgh mkn briyani arab daaaaa..... lagipon dia mana suka nak bergambor2 nih..... hehehe...."

p/s: Lagi 2 minggu nak Raya Haji kannnnn....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 comments:

shar90 said...

pejam celik dah nk raye haji dah lps ni... bg pegerja haji, smoga dpt mgerjakan haji dgn smpurne :D

Ayuni said...

bestnye dpt gi mekah....

E'in said...

alhamdulillah dorg sehat2 je.. eh, muke ayah kak niena mcm muke aqil! hehe

Chic Na said...

Alhamdulillah. nampak sihat & gembira je diorang semua. :)

Arina Shamsul said...

alhamdulillah..anak mana yang tak rindukan kedua ibubapa kan dear?

kalau adapun itu namanya anak yg tak kenang budi la tu..hehehe.

semoga mereka mendapat haji yang mabrur..amin~

Liyana Anuar said...

moga mereka semua sihat sentiasa~ :)

Miss N™ said...

alhamdulillah..ceria nampaknya mereka..

Cik Ai said...

ermm
terubat rindu kan :)

tersa cepat je kan,x lama lg dah raya haji pastu dapat lah CiM jumpa dorang ye tak :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah...moga mereka dpt menunaikan ibadah haji dgn sempurna :)

insan_marhaen said...

countdown arafah.......dlm byk2 kerja hj...hari arafah la yg cukup meninggalkan kesan...adussss...kenangan..kenangan....
moga2 mereka diberi kesihatan dn kemudahan mengerjakan ibadah dengan sempurna.....;)

mummyrinazone beauty said...

sucinya muka orang tua CIM=)alhamdulillah dorg bertuah dapat mengerjakan haji..semoga dapat haji mabrur..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...