06 January, 2013

Buku Teks Sekolah ~ Masih sama...



Tahun baru persekolahan 2013 sudah bermula pada minggu lepas. Kesemua sekolah di seluruh negara telah mula beroperasi seperti biasa melainkan beberapa buah sekolah di Pantai Timur yang mengalami masalah banjir.

Anak-anak saya, Adam Danish dan Aqil Hail sangat teruja untuk memulakan sesi persekolah barunya. Danish sudah berada di dalam Darjah 4 di Sekolah Rendah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu, Johor Bahru manakala Aqil pula masih di Tadika Al-Ummah, tadika yang sama cuma kelas berbeza iaitu kelas 6 tahun.

Tapi Adam Danish tetap mengalami masalah yang sama dengan Buku Teks sekolahnya kerana setiap tahun pasti anak saya ini akan mendapat buku yang tak serupa buku. Cuba lihat gambar di bawah ni dan n3 saya tahun lepas dalam Buku Teks Sekolah. Tak ada perubahan kannn....

Ini adalah buku teks Danish darjah 4 tahun ini.


Macam mana ni cikgu-cikgu. Ada tak yang nak menjawab persoalan masalah yang kami hadapi setiap tahun ni? Owh yaaa, apa kata Cikgu Tauhid,  Cikgu Fariza dan Cikgu Etuza

  1. Macam mana buku teks seperti ini boleh diedarkan?
  2. Adakah buku-buku itu tidak diperiksa terlebih dahulu sebelum diedarkan?
  3. Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan?


Sewaktu pemulangan buku di akhir tahun, tidakkah cikgu-cikgu memeriksa terlebih dahulu semua buku yang dipulangkan? Kerana saya mendapati semua buku yang diperolehi untuk tahun baru berikat dan dimiliki oleh seorang individu yang sama yang telah menggunakan buku tersebut pada tahun sebelumnya. Nampak sangat buku-buku itu disusun begitu rapi dengan meletakkan buku yang koyak dan tak serupa buku di bahagian tengah. Ini betul-betul mengganggu emosi anak-anak, kerana diawal-awal tahun anak-anak telah diberi motivasi yang cukup buruk dan sangat memalukan.

Di harap pihak sekolah dapat menyelesaikan masalah ini sebaiknya. Saya tidak ada masalah untuk memperbaiki buku teks yang koyang dan bercerai-berai. Tetapi bagaimanapula dengan buku yang kehilangan muka surat? Pastinya kalau tidak disemak oleh ibu-bapa terlebih dahulu, anak-anak akan dipersalahkan di pertengahan tahun sewaktu muka surat tersebut hendak di rujuk. Pastinya anak-anak akan dituduh menjadi penyebab kehilangan muka surat walhal anak-anak itu tidak tahu menahu tentang hal tersebut.


p/s: Danish dah menanyakan tentang buku teks sekolahnya sewaktu hari pertama persekolahan. Cikgu pun sudah membalas mengatakan buku teks yang baru belum sampai. Saya akan rujuk ke sekolah jika sehingga minggu ke-2 berakhir, buku teks yang rosak tidak diganti.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

31 comments:

Unknown said...

Ishh teroknya rupa...ank murid nk blajar pun xde smngt kalo gitu...huhu

tauhhid said...

salammmm.....
hehehe, uzur sangat dah rupa buku teks tu. buku yang rosak macam tu boleh dikembalikan ke sekolah, dengan merujuk terus kepada Pen.Kanan Hal Ehwal Murid. Seterusnya, PK HEM akan merujuk terus ke Guru SPBT (guru buku teks). jika takdak masalah sangat, akan diberikan buku baru. tapi stok untuk buku teks tahun 4 tahun ini adalah yang terakhir, bcoz tahun depan dah sukatan baru. i know this, sebab i guru SPBT. hehehehe

Anonymous said...

dulu sebelum pulangkan buku teks sekolah, cikgu mesti belek satu2.. siap bawak rotan lagi. sape yg rosak or hilang buku teks, ini makan diaaaa...

sekarang ni tak taw la pulak cikgu2 buat mcm mane... -.-

Ariana Aris said...

Alhamdulillah.... Afiq, Aina dan Nurin dapat buku yang elok2 je. Ada jugak yg koyak tepi. Akak baiki mana yg koyak tu. Ada gak dapat buku yang baru tahun lepas....dapat kat nurin dah nampak buruk..... Nasib la....

Ariana Aris said...

Alhamdulillah.... Afiq, Aina dan Nurin dapat buku yang elok2 je. Ada jugak yg koyak tepi. Akak baiki mana yg koyak tu. Ada gak dapat buku yang baru tahun lepas....dapat kat nurin dah nampak buruk..... Nasib la....

Arina Shamsul said...

Kalau begitulah ropanya kak..report je.minta tukar baru..

Patah semangat
Anak belajar kalau camtu..huhu

kinara kinatara said...

macam adik kina..darjah 2...dia dapat buku teks dia balik umah ambik salotap..kina tanya nak wat pe pastu dia cakap nak baiki buku yang dia dapat..ade koyak2..mintak tukar cikgu kasi....

tengok budak kecik pom tahu erti keselesaan untuk belajar sampai sanggup nak baiki buku tu..seharusnya cikgu lebih bertanggungjawab untuk cheque dulu buku2 2 sebelum permulangan di jalankan..:)


huhu:)

xp xleyh salahkan semua cikgu..kita kan ade cikgu spbt...

maszull said...

assalamualaikum...mama pun baru tadi pergi beli buku latihan anak sbb esok sekolahnya dah mula dibuka...:)

Tie HT said...

hooh la problem beso jugak ni, problem sejak zaman sekol saya dulu2..

UniMeOw said...

alahai,,ciannya..

cgu SPBT skg dah xgrg mcm cgu zmn uni dlu kot..hmmm

dieyna said...

Biasanya buku yang rosak teruk macam ni takkan diedarkan kepada murid melainkan guru terlepas pandang. Biasanya parents yang trima buku yang rosak akan terus merujuk kepada guru spbt dan buku akan ditukar. Kuota buku teks yang diedarkan kepada sekolah adalah mengikut bilangan murid tahun sebelum. Jadi memang berlaku masalah tak cukup jika murid tahun semasa lebih ramai dan guru spbt akan membuat permohonan buku teks yang baru dengan pusat buku teks. so.. untuk kes anak akak.. minta dia pulangkan buku pada guru kelas dan cim sendiri patut pi jumpa cikgu tu jika mslh belum selesai. Panjang lebar dah penjelasan ni...

Chic Na said...

ishh buku mcm ni pun still bagi kat pelajar. camne la nak studi. kesian murid2.

Miss N™ said...

Kalau tak ada tindakan juga,
minta akak terus report ke PPD...

Teruk betul buku teks tu...

Si Matatajam said...

Ya Allah teruknya rupa..memang kena complain la ni CIM

are_lin@yu said...

ha itu cikgu dieyna dh trgkan..hehe..klu gini rupanya mmg kna tkar ni.hehe

Mrs Velentine said...

kesian danish kak...kena report ni.adakah bagi buku mcm tue..mematahkan semangat betullah

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai..ciannya..

boni kacak said...

uish... teruknya keadaan buku teks tu.. dah tak serupa buku dah

fieda said...

alahai..nape teruk sgt tu..patutnya masa buat pemulangan tu cikgu cek la dulu..saya tak sampai hati nk pulang buku hancur gini..ganti la yg lain kan..

Unknown said...

erk.. buku teks ke itu.. sadisnya.. tak belajar pun tak semangat.. ahkak adukan je ngan kementerian pelajaran..

Unknown said...

salam kenal sis...kalo da koyak camner nk blajar kan..

nanieydotcom said...

Teruknye.. Mcm mne stdnt nk blajar mcm ni. Kite yg besar ni skit mata tgk .. Bdk2 lagi la. Mood boleh tercampak ke laut mcm ni. Hrp pendidik peka ttg hal ini!! Serioussss

lelamaisara said...

alahai kak teruk benar buku teks tu kak..kecian nye tgok....nak belajar pon tak semnagt kan...

Bunda_nora said...

sepatutnyer cek dan di gam ke dibalut ke yg mne patut dulu baru diedarkan..

aReLaN said...

mak aih. memang takde rupa buku dah. apa la budak2 sebelum tu pakai, buat sampai jadi gitu skali

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

la teroknyer....nk tgk buku pun murid2 xsemangat

Anonymous said...

wei tu mmg dah teruk sgt tu.. pulangkan aje minta yg len

Cik Ai said...

ermmm
x bubah dr zaman kita kan CiM..ingt elok la ckit rupnya camtu gak.aduiii

LYAfrina said...

ptttnyer kna tapis dulu kan..mana buku y dah berserabai cam ni.ptt ditukar bru..camner la nk blaja.. bukumcm ni..mood pon xde

Nurul Says said...

ish3x buku mcm ni pun masih diagih2 kan?!

dya nasir said...

kalau mcm tu xmcm buku dah.. susah budak2 nk belajar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...