30 March, 2013

Makna Persahabatan

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.
- Tidak dapat diketahui adakah seseorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
- Tidak dapat dikenal seseorang itu berani melainkan pada waktu berjuang.
- Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kita dalam kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka. Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata. Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Inilah kawan-kawan saya, sahabat suka duka saya, hanya kami bertujuh, kongsi semua cerita, menyangkal semua hasad dengki dari orang lain yang sememangnya khianat dengan persahabatan kami yang terlalu erat ini.

Kami sayang antara satu sama lain...

♥ Nieda ♡ Lina ♡ Lis ♡ Ryn ♡ Me ♡ Zeira ♡ Farra ♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 March, 2013

Jujur

Peringatan untuk diri sendiri...

Hakikat Sebuah Kehidupan Kadangkala Amat Sukar DiMengertikan.. Kadang-kadang Amat Indah Namun Kadangkala Penuh Dengan Kepalsuan.. Sukar Untuk DiDuga Sikap Manusia Yang Adakalanya Terlalu Jujur Namun Adakalanya Hanya Bertopengkan Kejujuran Sedangkan Realitinya Terlalu Banyak Pendustaan..Terlalu Sakit Untuk Menelan Segala Kepahitan.. Terlalu Sayang Untuk Membuang Kemanisan.. Namun Itulah Kehidupan.. Ada Pasang Surut Kerana Hari Tak Selalunya Cerah Kadang Hujan Datang Menjengah Untuk Menjelmakan Pelangi Yang Indah....

Memang Sukar Untuk Bersikap Jujur.... Tapi Sejauhmana Kejujuran Insan Lain Terhadap Kita... Jujur Dengan Diri Sendiri Terlebih Dahulu Sebelum Mengharapkan Kejujuran Orang Lain...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 March, 2013

Cerita Pakcik Driver


Haritu saya menaiki bas dari hentian bas Klang ke Johor Bahru. Berlepas tepat pukul 4 ptg. Tak berapa nak ingt naik bas apa, sebab sampi jer hentian bas, tanya tiket terus beli kebetulan bas dah nak gerak. Naik jer bas, takde pilihan kerusi, duduk baris kedua dari kerusi driver.

Dari Klang sampai Yong Peng, Johor... saya layan anak saya berbual dan kemudian sambung layan blogging bila anak dah start nak terlentuk. Sampai hentian rehat Yong Peng, bas berhenti dalam lebih kurang 20 minit. Sampai masa, semua naik ke bas, drivr ke-2 yang dari tadi tak nampak bayang, mengira jumlah penumpang. Sebaik bas bergerak meneruskan perjalanan, kedua-dua driver start berborak...... Saya ingatkan nak tidur hingga sampi JB, tapi tak boleh sebab tertarik dengan perbualan mereka berdua.

D = driver

D1 "Balik rumah trus lah ni?"
D2 "Haaa, dah 2 hari tak balik ni"
D1 "Wahhhh, terperap jer lah kat dalam bilik. Lama ker rehat?"
D2 "Ishkk taklah, 1 hari jer lah"
D1 "Orang rumah masak sedap-sedap lah ni"
D2 "Macam tu lahhh, tapi aku paling pantang bila balik ni dia hidang makanan siang tadi ke, semalam punya ke...mulalah aku nak naik angin"
D1 "Iyerlahkannn...jarang-jarang balik kena makan makanan semalam pulak"
D2 "Binik aku tu suka sangat nak berjimat. Tapi kalau masak taktau beringat. Masak punyalah banyak sampai tak habis, nanti masuk esbok, esok hangat-hangatkan"
D1 "alaaaa, ok lah jangan membazir"
D2 "ishkkk...aku memang tak boleh laaa, tu yang aku rasa nak melempor jer. Ada sekali tu aku tuang jer kuah dalam periuk nasi. Dah laaa hidangkan makan, nasi di bawaknya dengan periuk sekali atas meja"
D1 "hahaha....tak patut laa kau"
D2 "Apa pulak, kadang aku malas nak gaduh terus angkat kaki, makan kat kedai mamak"
D1 "Engkau tak bagi tau ke orang rumah kau yang kau tak suka dia buat macam tu"
D2 "huhhh...malas nak cakap"

Okey....perbualan mereka panjang lagi semuanya berkisar pasal rumah tangga driver yang sedang bawa bas tu. Kawan dia boleh pulak melayan, dan saya terpaksa mendengar.

Hurmmm...kesimpulannya....

Nasihat untuk driver bas tue....
1. Tak baik cerita masalah rumahtangga kat orang
2. Tak baik cerita buruk pasangan kat orang
3. Tak baik membazir makanan, kalau masih boleh makan, makan laaa
4. Kedai mamak punya makanan belum tentu fresh dan berkhasiat

Nasihat untuk isteri driver.....
1. Suami balik rumah sekali-sekalatu layan laa macam raja
2. Melampau kottt hidang periuk nasi atas meja (walaupun kadang saya buat macam tu jugak)
3. Jangan buat perkara yang suami tak suka

Hurmmmm....jom lah makan.  Yang kat rumah tue....hangat lauk semalam ke?


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 March, 2013

WW : TAKE A BREAK


Sedang berdating berdua bersama sidia....

Yuk Ngopi ♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Sepang Circuit Formula 1 2013

Panas | Bingit | Pantas | Hangit


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 March, 2013

Terima Kasih Power Bank

Percutian yang panjang......

Bagi yang mengikuti blog ni terutama GSFian, pasti tahu apa saya dah lakukan sejak hari Sabtu yang lepas. Perjalanan yang sangat panjang..

Hari Sabtu lalu saya sekeluarga telah menaiki keretapi dari JB menuju ke KL, memakan masa selama 8 jam di atas landasan. Penat jugaklah, tapi sangat menyeronokkan. Sebelum ni kami hanya berkeretapi dari JB ke Kluang saja, mengambil masa lebih kurang 2 jam. InsyaAllah kami akan pergi lebih jauh dengan jarak masa yang lama dengan menaiki keretapi.

Kemudian di hari Ahad yang panas dan bahang, saya dan en.hubby pergi ke Sepang Circuit menyaksikan Perlumbaan Kereta bertaraf dunia iaitu Formula 1. Nanti saya akan up entry untuk pengalaman yang awesome ini. Malam pula jumpa seorang blogger di Summit Parade sementara menunggu en.hubby menyiapkan tugasannya di Sunway Parade Hotel. Saya berlegar-legar di bandar KL sehingga jam 1 pagi. Just imagine....hahaha...

Hari Isnin, saya seisi keluarga berjalan-jalan di Selangor. Kami sempat jugalah ke i-City Shah Alam. Pagi tadi pula, jumpa seorang lagi blogger di Klang. Owhhh ya, jumaat malam sebelum bersiap-siap ke KL, saya jumpa seorang blogger yang datang dari jauh, dari KK ke JB. Cerita saya dan 3 orangg blogger ni akan di publish insyaAllah dalam masa terdekat ni.

Sekarang pula.... saya sedang dalam bas menuju ke Johor Bahru.

Dan penyelamat kami selama beberapa hari ni adalah.... YOOBAO the power bank dengan kapasiti 11200mAh. Terima kasih en.Yoobao. Khidmat anda sangat bermakna bagi kami.

*semua orang wajib ada power bank, lebih-lebih lagi yang ada penyakit MOBIFOBIA.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 March, 2013

Pertandingan 'REMAJA, PUTERI & WANITA ANGGUN'


Selamat pagi....ehhhh dah nak tengah hari. Salam Isnin, pada yang bekerja tu selamat bekerjalah, sebab saya masih bercuti hari ini.

Hari ni saya nak mempromosikan Pertandingan WANITA ANGGUN yang akan dijalankan pada EXPO PENDIDIKAN, KERJAYA & KEMPEN KESEDARAN JENAYAH, AIDS & DADAH Anjuran ALUM NI SDARY, PIBG SDARY, SDARY & KRT Rumah Mara .

Bagi yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya, jom ramai-ramai datang memeriahkan majlis. Program ini terbuka kepada semua tidak hanya pada warga Sdary sahaja.

Majlis berlangsung selama 4 hari 3 Malam di Perkarangan Sekolah Menengah Dato'Abdul Rahman Yassin, Tampoi, Johor Bahru.

*cerita dalam banner tu lain kali saya publish. Behind the story.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 March, 2013

Acara Panas : Formula 1, Sepang

Menuju ke Sepang Circuit....

Sunburn lah... (dahle memang ireng)

Masih belum ada GSFian yang melapor diri untuk berdiner dengan saya malam ini....huhuhu...

Pengumuman:
Saya tak ada aktiviti selepas pukul 6 petang. Jadi....tak tahu nak gi mana sebab en.hubby ada kerja malam ni di Sunway Hotel. Huhhh!! Disebabkan en.hubby ada kerja penting, saya tak dapat tengok konsert pistol dan mawar malam ini.....

♥ Sweet Child of Mine ♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 March, 2013

Naik Kereta Api Pergi Kuala Lumpur


Pernah dengar tak lagu zaman kanak-kanak ni;

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas
Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.

Dan sekarang....saya berada di Balai Berlepas Keretapi Tanah Melayu di JB Sentral? Keretapi kami pada pukul 2.15 ptg.

Motif ke KL naik keretapi...... 《saja-saja》

Bukan tak boleh drive, tapi perkara tu dah biasa sangat. So sebab dah boring buat perkara yang biasa, maka kami nak cuba buat perkara yang luar biasa bagi kami. Biasanya lagi, bag pack traveling ni saya akan lakukan berdua jer dengan en.hubby. Tapi kali ni kami angkut sekali bujang 2 orang ni, mereka berdua akan mula dibiasakan dengan aktiviti-aktiviti gila kami berdua. Ini adalah percubaan pertama menaiki keretapi untuk perjalanan jauh, sebab kami sedang merancang perjalanan yang lebih jauh dari ini iaitu melepasi Padang Besar....woooohoooo.....

Sebelum naik keretapi, macam-macam makanan dibekalkan oleh bonda. Tapi bujangn2 orang ni tetap nak juga kuih keria bak kata orang jawa | 'iDonut'

Dianggarkan kami akan sampai di KL Central pada pukul 10 malam. Doakan perjalanan kami selamat...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

EARTH HOUR 2013 - Selamatkan Bumi

Hari ini, jam 8.30 malam, kempen selamatkan bumi. Mari kita sama-sama memberi sokongan agar generasi akan datang dapat merasai apa yang kita rasai sekarang ini.

Padamkan lampu hanya untuk 1 jam sahaja.

Malam ini, saya akan menyambut Earth Hour dalam Keretapi Tanah Melayu.

Jom bergelap untuk bumi kita.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 March, 2013

Allah Sentiasa Ada Bersama Kita

 

Photo: JIKA ENGKAU SEDANG BERSEDIH

Jika kau merasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya mengalir biarpun berjuta batu mengalangi. jika kau merasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sadar bahwa Allah senantiasa bersamamu..

----------
Kamu Suka makan Jengkol ?? Bacalah  "Manfaat Makan Jengkol" di Unik dan Keren

sumber : FB



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 March, 2013

WW : MAKE OVER ME


Model : NIENA RIZAL
MUA    : RYN DINZ


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : MAKE OVER 2


Model : LIS HALISA
MUA    : RYN DINZ


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : MAKE OVER 1


Model : HANIDA HASSAN
MUA    : RYN DINZ


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : EXPO PENDIDIKAN, KERJAYA DAN KEMPEN KESEDARAN JENAYAH, AIDS & DADAH

ANJURAN ALUMNI SDARY
4 HARI 3 MALAM
11 - 14 APRIL 2013

Anda semua dijemput hadir.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 March, 2013

HATI NAN SEPI (Semoga urat dan nyawa mengerti)


Jauh di sudut sisi, ada seseorang yang sudah berasa hati. Soal hati yang sukar dimengerti, bila isi hati sudah diburaikan, harapnya akan ada kelegaan.

Seseorang datang mengadu, sebagai insan hanya boleh menjadi pendengar setia. Mendengar keluh hati seorang lelaki, seorang lelaki yang sangat dihormati. Di mana-mana ia dihormati, tapi diri ini tidak mengerti. Mendengar dengan penuh teliti, isi hati, hati yang telah jauh pergi. Harap beliau tabah meniti hari-hari, dan sangat pasti beliau boleh mengharungi bersama sebuah tugu yang kini sedang tegak berdiri bersatu.

Nun di sudut hatinya, hati yang sudah mengecil, terkilan dengan urat nyawa sendiri yang seakan meminggir,  sedangkan segala kasih sayang sudah dilimpahi meruah-ruah. Wang ringgit dan masa tak pernah dikesah. Dan diri ini masih menjadi pendengar setia. Alir matanya redup resah satu persatu diluah.

Di saat mereka payah, sedaya upayanya membantu tak pernah kesah. Sejak masih berkeluarga besar, dan kini mengecil sudah, bantuan tetap diberi namun tak pernah diendah. Walaupun begitu bantuan tetap dihulurkan tak sudah-sudah. Tak tahu di mana silapnya. Dan diri ini tetap menjadi pendengar setia. Cerita lah, luahkan lah, diri ini akan tetap mendengarnya.

Suatu ketika mereka ke sana, bersama-sama membawa urat dan nyawa pergi mengejar cinta. Di sanalah urat dan nyawa yang sedikit-sedikit berubah. Sudah mula tidak mengendah, menyindir mengerling ikut suka. Dan yang ini, diri ini mula resah dan tertanya-tanya kenapa boleh berubah. Walaupun begitu, tetap menjadi pendengar setia.

Satu temasya gilang gemilang diaturkan dengan penuh meriah untuk merawat hati yang telah jauh parah. Menjemput semua isi alam berkumpul mesra. Dihari bahagia tetap tidak berubah, mengharapkan benih yang ditanam berbuah. Tapi malangnya, terbantut tidak berputik sedikit pun, hanya di tengah malam wangian datang menyinggah, jengah menusuk rongga, tapi akhirnya pergi jua. Bukan sahaja benih yang ditanam sekangkang kera sahaja tiada menampakkan hasilnya, malah benih yang di hujung sana, di hujung sini, dibelah atas sana dan juga yang di bawah sana juga tiada hasilnya. Tunas yang ada hanya memanculkan diri tanpa berfungsi apa-apa. Walaupun begitu temasya tetap diteruskan walaupun dengan hanya 4 kerat temulang berbalas 7 yang lainnya. Inilah yang dinamakan madu dibalas tuba. Semakin menyelami isi hati, hati yang sudah jauh menyendiri, dan hati ini tetap setia mendengar keluh hati.

Isi hati diburaikan lagi. Mengintai urat nyawa sendiri yang malangnya telah pergi. Pergi menghulur keringat disuatu negeri, berhari-hari sedangkan beliau sendiri tidak merasai. Tertanya-tanya juga dia apa yang sebenarnya terjadi, pergi tanpa khabar atau ajakan rasmi, bukan mahu dijulang tapi tidak rela dikeji, dipinggir urat nyawa sendiri. Sepi.....

Kini....beliau mengekalkan untuk menyendiri, membawa kelukaan hati, hati yang sepi. Walaupun begitu tetap bersyukur kerana adanya tugu yang tegak berdiri teguh tempatnya bersandar dan meluahkan saki-baki kasih sayang yang ada dan redha dengan apa yang terjadi. Menanggung kepedihan sendiri sedang urat mahupun nyawa tahu apa yang terjadi dan bakal terjadi. Berharap semuanya akan pulih kembali setelah rekahan luka parah dijahit disulam diubati. Operasi yang beliau sendiri mahukan ianya sepi, sepi dari pengetahuan urat nyawa dan rongga-rongga yang lainnya.

Wahai lelaki.....diri ini sangat mengerti dan tetap di sini menjadi pendengar sejati. Tugumu tetap berdiri dengan 7 tunggak bersama batuan-batuan kecil yang semakin bertaburan yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain  walaupun hanya batu-batuan harap tidak berhati batu. Janganlah berjauh hati lagi. Biarkan darah itu mengalir pergi, biarkan nyawa terbang melayang, biarkan urat berselirat, suatu hari nanti darahkan bersatu kembali, nyawakan bersemi kembali, urat pasti tak berselirat lagi. Pada Allah sahaja pohonkan doa agar satu persatu sedar akan kesilapan sendiri....

Diri ini akan kembali lagi, menjadi pendengar sejati, semoga hati yang sepi berbunga wangi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 March, 2013

Harith Iskander Memang Lawak Der



Soalannya... Lawak Ke Der??
Jawapannya... Lawak Ke Der 2 memang lawak gila, ketawa sampai keluar air mata, the best of Lawak Ke Der sebab ada Harith Iskander laaa brader....

Lawak Harith Iskander memang high class!!!

Siapa penah tengok lawak Harith Iskander dalam Lawak Ke Der 1? Hahaha, di Istana Budaya? di Astro atau di You Tube? Yang belum tengok tue, meh tengok sini Lawak Harith Iskander tahun lepas. Sory nak tengok yang baru kena pergi panggung. Hehehehehe...




Tapi dalam Lawak Ke Der 2...... lawak Harith Iskander semakin lawak sampai boleh buat ketawa terbahak-bahak berjurai air mata. Yeaaaa.... saya dah menonton Lawak Ke Der 2, filem lawak yang diklasifikasikan sebagai '18 FOR ADULT ONLY' tue... ni baru balik dan masih terngiang-ngiang lawak-lawak mereka especially Harith Iskander yang lawak gila tue.

1jam 45 minit, gelak tanpa henti sampai penjaga panggung pown lupa bukakan pintu untuk kami sebab mereka pown menonton dan gelak-gelak sekali. Dalam perjalanan keluar dari lorong-lorong belakang panggung, terfikir di benak, dimanakah mereka mengklasifikasikan Lawak Ke Der sebagai tontonan 18 tahun ke atas sahaja? Kalau nak kata ada perkataan-perkataan yang mengguris perasaan, rasanya ada beberapa part yang telah di tooooottttttt kan. So, apa masalahnya? Then kami perasan, ada part-part aksi yang memberahikan, pandangan kamera akan dialihkan ke arah penonton di Istana Budaya. So, apa masalahnya?

Kecewa bila ia diklasifikasikan sehingga begitu straight sekali. Dan malam tadi saya hanya pergi berdua sahaja dengan hubby. Dan sewaktu membeli tiket, ada juga yang membawa anak sekitar umur 8-10 tahun, masih tidak dibenarkan masuk dan terpaksalah mereka menonton movie lain. Masih tak faham...apa masalahnya.

Arghhh...masih tak faham kenapa diklasifikasikan sebagai 18 FOR ADULT ONLY.

Malas nak fikir....

Haaaa, nak promote ni, mesti tonton Lawak Ke Der 2 sebab memang lawak habis. Saya nak bagi 5 bintang penuh sebab Harith Iskander master mind dalam the whole movie. Dan saya perasan Lawak Ke Der tetap menerapkan lawak sindiran. Dan saya boleh terima kerana ianya benar dan perlu diberi kesedaran pada yang tak sedar, lawak mereka bukan sekadar lawak kerana lawak mereka mendidik dan ada mesej yang disampaikan.

Ni saya nak bagi pencerahan pada lawak-lawak mereka, pada pengamatan saya.

>> Avoid to eat mekdi...tak pasal-pasal plak NBK dalam Tanah Kubur jadi bahan. 
>> Jangan percaya tambang murah syarikat penerbangan...itu semua pembohong.
>> Artis-artis tak payah propa sangat, konon tak suka seksi bagai, walhal......
>> Erti persahabatan dan jangan betray sahabat anda
>> Wanita sangat cerdik, itu saya setuju apa yang Harith Iskander kata (must watch kalau nak tahu)

Okeyyy....kena tonton kalau nak tahu kenapa saya kata Harith Iskander mastermind dalam Lawak Ke Der 2. Tak dapat bayangkan kalau Harith Iskander tak ada, mesti saya akan kata.......boring.... macam tengok Maharajalawak kat Astro. Tapi kan....saya rasa lawak JoZan ada lack laaaa, bagi yang dah tengok tue, apakah pendapat korang sama dengan pendapat saya? Kannnn harta diorang sumer dah bagi kat minah penipu tue, then patutnya ending kan laaa cerita diorang dengan lawak papa kedana ker, selai sepinggang ker, Nabil interprem nak ambil semua harta ker.....toinkkktoinkkk....

Okeyyy...lah....kesimpulannya;

Nabil... lawak
BoBoi... lawak lah jugak, daripada takde
JoZan... lawak laaaa, tak gelak kang orang kata giler
Harith... lawak dan sangat lawak... yang ni lawak giler



Note: Gelak...gelak jugakkkk....lawak...lawak jugak... ketawa dan berfikir...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 March, 2013

Mesyuarat PIBG SKMKJ

Lokasi : Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari
Majlis : Mesyuarat Agung PIBG dan Pelancaran Program IIB-Pintar

Kini sedang bersiaran secara langsung di sekolah Danish, SKMKJ Johor Bahru. Kami bekejar-kejar awal pagi tadi untuk ke majlis yang penting ini. Sebab apa majlis ni penting, sebab ini sekolah anak kami dan kami perlu tahu segala perkembangan yang berlaku di sekolah ini. Dan begitu juga ibu-bapa yang lain, penting pergi mesyuarat PIBG ni. Kenapa mengelak? Berapa orang jer yang hadir. Tak penuh pown dewan pagi ni.

Haaaa...sebab utama seperti biasa:

"Saya dah hantar anak ke sekolah, pandai-pandai lah cikgu nak buat apa. Asalkan anak saya pandai dan jadi orang berjaya, itu dah cukup"

"Tak payahlahhh, mesyuarat-mesyuarat bagai, tak ada apa nak cakap, anak saya dah ok lah tu kat sekolah"

Uishhhhh.......

Banyak perkara yang boleh dibincangkan. Kalau tak ada idea nak diusulkan, takpa...dengar jer. Tapi, mesti ada kottt yang tak pias hati. Cakap la, bagi tahu cikgu mana-mana yang cikgu-cikgu tak nampak. Bagi pencerahan...

Ok, mesyuarat akan dimulakan  sebentar lagi. Ni Mama Danish akan buat catatan :

Usul-usul, pendapat dan pandangan serta feedback.

1. Yuran PIBG sepatutnya dibayar lebih awal
      >> akan dipertimbangkan

2. Wang sumbangan sekolah terlalu tinggi, setiap anak RM10, minta dikurangkan ke RM5. Ada keluarga yg mempunyai anak lebih 3 di sekolah ini.
      >> usul tidak diterima dan akan dikekalkan memandangkan taraf hidup dan pendidikan semakin tinggi disamping banyak bantuan yang diterima oleh kerajaan sementelah lagi yuran pelajaranpun sudah dimansuhkan.

3. Mengadakan tuition untuk pelajar di hari minggu
     >> Kokurikulum 2 kali sebulan telah diadakan memakan masa. Masalah masa yang mengganggu.

4. Mengadakan kursus motivasi khas
     >> Keb Bistari, kursus motivasi dan program sakinah akan dijalankan dalam masa terdekat

5. Matapelajaran sivik dan kewarganegaraan dikalangan murid diwujudkan. Memupuk sifat hormat menghormati memandangkan anak-anak zaman sekarang semakin kurang moralnya
     >>  Pendidikan agama dan pendidikan moral telah diadakan. Oleh itu, Ibubapa juga harus memainkan peranan juga untuk membimbing anak-anak sewaktu dirumah.

6. Tahap pemantauan jual beli terutama murid-murid darjah 1
     >> Tindakan akan dismbil. Pengusaha kantin telah membuat permohonan penyambungan kontrak dan akan dipertimbangkan sekiranya ini terjadi.

7. Pembawaan telefon bimbit ke sekolah
     >> Ya, rampasan akan dibuat. Ibu bapa sendiri yang perlu datang menuntut dengan surat permohonan.

8. Waktu sekolah pada hari Jumaat pada tahun ini bertukar ke jam 2.15 tidak sesuai
     >> Pengubahan ini tertakluk kepada undang-undang dan dasar persekolahan negara. Sekolah bermula jam 2.15 dan pada jam 2.20ptg pembacaan Yassin diadakan. Tiada denda sekiranya pelajar datang lewat sehingga jam 2.30 pada hari Jumaat. Usul ditolak.

9. Waktu sekolah pagi yang bertukar ke jam 7.15 terlalu awal.
      >> Dasar perundangan persekolahan negara perlu dipatuhi. Usul ditolak.

10. Pemasangan lampu disepanjang laluan ke sekolah yang gelap terutama di laluan masuk ke sekolah hingga ke kelas di waktu pagi dan petang.
       >> Lampu dalam proses pemasangan. Terima kasih.

Owh yaaa... SKMKJ merupakan Sekolah Angkat Iskandar Investment Berhad.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 March, 2013

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT



TAHUKAH KITA MAKNA DALAM SOLAT?



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|







Ya-Allah...berikanlah aku kelembutan hati untuk mengerjakan setiap solat mu tanpa lengah-lengah atau kemalasan dalam diri. Ya, aku akui kadangkala aku sendiri alpa dengan kesebokan dunia sehingga cuai dalam mengerjakan perintah Mu.

Dah masuk waktu Zohor ni...kaum adam dah selesaikan solat Jumaat, sekarang gililan kami kaum hawa pula mendirikan solat Zohor...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

TERGESA-GESA MENUNAIKAN SOLAT



Aduh....tak boleh tergesa-gesa menunaikan solat. Macam mana nak cakap yea... kami sering tergesa-gesa menunaikan solat setiap masuknya waktu Maghrib kerana mahu bergegas untuk ke Kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami...

Jom tengok ni;



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|



Kadangkala, waktu Maghrib masuk seawal 7.15 ptg. Sekiranya waktu Maghrib sekitar waktu ini, kami tidaklah tergesa-gesa. Tapi adakala ketikanya, Maghrib masuk pada jam 7.30ptg. Kami terpaksa cepat sebab perlu menunaikan solat Maghrib terdahulu di rumah Agam dan kena cepat-cepat bersiap kerana kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah agam. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas dan bermacam kerenah pemandu di sepanjang perjalanan, kami tak mahu sampai lewat.

Kalaulah kami bertolak dari rumah agam sebelum waktu Maghrib, alamatnya kami akan terlepas solat maghrib dan mungkin juga menunaikan Maghrib dihujung waktu.

Ya-Allah, Engkau Maha Mengetahui...adakah kami mengejar dunia???




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 March, 2013

Kisah Semalam



Semalam perasan tak saya upload 3 entry Rabu kurang kata-kata. Semuanya ada kisah disebaik gambar-gambar tersebut. Nak dengar cerita tak? 

Owhhh yaaa, terlebih dahulu nak minta maaf sangat-sangat kat Cik Rose sebab terskip nama dia dalam Doa Saya Buat Mereka. Semalam hari ulang tahun Cik Rose. Maaf tau memang tak sengaja... sebab rasanya Cik Rose tak update birthday di FB GSFian. Sory yeaaaaa..... Sory sangat-sangat. Saya dah update N3 Doa Saya Buat Mereka, saya doakan  Cik Rose berbahagia selalu dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya.

Okeyyy...sambung kisah semalam saya.

Pagi seawal pukul 3 saya dah terjaga, sebab dengar ada orang nangis teresak-esak kat rumah sebelah. Nak pergi tanya serba salah takut kena chop kepoh. Tapi, nak jengah jugak kalau-kalau keadaan macam tak terkawal, tap...saya tak percaya mereka ada masalah rumah tangga. Sangkaan saya, mungkin ada tragedi dalam keluarga mereka. Dan sangkaan saya tepat sebab pagi lagi en.hubby dah call suami jiran sebelah ni, rupanya bapa kepada Kak Azizah (jiran saya) meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun...

Bila dah bangun pagi tue, terus tak bleh tidur sebab teringat baju KRS Danish, batchnya belum dijahit lagi. Huhuuhuu...apa punya mama laaaa. Nasib baik terjaga, kalau tak mesti kelam kabut. Maka menjahitlah saya pagi-pagi buta tue Uniform Kadet Remaja Sekolah untuk Hari Ko-Ko.

Al-kisahnya semalam....

Beberapa purnama dulu (dululah sangatkannnn), saya ada apply cuti pada 13.3.13, cuti tanpa sebab, sebabnya cuti banyak lagi, sebabnya cuti banyak lagi, sebab susah dapat cuti, sebabnya, boss saya kedekut nak bagi saya cuti. Entahlaaaa, agaknya kalau saya cuti, collapse makmal tu kotttt.... Tapiiiiii......saya boleh pulak terlupa yang saya cuti semalam. Hahaha, lawak tak? Dengan selamba datang kerja, buat kerja macam biasa, tiba-tiba clerk kat main office call..

"Kak!! Ada emergency case ker? Ada apa datang hari ni? Bukan akak cuti ke?"

Toinktoinktoinkkkkk.....apa lagi, confirm lepas check application list memang saya ada cuti. Hah! apa lagi, prepare untuk chow laaaaa pukul 12 tengahari. Call hubby tanya dia free tak? Huh, saya ni kalau takde geng memang alamatnya balik rumah tido laaaaa. Syoknya bila hubby kata dia free, boleh entertain isteri kesayangan dia yang sorang ni. Uhukuuhuk.....rasa macam dalam Syurga.

Kitorang pergi makan kat Jusco Bukit Indah. haaaaa, mesti dah tau kan saya makan apa semalam sebab saya ada up N3 WW kedua Iklan vs Actual. Dah tengok ke gambar dalam N3 tue? Punya lah hangennnn... Actually lama dah saya tak duduk makan kat Pizza Hut ni, sebab biasanya panggil PHD jer. Dan semestinya menu PHD memang ada sedikit berbeza dengan outlet. See.....iklan dia punya lah mengiurkan, ayam memang nampak 1/4 laaaa ala-ala ayam Pakcik Kenny R. Tapi...bila sampai, oooOmanggAiii...dah rupa ayam potong 12. Ayam Penyek sepinggan 7 rengget pown besar beb. Tu sayor brongkoli sangatlaaa kecik sebesar guli jerrr kak non. Memang sangat-sangat keciwa laaaa...kannn...kannn...annnn... Dah laaa sebelum tu pi tengok list citer wayang kat TGV, filem ntah apa-apa. Sebab nak tengok Rock oO!, lepas lunch yang macam og diet tue, kitorang...opssssss...kita berdua terus ke City Square, menonton Rock oO! kat Cathay. Okey laaa, saya nak bagi 4 bintang untuk Rock oO!.

Kisah berikutnyaaaaa....

Ingatkan lepas tonton Rock oO! nak maraton Lawak Ke Der 2. Tapi disebabkan haritu Danish ada cakap nak tengok Lawak Ke Der, so kami balik dulu dan ambil kids. Lepas Maghrib, kami ke Jusco Tebrau pulak ada TGV jugak. Sebab sebelum pergi dah check dulu, tanyangan pukul 8.30. Tapi.....sangat-sangat menghampakan setibanya di kaunter tiket.

"Owhhh Dear, sorry, For Adult Only 18 & Above"sambil tangan minah tu tunjuk kan papan layar.

Apekerrrr????? Even with parent guide? Hadoiyaiiiii....apa ni? Selepas kami, ada couple tu bawa baby dalam lingkungan setahun, pownnn tak boleh beli tiket jugak. Dan....ada sekumpulan budak 4 orang, minah kat counter tu siap mintak IC. Apakah sebenarnya????? 

So, sory laaa abang Afdlin, saya terpaksa beli CD cetak rompak. Tak pown...tunggulah Astro First tayang nanti. Hangennn jer, lawak jer pownnn, apa nak kena tapis-tapis, kalau ada yang censored tu potong ajelah, ni bukannya tayangan kat Istana Budaya, no kids. Huh!!! Yang geram tu, cerita omputeh yang ada kiss-kiss tue, pelok-pelok, dedah-dedah, tersembul sana sini tue, ok jerrrr budak-budak boleh masuk.

Hurrrmmmm...takpa lah. Jom laaa kita pergi shopping. And u know what...? Saya terbeli handbag pulak semalam. Ouwchhhh...bujang saya yang 3 orang tu lah yang pilih. Kaler hijau lagi...huhuhu...brand rahsia, tapi kalau pakai pown, memang brandnya takkan nampak, tag sebelah dalam jer. Saya ni jarang beli beg, kalau ada 1 bag, akan pakai sampai rosak. Actually beg yang saya pakai gi kerja ni dah 2 tahun masih okey. Bukannya takda beg lain, tapi beg-beg saya ada klasifikasi. Untuk pergi class lain, untuk berjimba-jimba dengan geng GBS lain, untuk gi office lain. So, bila ada beg baru ni maybe salah satu beg yang ada akan ikut saya pergi kerja. Beg yang baru ni haruslaaa sesuai untuk gi jalan-jalan jer. kannn..kannn..annnn....

Haaaaaa...terlebih sudaaaa N3 malam ni. Dah nak masuk 15 haribulan pown. Okeylah, hope you enjoy your day today and yesterday. Sory kalau N3 ni panjang berjela, buatkan semua mual nak baca. Takpa kalau taknak baca, saya tulis untuk orang yang sudi baca.

Okey, selamat malam. Saya belum nak tidur lagi, kena iron baju dulu, check buku budak 2 orang ni, mesin basuh dah pown berhenti tu so kena sidai kain, kemas-kemas dapur skit takut kang ada yang datang supper tengah malam buta nyongket periuk.

Sayang semua....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 March, 2013

WW : 18SG / 18SX / 18PL

LAWAK KE DER 2 TAK BOLEH BAWAK BUDAK WALAUPUN DITEMANI IBU BAPA???
APEKER?????

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Iklan vs Actual

Ada sesiapa nak komen? Especially Chicken Chop...huhuhu...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : HARI KO-KO SEKOLAH

Untuk blogger, hari Rabu adalah Hari Tanpa Suara
Bagi murid-murid sekolah, hari Rabu adalah Hari Kokurikolum
KADET REMAJA
Masa sekolah dulu you all joint persatuan apa?
Yang dah ada anak sekolah tu, anak kamu joint persatuan apa?
Jom share...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 March, 2013

Doa Saya Buat Mereka..




ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.

YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK.

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku-sahabatku ini, Kau panjangkanlah umur mereka dan kurniakan kepada mereka kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah. Kurniakanlah kepada mereka rezeki yang murah, melimpah ruah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat-sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kesakitan, kemiskinan dan kebuluran, sama ada dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku... Bukakanlah kepadamereka pintu kebajikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah mereka dari segala pintu kejahatan dan keburukan dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah... tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Maka permudahkanlah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah mereka dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah mereka dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhi dan jauhkanlah mereka dari pengaruh nafsu yang menyesatkan.

Ya Allah hidupkanlah mereka dengan keimanan dan matikanlah mereka bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah kepada mereka kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hati mereka dengan cahaya hidayahMu, perbaikanlah amalan mereka dan tunaikanlah hajat mereka baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diri mereka dengan cahaya Nur Mu dalam hati mereka, telinga mereka, mata mereka, kiri kanan mereka, muka mereka, belakang  mereka, atas dan bawah mereka, urat saraf mereka, dan pada darah mereka, serta daging mereka, rambut mereka dan lidah mereka.. kaki tangan mereka dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiran mereka dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa mereka dan kedua ibubapa mereka serta keluarga mereka dan semua teman-teman mereka dan muslimin muslimat... kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan mereka juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengan mereka.

Ya Allah.. hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat-sahabatku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan mereka hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosa mereka sama ada yang terjadi dalam keadaan mereka sedar ataupun tidak. Jadikanlah mereka sebaik-baik wanita iaitu wanita-wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni. Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT-SAHABAT KU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT


tHE 8 gOjEzzZ wOMeN In My HeaRt !!!!!


Lya Afrina pada 10 Mac
Deqla pada 11 Mac
Che Rose Cute pada 13 Mac
Deq's Qienz pada 16 Mac 
Cendol pada 16 Mac
Dyabunga pada 17 Mac
Kinara Kinatara pada 23 Mac
Izan Mama Mia pada 31 Mac
Lelamaisara pada 31 Mac



Amin....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 March, 2013

Misi Merentasi Selat Tebrau

Pagi yang ceria.

Yukkk SWIM FOR FUN

Danish baru sahaja melebarkan kepaknya di dalam air Stulang. Tak jauh sangat laaaa (tipu), adalah 20 kali kolam renang antarabangsa...huhuhu.....

Tak tau laaa Danish boleh bertahan ke tak? Kalau saya memang takkkklaaaaa... tapi sangat kagum dengan anak-anak kecil yang berusia paling muda, 6 tahun. Mading-masing bersemangat dengan laut.




 

opppssss.....susunan gambar mcm tebalik....huhuhu.... layan jer.

Terima kasih pada Cikgu Azreen kerana memberi peluang pada anak saya untuk merasai pengalaman ini...


updated 13.3.13
Saya dah update susunan gambar. Saya pown dah cover-cover gambar-gambar seksi yang terupload pada hari kejadian. Maaf yeaaaaaaa pada yang dah tertengok tue.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 March, 2013

Struggle o_O

Oxford Advance Learner's Dictionary : To try veryhard to do something when it is dificult or when there are a lot of problems....

《sambil jeling-jeling Stadium Shah Alam》

Selangor dah leading 4 berbalas 1 dari Johor DT.
Hurmmmmm....... 11 lelaki itu juga sedang struggle.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...