28 March, 2013

Cerita Pakcik Driver


Haritu saya menaiki bas dari hentian bas Klang ke Johor Bahru. Berlepas tepat pukul 4 ptg. Tak berapa nak ingt naik bas apa, sebab sampi jer hentian bas, tanya tiket terus beli kebetulan bas dah nak gerak. Naik jer bas, takde pilihan kerusi, duduk baris kedua dari kerusi driver.

Dari Klang sampai Yong Peng, Johor... saya layan anak saya berbual dan kemudian sambung layan blogging bila anak dah start nak terlentuk. Sampai hentian rehat Yong Peng, bas berhenti dalam lebih kurang 20 minit. Sampai masa, semua naik ke bas, drivr ke-2 yang dari tadi tak nampak bayang, mengira jumlah penumpang. Sebaik bas bergerak meneruskan perjalanan, kedua-dua driver start berborak...... Saya ingatkan nak tidur hingga sampi JB, tapi tak boleh sebab tertarik dengan perbualan mereka berdua.

D = driver

D1 "Balik rumah trus lah ni?"
D2 "Haaa, dah 2 hari tak balik ni"
D1 "Wahhhh, terperap jer lah kat dalam bilik. Lama ker rehat?"
D2 "Ishkk taklah, 1 hari jer lah"
D1 "Orang rumah masak sedap-sedap lah ni"
D2 "Macam tu lahhh, tapi aku paling pantang bila balik ni dia hidang makanan siang tadi ke, semalam punya ke...mulalah aku nak naik angin"
D1 "Iyerlahkannn...jarang-jarang balik kena makan makanan semalam pulak"
D2 "Binik aku tu suka sangat nak berjimat. Tapi kalau masak taktau beringat. Masak punyalah banyak sampai tak habis, nanti masuk esbok, esok hangat-hangatkan"
D1 "alaaaa, ok lah jangan membazir"
D2 "ishkkk...aku memang tak boleh laaa, tu yang aku rasa nak melempor jer. Ada sekali tu aku tuang jer kuah dalam periuk nasi. Dah laaa hidangkan makan, nasi di bawaknya dengan periuk sekali atas meja"
D1 "hahaha....tak patut laa kau"
D2 "Apa pulak, kadang aku malas nak gaduh terus angkat kaki, makan kat kedai mamak"
D1 "Engkau tak bagi tau ke orang rumah kau yang kau tak suka dia buat macam tu"
D2 "huhhh...malas nak cakap"

Okey....perbualan mereka panjang lagi semuanya berkisar pasal rumah tangga driver yang sedang bawa bas tu. Kawan dia boleh pulak melayan, dan saya terpaksa mendengar.

Hurmmm...kesimpulannya....

Nasihat untuk driver bas tue....
1. Tak baik cerita masalah rumahtangga kat orang
2. Tak baik cerita buruk pasangan kat orang
3. Tak baik membazir makanan, kalau masih boleh makan, makan laaa
4. Kedai mamak punya makanan belum tentu fresh dan berkhasiat

Nasihat untuk isteri driver.....
1. Suami balik rumah sekali-sekalatu layan laa macam raja
2. Melampau kottt hidang periuk nasi atas meja (walaupun kadang saya buat macam tu jugak)
3. Jangan buat perkara yang suami tak suka

Hurmmmm....jom lah makan.  Yang kat rumah tue....hangat lauk semalam ke?


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 comments:

intanfirdaus247 said...

Salam CIM..muahks..tetiba muahks lak kan..hehe..lama x bersua...betol juga tu sekali sekala suami balik..tapi yg penting jgn citer keburukan pasangan pada org lain..baik buruk suami/isteri kita..laporrr

Si Matatajam said...

Isk2 tak baik Cerita keburukan pasangan kat org lain tu.-.- M pun kadang2 panaskan gak lauk semalam..kadang2 masak skit pun tak abis gak so esok la tempatnya takkan nak ke tong sampah plak kan..bazir tu kan amalan syaitan..

Nurzakiah Hanum said...

x baik kan ceta kat org lain

N.Aima K said...

keh3x..kitorng main self servis kaut sendiri..makan sendirik.. sbb kitorang suka makan kat depan tv hik hik hik...

Tihara said...

saya jarang masak dah sekarang sebab byk ikut hubby ke luar..so makan sama2 kat luar.. :)

Mrs Velentine said...

betul hal rumah tangga jangan dok cadang mereka kena bincang balik.jangan dok pendam

Deqla Manjew said...

ish... terang2 citer keburukan isteri kat org.. alahaii... kalo la hubby deqla mcm ni, xtau nk kata apa la..mau tersentap gak.. takot jugak kan... hukhuk...ada ka patot mls nk ckp..patotnya tegor la apa slh dia.. bukannya senyap pastu main angkat kaki je..harus saling berkomunikasi..yg mana tak puas hati tu terus terang la kat psgn masing2.. bknnya pegi jaja citer kat org!.. huh mrh ni.. ;p

che mid said...

Ooo.. suami cerita keburukan isteri kita marah, kita cerita keburukan suami tak henggat ha ha che mid la tuuu.. tapi ya la kan, si isteri tu pun, kalau nak masak tu, masak le time suami nak balik, kalau suami takde takpelah makan lauk perangat..

Chic Na said...

kihkihkih.. boleh pulak bising2 dalam bas tu. habis semua org dgr masalah dia.

Cik Nur™ said...

ishh..kesian pula nur dgr..dua2 salah sebenarnya...

suami kenalah bgtahu isteri apa yg dia tak suka, isteri pula kenalah belajar dari kesilapankan...

DRC said...

hurmmm... tak ada masalah untuk berkongsi masalah cumanya tak kena pada tempat... hati2 dgn perkongsian... takpelah, mungkin terlepas pandang dari driver2 tu.. :)

are_lin@yu said...

huhu pttnya trg lah kt wife kan..ada plak cita kt org..ksian wife dia..sma2 kna ambl iktibar ni

aReLaN said...

hahaha...apa punya driver la.masalah camtu simpan jela.tapi rasanya ramai yang jenis suka bercerita.hmmm

ayut said...

mmm...ayut pon tak suke klu ada lelaki yg dh kawen nk cite2x pasal umahtangga diorang...tak elok lg pon bt mcm tu...

Zuraidah Butang said...

Betul, dalam hal ni...isteri dan suami kene bincang baik...jgn la cite pasal hal family kat org len kan..hehe

i folo u k

nuyui a.k.a miss YUI said...

aduhai..cmtu pun nak citer..

9n0L4 said...

susah la hidup kalau suami mcm ni. takde comen sense langsung. huh.

nik ros said...

suami cerewat sgt tu kalau bagi nik.lagi tak patut dia bercerita kat org lain.

elok lagi la tolong hidangkan periuk nasi kat atas meja. nik ni kdg2 suh laki ambik sendiri nasi kat periuk.huhu..nasib baik la suami tak cerewet mcm tu.

p/s : tak ada jodoh kita nak jumpa.tak pe.nnt ada masa kita jumpa.nik mmg akan ulang alik jhr jugak.umah mertua kat johor...hihi

nea lopah said...

mcm2 hal kan, masing2 kena perbaiki diri, tak boleh nk salahkan pompuan jer.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xelok la hal rumah tangga dok cerita kt org..baik buruk ttp suami isteri...better bincang elok2 la

TiranaAduka said...

pekabr CIM?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget