16 March, 2013

Mesyuarat PIBG SKMKJ

Lokasi : Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari
Majlis : Mesyuarat Agung PIBG dan Pelancaran Program IIB-Pintar

Kini sedang bersiaran secara langsung di sekolah Danish, SKMKJ Johor Bahru. Kami bekejar-kejar awal pagi tadi untuk ke majlis yang penting ini. Sebab apa majlis ni penting, sebab ini sekolah anak kami dan kami perlu tahu segala perkembangan yang berlaku di sekolah ini. Dan begitu juga ibu-bapa yang lain, penting pergi mesyuarat PIBG ni. Kenapa mengelak? Berapa orang jer yang hadir. Tak penuh pown dewan pagi ni.

Haaaa...sebab utama seperti biasa:

"Saya dah hantar anak ke sekolah, pandai-pandai lah cikgu nak buat apa. Asalkan anak saya pandai dan jadi orang berjaya, itu dah cukup"

"Tak payahlahhh, mesyuarat-mesyuarat bagai, tak ada apa nak cakap, anak saya dah ok lah tu kat sekolah"

Uishhhhh.......

Banyak perkara yang boleh dibincangkan. Kalau tak ada idea nak diusulkan, takpa...dengar jer. Tapi, mesti ada kottt yang tak pias hati. Cakap la, bagi tahu cikgu mana-mana yang cikgu-cikgu tak nampak. Bagi pencerahan...

Ok, mesyuarat akan dimulakan  sebentar lagi. Ni Mama Danish akan buat catatan :

Usul-usul, pendapat dan pandangan serta feedback.

1. Yuran PIBG sepatutnya dibayar lebih awal
      >> akan dipertimbangkan

2. Wang sumbangan sekolah terlalu tinggi, setiap anak RM10, minta dikurangkan ke RM5. Ada keluarga yg mempunyai anak lebih 3 di sekolah ini.
      >> usul tidak diterima dan akan dikekalkan memandangkan taraf hidup dan pendidikan semakin tinggi disamping banyak bantuan yang diterima oleh kerajaan sementelah lagi yuran pelajaranpun sudah dimansuhkan.

3. Mengadakan tuition untuk pelajar di hari minggu
     >> Kokurikulum 2 kali sebulan telah diadakan memakan masa. Masalah masa yang mengganggu.

4. Mengadakan kursus motivasi khas
     >> Keb Bistari, kursus motivasi dan program sakinah akan dijalankan dalam masa terdekat

5. Matapelajaran sivik dan kewarganegaraan dikalangan murid diwujudkan. Memupuk sifat hormat menghormati memandangkan anak-anak zaman sekarang semakin kurang moralnya
     >>  Pendidikan agama dan pendidikan moral telah diadakan. Oleh itu, Ibubapa juga harus memainkan peranan juga untuk membimbing anak-anak sewaktu dirumah.

6. Tahap pemantauan jual beli terutama murid-murid darjah 1
     >> Tindakan akan dismbil. Pengusaha kantin telah membuat permohonan penyambungan kontrak dan akan dipertimbangkan sekiranya ini terjadi.

7. Pembawaan telefon bimbit ke sekolah
     >> Ya, rampasan akan dibuat. Ibu bapa sendiri yang perlu datang menuntut dengan surat permohonan.

8. Waktu sekolah pada hari Jumaat pada tahun ini bertukar ke jam 2.15 tidak sesuai
     >> Pengubahan ini tertakluk kepada undang-undang dan dasar persekolahan negara. Sekolah bermula jam 2.15 dan pada jam 2.20ptg pembacaan Yassin diadakan. Tiada denda sekiranya pelajar datang lewat sehingga jam 2.30 pada hari Jumaat. Usul ditolak.

9. Waktu sekolah pagi yang bertukar ke jam 7.15 terlalu awal.
      >> Dasar perundangan persekolahan negara perlu dipatuhi. Usul ditolak.

10. Pemasangan lampu disepanjang laluan ke sekolah yang gelap terutama di laluan masuk ke sekolah hingga ke kelas di waktu pagi dan petang.
       >> Lampu dalam proses pemasangan. Terima kasih.

Owh yaaa... SKMKJ merupakan Sekolah Angkat Iskandar Investment Berhad.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

nanieydotcom said...

Biasa lme jgk kan meeting ni.. :)

Chic Na said...

sekarang semua sekolah tgh busy buat PIBG. ;)

Miss N™ said...

join meeting macam ni mmg penting...
baru boleh tahu aktiviti dan pkembanagan sklolah...

Nur penah teman mak join, mmg okaylah...
walaupun ada satu da yg nur tak bape nak faham..hihih

Solehah Shamsuddin said...

wah banyak jugak usulnya ye.hehe ni msti lama kn mesyuarat ni :)

Cik Ai said...

mmg byk la selalunya mesyuarat PIBG ni yg di usulkan..
ms ni lah nk cakap apa2 pun :)

Arina Shamsul said...

itulah kelebihan mesyuarat PIBG ni,IBu bapa dan guru boleh berbincang dan menyuarakan
pendapat masing :)

Liyana Anuar said...

banyak isu dibincangkan ye kak..untungkan jadi skolah angkat iskandar investment?

Unknown said...

deqla entahkan bila nk bermesyuarat mcm gini... hahaha...

Mrs Velentine said...

MV mmg selalu ke mesyuarat mcm ni..ajk tadika kemas..huhu

TiranaAduka said...

ta hanya sekali dlm seumur idup gi meating pibg..

Unknown said...

blom merasa ke mesyuarat pibg lg..maklum le anak blom msk sekolah rendah..hee

Nurul Says said...

dulu masa sekolah saya x bg parents saya g meeting ni T___T.. ni dah jadi parents tak taulah mcm mana anak2 saya..

9n0L4 said...

nampak mak mak je yg ramai tu. hehe.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nanti wani pun kena p juga la mesyuarat PIBG ni bila qalief msk sek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...