30 March, 2013

Makna Persahabatan

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.
- Tidak dapat diketahui adakah seseorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
- Tidak dapat dikenal seseorang itu berani melainkan pada waktu berjuang.
- Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kita dalam kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka. Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata. Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Inilah kawan-kawan saya, sahabat suka duka saya, hanya kami bertujuh, kongsi semua cerita, menyangkal semua hasad dengki dari orang lain yang sememangnya khianat dengan persahabatan kami yang terlalu erat ini.

Kami sayang antara satu sama lain...

♥ Nieda ♡ Lina ♡ Lis ♡ Ryn ♡ Me ♡ Zeira ♡ Farra ♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

35 comments:

Telor Power said...

untung ada sahabat sejati begini

Unknown said...

sahabat,.bayangkan kalau hidup xder sahabat

Unknown said...

ske kata2 d atas
asal singgah blog sis je..rasa syahdu
pandai sis mengayat ayat..eh...apakah
boringnye la klo xde sahabat
sahabat ada d mana2
cuma kita perlu berhati2 dlm memilih sahabat..umpama hadis yg pasal minyak wangi tu
pic tu [ic dinner ke...cam nampak pakai tema hitam merah

Si Matatajam said...

Bertuahnya hidup kalau punya sahabat sejati...

Unknown said...

cim...like u entri...love it.

Unknown said...

Suke n3 ttg sahabat. comel semua kwn2 CIM.

Nastyna said...

Sahabat tu payah nak cari, sekadar teman merata ada. Adore your friendship ;)

NinaAz said...

Salam kenal. Tq join ga nina

Chipsmore said...

Indahnya persahabatan kalau masing-masing saling memahami antara satu sama lain, mengingatkan jika kita leka, membantu jika kita susah.. Ohhh.. susah kdang-kadang cari sahabat cmnih...

Tie HT said...

teman yang satu saya telah pergi menghadap Illahi..indahnya persahabatan dengan dia..satu2 nya sahabat yang declare sayalah temannya di dunia dan akhirat..berkongsi suka dan duka...sedih

ANIM said...

pengalaman kak yang sering berpindah randah ni..kawan datang dan pergi. sahabat yang ada adalah yang dikeliling kita sekarang. bila dah jauh..makin lama makin menyepi. sibuk dengan urusan masing2. alhamdulillah, bila ada blog, dapat kumpul kawan maya..

Anonymous said...

waaa

cerianya muka semua orang

:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

beruntung ada shbt begini.

Unknown said...

Salam pagi isnin CIM, keje tak ari ni?

Mrs Velentine said...

beruah ada kawan rapat yang masih berhubung hingga ke hari ni kan...

Cikrosecute said...

Untungnya.....ada sahabat sejati...ramai ulak tue...

are_lin@yu said...

sahabat susah senang mmg susah cari kan..wahh ramai sahabat akka..tahniah!

Nik said...

wah...seronoknya ada ramai kwn2. nik tak ada pun kwn baik pompuan yg berkongsi citer gini.kwn2 biasa tu mmg ramai.

tak pe la .ada suami.hehe

Nurul Says said...

gambar kabur..nak yang lebih jeles HAHA.. semoga persahabatan yang terjalin berkekalan AMIN

eh ada entri utk awak dear xoxo

http://tsukinano.blogspot.com/2013/03/joho-night-1-anjung-warisan-pasar-karat.html

Unknown said...

punya seorg sahabat lebih baik dari punya ramai kawan.. hihi... betol x kak? deqla dah ada dah pengalaman ditikam kawan sendiri..dulunya dia l sahabat.. tak sangka sgt!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

comel2 semua kwan2 kak niena...sahabat sejati nih

Chic Na said...

bertuah dikelilingi sahabat2 yg baik. semoga berkekalan. :)

Unknown said...

sonoknye ade BFF.. zura kat opis sensorang jer melayu pompuan.. yang len semua cina~

Mulan said...

moga ukhuwah kekal hingga ke akhirnya..

Miss N™ said...

Bila baca ni, Nur teringat dekat sahabat2 Nur...

Nur pun sayangkan mereka semua termasuk akak... :)

TiranaAduka said...

salam cm
Betuahnya ta dpt sahabt spt cm.syukur alhamdulillah.

Dr K said...

Banyak bezanya antara kawan, dan sahabat.

Solehah Shamsuddin said...

begitu juga solehah dgn akak. kita jalinkan persahabatan di dunia blogging :)

E'in said...

kau sahabatku kau teman sejati....

QasehnyaRania said...

nak cari sahabat sejati susah kak..kwan ramai..

cntik tema merah hitam :)

QasehnyaRania said...

nak cari sahabat sejati susah kak..kwan ramai..

cntik tema merah hitam :)

Anonymous said...

seronok ada kawan2 yg satu kepala mcm ni !

mummyrinazone beauty said...

sahabat sejati nurul ada sorang jer..

Cik Ai said...

sahabat..
rsnya hidup x bermakna kot kalo xde sahabat..

9n0L4 said...

sahabat sejati sukat dicari tapi kalau dh jumpe, jgn disakiti. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...