18 March, 2013

HATI NAN SEPI (Semoga urat dan nyawa mengerti)


Jauh di sudut sisi, ada seseorang yang sudah berasa hati. Soal hati yang sukar dimengerti, bila isi hati sudah diburaikan, harapnya akan ada kelegaan.

Seseorang datang mengadu, sebagai insan hanya boleh menjadi pendengar setia. Mendengar keluh hati seorang lelaki, seorang lelaki yang sangat dihormati. Di mana-mana ia dihormati, tapi diri ini tidak mengerti. Mendengar dengan penuh teliti, isi hati, hati yang telah jauh pergi. Harap beliau tabah meniti hari-hari, dan sangat pasti beliau boleh mengharungi bersama sebuah tugu yang kini sedang tegak berdiri bersatu.

Nun di sudut hatinya, hati yang sudah mengecil, terkilan dengan urat nyawa sendiri yang seakan meminggir,  sedangkan segala kasih sayang sudah dilimpahi meruah-ruah. Wang ringgit dan masa tak pernah dikesah. Dan diri ini masih menjadi pendengar setia. Alir matanya redup resah satu persatu diluah.

Di saat mereka payah, sedaya upayanya membantu tak pernah kesah. Sejak masih berkeluarga besar, dan kini mengecil sudah, bantuan tetap diberi namun tak pernah diendah. Walaupun begitu bantuan tetap dihulurkan tak sudah-sudah. Tak tahu di mana silapnya. Dan diri ini tetap menjadi pendengar setia. Cerita lah, luahkan lah, diri ini akan tetap mendengarnya.

Suatu ketika mereka ke sana, bersama-sama membawa urat dan nyawa pergi mengejar cinta. Di sanalah urat dan nyawa yang sedikit-sedikit berubah. Sudah mula tidak mengendah, menyindir mengerling ikut suka. Dan yang ini, diri ini mula resah dan tertanya-tanya kenapa boleh berubah. Walaupun begitu, tetap menjadi pendengar setia.

Satu temasya gilang gemilang diaturkan dengan penuh meriah untuk merawat hati yang telah jauh parah. Menjemput semua isi alam berkumpul mesra. Dihari bahagia tetap tidak berubah, mengharapkan benih yang ditanam berbuah. Tapi malangnya, terbantut tidak berputik sedikit pun, hanya di tengah malam wangian datang menyinggah, jengah menusuk rongga, tapi akhirnya pergi jua. Bukan sahaja benih yang ditanam sekangkang kera sahaja tiada menampakkan hasilnya, malah benih yang di hujung sana, di hujung sini, dibelah atas sana dan juga yang di bawah sana juga tiada hasilnya. Tunas yang ada hanya memanculkan diri tanpa berfungsi apa-apa. Walaupun begitu temasya tetap diteruskan walaupun dengan hanya 4 kerat temulang berbalas 7 yang lainnya. Inilah yang dinamakan madu dibalas tuba. Semakin menyelami isi hati, hati yang sudah jauh menyendiri, dan hati ini tetap setia mendengar keluh hati.

Isi hati diburaikan lagi. Mengintai urat nyawa sendiri yang malangnya telah pergi. Pergi menghulur keringat disuatu negeri, berhari-hari sedangkan beliau sendiri tidak merasai. Tertanya-tanya juga dia apa yang sebenarnya terjadi, pergi tanpa khabar atau ajakan rasmi, bukan mahu dijulang tapi tidak rela dikeji, dipinggir urat nyawa sendiri. Sepi.....

Kini....beliau mengekalkan untuk menyendiri, membawa kelukaan hati, hati yang sepi. Walaupun begitu tetap bersyukur kerana adanya tugu yang tegak berdiri teguh tempatnya bersandar dan meluahkan saki-baki kasih sayang yang ada dan redha dengan apa yang terjadi. Menanggung kepedihan sendiri sedang urat mahupun nyawa tahu apa yang terjadi dan bakal terjadi. Berharap semuanya akan pulih kembali setelah rekahan luka parah dijahit disulam diubati. Operasi yang beliau sendiri mahukan ianya sepi, sepi dari pengetahuan urat nyawa dan rongga-rongga yang lainnya.

Wahai lelaki.....diri ini sangat mengerti dan tetap di sini menjadi pendengar sejati. Tugumu tetap berdiri dengan 7 tunggak bersama batuan-batuan kecil yang semakin bertaburan yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain  walaupun hanya batu-batuan harap tidak berhati batu. Janganlah berjauh hati lagi. Biarkan darah itu mengalir pergi, biarkan nyawa terbang melayang, biarkan urat berselirat, suatu hari nanti darahkan bersatu kembali, nyawakan bersemi kembali, urat pasti tak berselirat lagi. Pada Allah sahaja pohonkan doa agar satu persatu sedar akan kesilapan sendiri....

Diri ini akan kembali lagi, menjadi pendengar sejati, semoga hati yang sepi berbunga wangi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 comments:

Unknown said...

hadoi,..bersastera bagai..mendalam dalam kata2 sampai ke rongga rongga...

Chic Na said...

wow!! hebat bila orang sains bersastera. tak sangka akak pandai berpuitis. :)

kak, mmg tak sempat nak tanam pohon beringin. beli buai yg kat kedai sudah. hehe.. tp anak raja negeri akak tu mmg hensem. hikkk..

Solehah Shamsuddin said...

alamak sastera ke apa ni. hehe pandai akak bersastera ye :)

TiranaAduka said...

salam cm
Tak terkomen tirana aduka..

nadia farahida said...

kak cim, kenapa tajuk dia sayuu sangatttt

Mohamad Fathi said...

Fuuyoohhh... ^_^ suka pic tepi laut.. Sebab rasa aman ja bila tgk pic tu.. =)

Cik Ai said...

kehkehkeh
hebat CiM..bersastera bermadah bagai..tp ada rs edih dan sepi di situ..moga sumanya baik2 sj ye sis :)

Unknown said...

amboii panjang & mendalamnya kata2 puitismu wahai akak ku syg... hihihi... but nice! =)

are_lin@yu said...

sangat puitis..akak berseni ni ;-)

Mrs Velentine said...

hati siapakah??puitis juga kak CIM ni

emarieys said...

pandai akak bersastera

SURINAH ABD SAMAD said...

There is something tersirat ke akk ku?..
sayu bile membacanya..bagaikan terpalit sembilu tajam di hati pengadu itu..harap terus tabah!u are really gud listener akk..

Unknown said...

pandai akak berpuitis...
sayu je baca
jadilah seorang pendengar bg yg memerlukan..agar dpt mengurangkan tekanan mereka

TiranaAduka said...

salam cm
Lawatan malam setelah selesai urusn dgn yg maha esa.

Pekabar cm?
Hehehe terima kasih sudi lapangkan masa di tempat tirana aduka

kyo_9 said...

ayat mendalam sungguh o_0

Akupenghibur.com said...

wow.. hebatnye ayat ..mendalam maknenye

boni kacak said...

Dasyat jga ayat2 dalam ni,, rasanya tak pernah saya baca ayat2 mcm ni kat blog ni.. Hehehe

Arina Shamsul said...

dasyat kak..dasyat sy tak tahu nak komen apa.hahaha.

Telor Power said...

ayat tu....fuh mcm karya klasik

kenapa dia bersedih tu? kena marah eh?



chop...
gambo kat area mana tu? tg langsat ke atau sedeli?

Qhaifa Nur said...

bercerita tentang hati...mendalam maknanya...sangat puitis

salam singgah & follow (566) juga...

Bunda_nora said...

sungguh dalam apa yang tersurat dan tersirat..

ghost said...

curhat yang awesome, penuh adegan sastera dan tetap mudah untuk difahami.

semuanya berbalik kepada harapan.

Miss N™ said...

mendalam maksud warkah ni kak..
hanya penulis sj yg tahu maksud tersirat dalam warkah indah ni.....

Nurul Says said...

saya rasa saya faham..huhuh mcm luahan dari seorang ayah..

mummyrinazone beauty said...

adehh bab2 sastera mmg angkat bendera putih loh

syhrh said...

aduhai. menusuk - tusuk sanubari and jiwa raga kita. nice entry kak (: like!

9n0L4 said...

amboi kak. boleh tahan. boleh buat novel. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah akak mmg pandai gak erk bersastera.....menusuk kejiwaku yg suci ni kihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...