04 March, 2013

Homework

Sekolah Tadika sekarang dah macam Sekolah Rendah. Kerja rumah memang tiap-tiap hari ada, banyak pulak tue. Sampai Aqil dah merungut sebab kerja sekolah dia banyak, tak sempat nak main. Hurmmmm.... bagus laa, taklah anak saya melilar main bukan-bukan lepas waktu sekolah.

Aktiviti Aqil bermula awal 6.30 pagi. Bangun awal pagi, bersiap untuk ke sekolah. Kelas Aqil bermula jam 7.30 pagi, jadi kami akan keluar awal sebab sebelum tu kena hantar Danish dulu ybg sekolahnya berdekatan dengan sekolah Aqil. Tapi, waktu persekolah Danish bermula seawal 7.20. Sharp 7.20 pagi mak guard akan tutup pagar dan pelajar-pelajar yang lewat kena tulis nama untuk penolakan dimerit. Sistem merit-dimerit sama macam saya sekolah menengah belasan tahun yang dulu.

Sambung lagi aktiviti Aqil seharian, selepas balik sekolah jam 11.30 pagi. Tapi sebab naik van sekolah, Aqil akan sampai rumah kira-kira pukul 12 tgh. Sampai jer rumah, perkara pertama dia akan buat, tengok kartun. Aqil akan tengok kartun sampai pukul 2ptg jer sebab nenek nak tengok telenovela. Tak pastilah, sekarang ni tengah drama apa. Hehehe..... bila Aqil tak dapat tengok kartun, waktu ni lah Aqil akan siapkan homework dia. Sambil-sambil nenek tengok telenovela, nenek akan suap Aqil makan juga sebab kalau tak disuap memang tak habis dia makan sendiri.

Kalau homework Aqil banyak, Aqil akan teruskan buat homework sambil tengok kartun lepas pukul 4 ptg sebab telenovela nenek 2 jam jer. So....macam mana homework nak siap cepat kalau tangan pegang pensel, mata tengok tv? Jadi.....bila pulak waktu nak tidur siang ni Aqil? Sampai mama balik kerja pukul 6 ptg, Aqil masih buat kerja sekolah sambil tengok kartun.

Pukul 7.30 lepas Maghrib, kami bergegas pula untuk ke kelas tusyen dan mengaji. Kelas mengaji dan tusyen berakhir 9.30 malam. Malam.....mesti dah mengantuk. Hurmmmm....bilalah nak siapkan homework Aqil???
Tengok, sampai dah terbaring melentok....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 comments:

Tie HT said...

laa ciannye dia..kena bg semangat lebih ni :)

Liyana Anuar said...

hehe..tak leh ngadap tv kalau buat keje skolah lah camni~ :P

azievee said...

ALOLOLO SIAN NYER DIA...PENUH AKTIVITI SEHARIAN...

Miss N™ said...

a'ah..bila nak siap bila mata tgk tv..hihihi...

sampai terlentok dah haa.. tak mengantuk ke...

sian pula nur tgk... :)

Cik Ai said...

hehehehe
ciannya dia...tp skrg mmg byk homework kan..kdg2 tgk budak darjah satu beg lahai pnya berat..sian la plak

chaiyok2 Aqil :)

Nastyna said...

hihi tingat kami dulu2, yang penting pegang buku dan pensil konon buat kerja umah, walhal mata melilau tengok tv.

Unknown said...

kita masa zaman budak2 xde kot letih sampai gini..byk sgt ke keje skolahnya?

Chic Na said...

dulu2 kalau habis sekolah tu habis la belajarnya. balik main je. hihi.. no wonder budak2 sekarang sangat bijak.

ANIM said...

sebab tukan CiM, bila masuk Tahun 1, ada yg tak minat nak buat kerja bertulis. alasannya..dah buat masa tadika dulu.

emarieys said...

sekolah tadika pun dah kena tutup pagar dan tulis nama jika lewat...ingatkan mula sekolah rendah jer..

9n0L4 said...

budak dgn cekgu same je skrg. masing masing byk sungguh keje. huhu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

a'a budak2 sek skang ni bayak tol keje sekolahnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...