01 March, 2013

Kebaikan Surah Al-Mathurat

Assalammualaikum.... Salam Jumaat yang indah.

Saya baru sahaja pulang dari pejabat pos, mengirim sesuatu untuk rakan-rakan GSF seperti yang dijanjikan sebelum ini. Kiriman tersebut hanyalah berupa cenderamata kecil yang diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Cenderamata itu juga di kirim sebagai tanda terima kasih dari kami sekeluarga  kepada rakan-rakan GSF yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kami dalam apa jua yang kami lakukan lebih-lebih lagi selepas selesainya majlis menyambut menantu di rumah agam kami. Majlis yang berjalan dengan lancar seiring doa-doa kalian.

InsyaAllah, kiriman tersebut yang berupa surah al-Mathurat akan sampai minggu hadapan. Untuk makluan juga, surah al-Mathurat tersebut juga telah kami berikan kepada jemputan yang hadir kemajlis kenduri menyambut menantu kami pada 11-Februari yang lalu. Bezanya, jemputan yang hadir ada disertakan dengan telur pindang sebagai tanda Majlis Perkahwinan Anak Johor.

Sedikit ilmu yang saya ceduk dari sebuah buku mengenai kebaikan surah al-Mathurat untuk difahami...
Rakan-rakan yang dirahmati Allah,

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Di dalam al-Mathurat adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas Asar atau Magrib.

Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat adalah seperti berikut :

  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Jom siap sedia untuk solat Maghrib....matahari dah hampir menyembunyikan diri...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

Miss Naa said...

Info menarik , TQ

Saya blogger baru http://orchidhernalee.blogspot.com/

Chic Na said...

banyak kelebihan bila kita baca surah al-ma'thurat. :)

Unknown said...

tq share... memang patut di baca selalu terutama lepas solat.

Miss N™ said...

banyak manfaat surah al-mathurat ni rupanya...

terima kaseh atas perkongsian ni ye..

Zam said...

boleh diamalkan bersama ni.. Mekasih ye

Nurul Says said...

dulu masa sekolah lps subuh kitorang bc mathurat ramai2 kat surau...dah lama x amalkan hu hu hu

Si Matatajam said...

Sama2 la kita amalkan...

Mrs Velentine said...

tq kak....sama2 kita amalkan

9n0L4 said...

mmg elok di bace pagi dan petang, tenang je rase. ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sama2 kita amalkan yer kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...