28 June, 2012

Sakura di JOHO Bahru

Musim luruh sudah tiba... angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan shawl... wajah terasa dingin dek hembusan angin petang.... ku lihat ke kiri dan ke kanan... bunga-bunga berguguran... terasa diri bagai di awang-awangan... melentuk-leuk sambil tangan didepakan.... bulatan.... bulatan... menari mengikut rentak alunan angin yang mendamaikan.... jatuh terjelepuk...ADOIIII !!!!!

Perghhhh...dah macam drama Korea plak. Tetiba teringat kat Cik Aini Lavender, mesti dia sedang syok-syok jer kat Korea sana (huhhhh jeleszZ sangat-sangat ni). Jeless tahap kecil juga kat My Dior Aima sebab dia dapat T-Shirt I Luv Korea (bebb...thks sebab usulkan cadangan spontan I tueeew)

By the way, ehemmm ehemmm...nak tau kenapa saya berangan tadi??? Meh tengok sini.... bawahh laaa.... skroll bawahh sikit.... oh okey...tengok tajuk dulu tau.... surprise seprado !!!!!!

~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~ooo~
~oooo~
~ooooo~
~oooooo~
~ooooooo~
~oooooooo~
~ooooooooo~
~oooooooooo~
 








 Tempat korang ada??? 

Cheeewahhh...blagak nie. I siap berhenti tepi sebab nak amik gambo yang owesome nie tauuu... Sesapa yg ada kat JOHO tue, sesialalah lalu Larkin Perdana & masuk ke Kg.Melayu mengala ke roundabout. 2 - 3 hari lagi mesti kawasan ni penuh bunga di jalananan, pastu kereta lalu, bertebanganlah bungan, membentuk pusaran angin.... heuwwwwwWwyyyyyyy.....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Mood Kemas Beg...lalalalalala~

Hantar saya balik umah mak saya~~

Pagi ni bangun awal pagi sebab kena kemas beg. Ada 3 set beg yang perlu dikemaskan.
1. Beg en.Hubby (seorang diri)
2. Beg Aqil (juga seorang diri)
3. Beg I & Danish

Hantar saya balik umah mak saya~~

Huhuhuhu....hari ni kami akan BERPECAH!!!!! (ala-ala team Ultramen). Huhuhuuu.....en.Hubby dan aqil akan ke KL meninggalkan I & Danish, tapi mereka berdua pergi ke lokasi yang berbeza. Ha!!!! Then Aqil pergi dengan siapa??? en.Hubby akan memandu kereta ke Bangi manakala Aqil akan naik bas ke Klang. Ha!!!! Aqil naik bas??

Hantar saya balik umah mak saya~~

Tak bestnye weekend ni. Dah ler kena pergi class seorang diri, handle classes Danish seorang diri, hantar Danish ke sekolah seorang diri, makan malam berdua jer dengan Danish, tido kat rumah berdua jer dengan Danish...huhuhuhu..... (pssstttttt....jgn bagi tau orang jahat kami tinggal berdua jer skang ni). Dan malam ni serta malam-malam sepanjang 3 malam ni..... I & Danish akan tido kat rumah mak & ayah di ehemmm ehemmm...

Hantar saya balik umah mak saya~~

Mesti tertanya-tanya...apa jadi pada kami? Kemana mereka sebenarnya nak pergi? Kenapa lokasi kami berbeza weekend ni? Actually, en.Hubby berkursus & bersukan jabatannya di Bangi dan Aqil pula ikut parents I pergi Klang rumah my luvly sister sesaja jenjalan. Then, kenapa I & Danish tak ikut mereka pergi jalan-jalan? Aktiviti en.Hubby ofcoZ laaa I tak ikutkannn, takda maknanya. Tapi....huhuhu.... Mama kena kerja & Abang kena sekolah, so takleh ikut Aqil. Aqil gilahhh ngan Atok & Nenek yeaaa. Jangan noty-noty.

Hantar saya balik umah mak saya~~

Opppssss....salah, 'Saya akan balik umah mak saya~~'


Happy Birthday to my little Princess Ardini Aisyah. Mama kirim hadiah dekat Aqil ehhhh....Sorry tak dapat datang, peluk cium dari Mama. Raya nanti kita jumpa yeaaa sayang :)
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 June, 2012

WW : Bulan Sabit Muda

Lokasi Sebenar : ANGKASARAYA
04 Syaban 1433





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

|| Mengintai Cakerawala ||

Salam to all readers... Thanks sebab sudi jengah-jengah laman saya yang tak seberapa nie. Seperti yang dijanjikan, saya akan paparkan aktiviti kemuncak kami sekeluarga pada hari Ahad yang lalu.

Jam 20.30 bertempat di Ruangan Terbuka Parkir Eksekutif  Persada, Johor Bahru kami melakukan beberapa aktiviti yang sangat menerujakan jiwa, menginsafkan hati, mendekatkan kita dengan alam ciptaan Allah s.w.t. serta muhasabah diri bahawa kita terlalu beruntung kerana diberikan keindahan alam ciptaan Ya Rabb dan berlindung di bawahnya.



Yea...kami meneropong bulan dan segala bintang dilangit dan juga kelihatan malam itu Planet Saturn.  Planet Saturn hanya boleh dilihat melalui telescop khas yang  telah disediakan dan ianya sangat kecil tapi  cukup cantik. Puas!!!! kerana kami dapat melihat segala cakerawala di langit dengan mata kepala kami sendiri. Lagi puas apabila kami dapat merakam bulan dengan kamera kami sendiri... Saya akan kongsikan gambar bulan yang dirakam dalam Wordless Wednesday esok.




Malam itu juga kami merasai pengalaman yang dilalui oleh sekumpulan pencinta alam dari Pulau Pinang (Meh gi galeri mereka). Mereka sanggup pergi beribu-ribu batu mrelalui jalan darat untuk melihat dan merakamkan berjuta-juta kejadian langit. Subhanallah.......

Suka slogan ini bila setiap kali mereka memaparkan gambar-gambar yang mereka ambil sepanjang perjalanan mereka melakar langit.

PENGSANNNNNNNNNNNN...............

Jom pergi photo galeri PERSEID TELESCOPE. Ada banyak gambar yang mereka rakam sendiri. Misi terbaru mereka adalah merakamkan Transit of Venus. Lelaki di bawah ini telah membuat percubaan untuk kali kedua  iaitu untuk merakam kejadian Tansit of Venus sepenuhnya, dan beliau hanya perlu berada di Pulau Pinang sahaja untuk merakamkan Transit of Venus dan mencatat rekod Asia.



Paparan dibawah adalah rakaman gambar yang menunjukkan BIMASAKTI yang mempunyai berjuta juta juta juta juta bintang... PENGSANNNNNNNNNNNN....


Lihat gambar seterusnya, mereka dapat merakamkan kejadian tahi bintang. menakjubkan, PENGSANNNNNNNNNN.........

Menurut mereka, tempat yang paling indah untuk merakamkan BIMAKSAKTI di muka bumi ini adalah di Australia. PENGSANNNNNNNNNN................



Malam tu kami dapat bawa pulang cabutan bertuah yang tak disangka-sangka. 3 daripada nombor kami berempat naik dan salah satu hadiahnya adalah pendrive 8G. Dua lagi adalah Goody-bag berisi barangan cenderahati dari Perseid seperti batch, pen, notepad dan T-shirt.

PENGSANNNNNNNNNNNNNNN....................
Ya Allah..............indahnya ciptaan Mu....

Berangan nak ikut mereka mengintai cakrawala dan merakamnya suatu hari nanti

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 June, 2012

Matematik Pantas

PROGRAM MATEMATIK PANTAS : KEM MATEMATIK SEHARI DAN MENJADIKAN ANAK ANDA PRODIGY SEAWALNYA

Okeyyy...program ni diadakan di Sekolah Mohd Khir Johari, anjuran e-Learning Brilliant (eLB) .Tenaga pengajar terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan matematik di beberapa buah universiti dalam program Master. Mereka menganjurkan kem ini kepada kanak-kanak sekolah rendah dengan matlamat;

Menunjukkan minat kanak-kanak kepada matematik dari cara yang menyeronokkan
Merubah persepsi kanak-kanak agar menganggap matematik daripada susah ke mudah
Mengutamakan kepantasan dan ketepatan sewaktu menjawab peperiksaan
Memberi peluang kepada kanak-kanak yang lemah matematik agar boleh cemerlang
Membuka minda kanak-kanak agar mahu berjaya dalam setiap apa yang dilakukan

4.30 petang ibu-bapa diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat tentang apa yang telah mereka sogokkan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar hari itu. Kelihatan tidak ramai ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk program-program seperti ini. Boleh dilihat jumlah pelajar tak sampai 80 orang, itupun gabungan daripada 2 buah sekolah iaitu Sek. Mohd Khir Johari dan Sek. Rendah Sri Amar.

Kenapa yeaaaa???

Dalam masa tak sampai 1 hari sebenarnya... kanak-kanak ini telah berjaya menyelesaikan masalah matematik dengan angka yang banyak dalam masa tak sampai 2 minit. Contohnya seperti ini...

Tanpa menggunakan kalkulator, cuba anda selesaikan : 
54326 x 7
dan 
56327 / 5

Pasti ada yang cuba nak buat, dan ada juga yang try menggunakan kalkulator dulu baru mencuba secara lisan. Dalam program ini juga kanak-kanak diajar bagaimana menghafal sifir dengan cara yang paling mudah iaitu kaedah "Tic Tap Toe"



 132 / 9  =  14 R 6 (14.6666666)

 532162  X  11  =  5853782

Saya ada bertanya soalan kepada tenaga pengajar (biasalah sebab saya memang suka banyak tanya);
  1. Adakah jawapan 'R' yang bermaksud remaining itu diterima di dalam menjawab soalan peperiksaan?
  2. Bagaimanakah dengan soalan kertas B (subjektif) yang menuntut untuk pelajar melakukan cara kerja dan ada markah diberikan disitu?

Jawapan yang diberikan...
"Kami telah  membuat perbincangan dengan Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran mengenai konsep dan kaedah yang kami gunakan, dan mereka menerima cadangan kami. hasil daripada perbincangan tersebut, maka itu kami berada di sini untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar agar dapat menjawab soalan matematik dalam masa yang telah ditetapkan tanpa tertinggal satu soalan sekalipun disebabkan tidak cukup masa untuk menjawab. jawapan yang menggunakan 'R' iaitu remaining itu diterima dan jalan kerja yang ringkas seperti yang ditunjukkan di papan ini juga diterima"




Inilah sijil yang diperolehi oleh Danish walaupun.........ejaan namanya salah, kami tetap terima dengan hati terbuka. terima kasih kerana menunjuk ajar anak kami.

Bagi ibu bapa yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai program MATEMATIK PANTAS ini, bolehlah menghubungi eBL seperti di bawah;

E-Learning Brilliant
B02-18A Jalan Pulai Jaya 1/2,
Bandar Pulai Jaya,
Kangkar Pulai,
81110 Johor, Malaysia.
Tel : 07-6627225

SEMARAKKAN IMAGINASI DAN TEROKAI PENGALAMAN YANG LEBIH MENARIK

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 June, 2012

Hari Minggu...

Dua hari lepas memang padat betul dengan aktiviti, yang~~ntah apa apa ntah~~ nak berN3 pun tak larat, balik rumah terus terbongkang sebabnya balik pun dah lewat lepas tu kepenatan lagi  ke hulu-ke hilir. Siang kala sempat lah berBW sikit2 dalam kereta, sedang bersantai-santai.. adalah menjengah laman kengkawan especially GSF.

Sabtu; 23 Jun 2012
Bangun awal pagi seperti biasa.
Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, etc....
Buat sarapan ringan-ringan.

10.30
Keluar mencari makanan, sambil cuci kereta.
Menuju ke Bandar, en.hubby kena pergi office sebab ada banyak kerja. 
Kami 3 beranak ke Petrosains.
Saya seperti biasalah menyiapkan kerja sekolah sendiri yang tak tau bila boleh siap.

16.00 
Keluar dari Petrosains ambil en.hubby di Office
Cari port untuk perlawanan bola Harimau Malaya vs Korea Selatan
Pusing-pusing Singgah Selalu macam takda crowd
Pusing-pusing lagi, last2 lepak kat Bandar Baru Uda

18.30 
Balik rumah dengan hampa sebab kalah 3-2
Lepas Maghrib, baru jer nak berN3 dapat call dari BiL
Kena ambil dia kat Airport pulak...
Pecut laju-laju sebab taknak dia tunggu lama
Sampai Airport, pickup dia nak suruh belanja burger bakar
Malangnya katup pulak...
Ke depan sikit ada banyak lagi kedai makan
Lepak 1 kedai, order sate jawa...kambing lagi.

23.30
Sampai rumah, siapkan lagi kerja rumah yang tak siap-siap.
Entahler taktau bila nak siapkan sampaikan ada kawan ioffice tanya...
"Susah sangat ker assignment akak ni tak siap-siap. Susah erkkk blajar sambil kerja ni"


Ahad; 24 Jun 2012
03.00
Masih belum tidur lagi.....

05.30
Kejutkan en.hubby untuk Solat Subuh di Surau
Tidur kejap, en.hubby balik kena kejut Solat Subuh
Tidur kejap lagi....ngantuk
Danish ke Kelas Matematik Pantas, en.hubby yang hantar sebab mata dah tak larat nak buka.

09.30
En.hubby balik, baru terkedek-kedek ke dapur buat sarapan
Sarapan sambil sembang-sembang rakyat
Tambahan lagi SiL call bagi ceramah free (loud speaker 1 rumah bergema)
Aqil sound Mak Long : "Mak Long tu.... cakap cakap cakap cakap tak berhenti"

12.00
Bersiap untuk ke kelas
Sebelum tu hantar BiL ke Stesyen Bas nak balik kampung sebab kami tak dapat hantar
Sampai college, sms lecture;
Me  : "Sir, can I bring my kid into the class"
Sir   : "Ehhh...you tak diberitahu ker class postpone?"
Me  : "Laa...yeker. Its OK"
Sir   : "By the way, next time kalau u nak bawa anak, I ok jer"
Hurmmm.....balik umah mak kejap
Hurmmm.....mak takda pulak....

16.00
Ke sekolah Danish mendengar taklimat untuk ibu bapa
Kemudian percubaan ke Angsana gagal sebab jalan jem, ramai giler orang
Perut lapar singgah Sungai Chat
Kemudian terus ke Persada untuk pameran Sains Angkasa
Malangnya dah tutup, besambung pukul 8.30mlm
Lepas Magrib di persada cuci mata ke Pasar Karat

20.30
Persada...menoropong angkasa

23.30
Home Sweet Home
Penat....Tido.....

=============================
Sory sebab kena baca jadual harian saya
Jom tengok gambar.....

At Petrosains

Aqil excited nak pergi class Mama
Dah standby Android nak duk dalam class Mama

Ni kawan kami, nama dia TAN SEE HOW


Ini Gary

Ini Chiko
Sek. Mohd Khir Johari, Johor Bahru
Bazar Karat, Johor Bahru


 

This is my Brother in law.... 'Single'

Nanti saya buat special N3 tentang....
1) Apa Danish buat di sekolah dia "Matematik Pantas"
2) Apa kami buat di Persada "Merakam Cakrawala"

Actually taklah padat manapun....tapi, harini saya sangat gembira sebab..............
Harimau Malaya berpesta GOL!!!!
7-0...babai Pilipin0

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 June, 2012

Terlupa???

Aduhhhhhhhhhhhh.......

Mesti ada antara anda dah terdengar berita seorang kanak-kanak ditemui mati di dalam kereta baru-baru nie. Tapi sebenarnya kisah kanak-kanak mati di dalam kereta dah banyak kali terjadi. Yang menjadi persoalan...dah banyak kali terjadipun, masih ada lagi kejadian serupa terjadi... Apa nak jadi??? 

Meh baca berita bawah ni...


Alahaiii Cikgu...macam mana boleh terlupa ni Cikgu?!!!! Kalau dah ini yang dinamakan suratan, nak cakap banyak pun tak boleh jugak, tapi...kejadian seperti ini boleh dielakkan kalau kita lebih berhati-hati. Berbalik pada cerita saya sebelum ini, saya terlewat untuk pergi kerja, tapi Alhamdulillah kerana kelewatan saya hari ini telah memberikan limpahan pujian dari pagi sampai ke petang. Malangnya Cikgu ini, kerana kelewatannya dia telah kehilangan seorang anak dalam keadaan yang sangat tragik sekali.

Silalah semua, pleaseeeeee!!!!.... Elakkan perkara ini daripada terjadi lagi. Saya sedih bila dengar kanak-kanak meninggal dalam keadaan menanggung kesakitan. Dapat saya bayangkan kanak-kanak ini yang seusia umur anak saya kepanasan dan menjerit-jerit minta tolong tapi tak didengari bila pintu dan tingkap kereta tertutup rapat. Kanak-kanak ini dijumpai dalam keadaan mulutnya berbuih disebabkan oleh Heat Stress.

Haba yang berlebihan sangat bahaya pada badan manusia lebih-lebih lagi pada kanak-kanak. Apatah lagi bila badan mengalami pendedahan haba yang terlampau banyak, akan menyebabkan badan menjadi lemah, terdedah kepada penyakit yang serius, meningkatkan potensi kecederaan luaran dan dalaman serta boleh menyebabkan kematian mendadak. Tanda-tanda awal apabila seseorang itu berhadapan dengan Heat Strees atau Strok Haba adalah, kekejangan otot, kancing gigi dan yang paling ketara adalah dehydration.

Sila baca artikel-artikel di bawah untuk pengetahuan yang lebih lanjut;

Tolong lah yeaaaaa....;
  1. Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta walau sekejap.
  2. Periksa kereta sebelum anda turun & kunci.
  3. Sewaktu mengunci kereta sila jengah sekali lagi apa yang ada dalam kereta anda especially di bahagian tempat duduk belakang.
  4. Sila matikan enjin kereta apabila hendak berhenti lama di sesuatu tempat dan buka tingkap, gas pada aircond sebenarnya adalah merbahaya 
  5. Jangan sesekali tidur di dalam kereta di hentian rehat dengan enjin tidak dimatikan.
  6. Sekiranya anda terhidu gas yang pelik sewaktu memandu, sila berhentikan kereta dan keluar untuk mengambil udara segar. Sekiranya bau masih boleh dihidu, sila buat pemeriksaan lanjut dibengkel-bengkel berdekatan.
Takziah untuk keluarga Cikgu Sek.Men. Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang baru sahaja kematian anaknya. Saya turut bersimpati & saya sangat memahami perasaan anda ketika ini...
 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 June, 2012

Pujian vs Pujaan

Maaf kalau N3 malam ni membuatkan anda, anda & anda rasa macam mual-mual nak mun.., sengal-sengal nak gelak, meluat rasa macam nak lempang muka saya. Tapi saya tak kesah, sebab rasanya 1 orang lempang muka saya, mesti 10 orang akan datang lempang balik muka sapa tadi tu yang nak lempang saya? Hehehehe.... makin ramailah yang rasa macam mual-mual nak mun.., sengal-sengal nak gelak, meluat rasa macam nak lempang muka saya.

Pujian & Pujaan... apa beza erkkk...

Nak tau kenapa saya tergedik-gedik nak type N3 nie....? Sebab.... ehemm ehemm... sebab.... dari pagi tadi sampailah saya balik rumah & duduk kat depan lappy nie....asyiklah orang dok muji-muji saya. Dari tudung sampai ke baju... sampailah kasut yang saya pakai....hummmm...rasanya macam biasa jer cuma hari ni disebabkan kemalasan melanda & terlewat tak sepat gosok baju, saya sarung jer baju kurung yang tak perlu digosok. Tudung pown yang jenis sarung tak perlu digosok juga, kasut pown sarung jugak sebab dah terlewat sangat.

Cuma saya tak berapa pasti PUJIAN tu ikhlas ker erkkk? Adakah saya ni selalau menjadi PUJAAN hati mereka sampaikan baju yg dibeli dgn harga RM16 pun nampak cantik pada mereka, sampaikan kasut saya yang dah tunggu masa nak terkopak pown cantik dimata mereka. Jahat saya kannnn....orang dok muji-muji, saya pulak yang rasa meninggi diri...bukannya apa, cuma rasa serba salah pulak bila orang dok muji-muji memanjang. Kadangkala terlintas juga, adakah PUJIAN tu ikhlas atau.......

Tapi, jauh disudut hati saya yang sentiasa berfikiran positif ni (apabila tiba masanya), mereka sangat ikhlas memberikan PUJIAN sebab nampak diwajah mereka yang mereka tidak mereka-reka cerita. Yeaaaa...saya selalu berfikiran positif walaupun kadangkala pada awalnya saya bersikap cynical sebab saya ni susah mempercayai orang.

Sebenarnya saya tak berapa selesa dengan PUJIAN sebab saya segan didengar orang. Tapi apakan daya saya hari ini ditimpa dengan PUJIAN yang amat dasyat sampai tak tertanggung segannya....

Tapi...saya tak kesah kalau saya menjadi PUJAAN setiap orang sebab saya suka disayangi oleh semua orang. Saya lebih selesa kalau setiap tindakan dan gerak geri saya menyenangkan hati semua orang. Tapi tidaklah saya mahu sampai dijadikan idola kerana saya bukan sesiapa...

**Saya sayang semua orang disekeliling saya dan setiap orang yang saya kenali kerana mereka dan anda, anda, anda semua adalah pelakon tambahan dalam drama kehidupan saya**



KADANGKALA TAK PERLU BUAT APA-APA UNTUK MENDAPAT PAHALA,
DIAM SAHAJA SUDAH MEMADAI....
KADANGKALA TAK PERLU KELUAR DUIT BERBELANJA UNTUK MENGUKUHKAN SILLATULRAHIM,
SENYUM SAHAJA SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TIDAK PERLU HARTA BENDA UNTUK MERAIH CINTA,
BERDOA SAHAJA SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TAK PERLU BERHIAS RAPI UNTUK MENDAPAT PUJIAN,
MENJADI DIRI SENDIRI ITU SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TIDAK PERLU BERSAING HEBAT UNTUK DIJADIKAN PUJAAN,
BERAKHLAK MULIA BERBUDI PEKERTI ITU SUDAH MEMADAI.


 Thank you juga untuk Emmi Caramadaries untuk pujian yang diberi...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 June, 2012

PETUA OTAK HEBAT

Dalam badan kita ada satu ciptaan dimana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah menciptakannya untuk kita menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan yang tidak baik. Ianya dikenali sebagai OTAK. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat untuk manusia, wajib kita mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama. Otak tidak sepatutnya digunanya untuk merosakkan apa jua yang ada dimuka bumi ini, akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik, pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan Yang Maha Esa ini. Antara 5 petua yang patut diamalkan untuk menjadikan otak kita hebat adalah;


'curik kat gugel'
1. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

2. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi.

3. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak.

4. Selain itu amalkan minum air kosong 8 gelas sehari, air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

5. Juga amalkan zikir,selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir otak kita akan memberikan riaksi yang amat baik,secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.

Jadi... bagi rakan-rakan yang masih study, jagalah otak anda dengan mempraktikkan petua-petua di atas. InsyaAllah akan membantu kamu dalam mentelaah pelajaran. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, walaupun tidak sebok membaca buku-buku ilmiah seperti kami, anda juga disarankan agar memelihara otak anda dan gunakanlah otak anda untuk perkara-perkara yang berfaedah.


Sumber copy paste dari : My Cousin Blog - tapi I ada edit2 skitttt ehhh (jom serbu)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Giveaway 1960 Moustache

Uitttt!!!!! CiK CiM joint Giveaway pulak!!!!!
Hahahaha.....freeee bebenorrrr yeaaa CiK CiM malam nie...

Tadi jenjalan kat blog Cik Aima, terbekenan kat Giveaway Segmen nie:


Meh tengok gadis comel nie, beliaulah yang sangat baik hati anjurkan Giveaway niee...


Senang jer nak joint.... Meh pakat ramai-ramai klik banner bawah nie




Tarikh tutup : 27 June 2012


Syarat-syaratnya mudah jerrrr....

ONE. go to this LINK and like it!!
TWO. spread the news in your blog
THREE. paste your blog link in this comment box
FOUR. and wait. and pray.

Hadiah??? ada.... Cik Fya yang comel cakap....

5 lucky readers will get to choose any ring from 1960 Moustache collection 
Maknanya : 5 pembaca bertuah (yang joint giveaway jer kot), boleh pilih mana-mana cincin seperti banner di atas special daripada 1960 Moustache boutique.

Ada lagi...
One of the 5 lucky readers will get to choose any top from 1960 Moustache collection
Translate lagi : Salah sorang daripada 5 yang bertuah (nanti Cik Fya pilih mana dia suka) akan diberi peluang memilih mana-mana koleksi terbaik dari 1960 Moustache boutique.

Rasanya cenggitu lerrr...apa2 you all tweet laa Cik Fya yang comel tue.

Dadadada..... \o/


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 June, 2012

Segmen Tambah Follower Blog

Woiiiiiiiii!!!!!!!!!! Cik CiM joint Segmen!!!!!!!!!!
Chehhh.....macam tak caya jewrrr!!!

Okey disebabkan Cik CiM ada sikit free malam ni, sambil tunggu mesen basuh siap, sambil tonton Showdown 2011, sambil bergurau senda dengan ehemmm ehemmm.... 
terasa pulak nak joint Segmen bila ternampak N3 ni masa berBW ke blog Waniey Mama Qalief.

So......let shout!!!!

CiM joint Segmen Tambah Follower Blog
Tajaan Cik Purple

Kalau ada sesapa nak joint, klik banner atas ni ehhh
Klik jangan tak klik!!!

Make sure u all tengok header yang macam nie, pastu baca syarat-syarat dulu...



Tapi.....
CiK CiM takda tweeterR...i'm sorry...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 June, 2012

Boy who see without eyes...

Harini saya nak kongsi beberapa video (mesti tonon-must see) tentang seorang budak lelaki berketurunan Negro bernama Ben Underwood. Ada sesiapa tak antara kamu yang mengenali Ben Underwood atau pernah melihat video Ben di You-Tube sebelum ini? Tapi....kini khabarnya dia sudah meninggal dunia.  Wallahualam... Apa yang menarik tentang Ben yang saya nak kongsikan adalah dia buta, tapi boleh melihat.

Jom kita saksikan...


Kedua-dua belah mata Ben telah dibuang sewaktu dia berumur 3 tahun kerana Cancer Tumor. Tetapi, walaupun buta, Ben boleh melihat dengan menggunakan teknologi Eco Location seperti yang kita lihat tadi. Ben berjaya mengelak semua objek yang menghalang pergerakannya dan dia juga menggunakan lidahnya untuk mengenalpasti objek yang berada disekelilingnya.

Kalau ada sesiapa yang perasan, kita menggunakan teknologi ini pada kapal selam. So why not kita aplikasikan pada manusia seperti yang telah Ben lakukan kerana manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. yang paling agung. Apa pendapat anda???

INI BUKAN MAGIC!!!! 
TETAPI IANYA ADALAH TEKNOLOGI ANUGERAH DARI ALLAH S.W.T. YANG KITA PATUT TEROKAI...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 June, 2012

Ladang Lalang dah di Tebang

Perghhhhhh lama tak mengusahakan ladang yang sekangkang kera kat depan umah nie... Kalaulah ada 'uU- lam alif ra' memang confirm dah beranak pinak kat dalam situ. Meh tengok skitt...

 Kannnn...takler besar mana. Mim alif lam sin jer yang besar...

 Seb baik minatang ni jer yang bermastautin kat sini. Hurmmmm...takleh harap, makanlah lalang dan rumput rampai tue, bior gemukKs skit..

So dikesempatan hari yang indah ini, ingin saya meregangkan tulang-temulang, jari jemari yang halus serta menguji otot 6 pax saya, mengclearkan semua lalang-lalang dan dedaunan yang menyerikan laman saya sejak sekian lama ini. Mari!!!!!

Haaaa....secara manual okeyyyy.... calar balar tangan I yang mulus niee..

Buktinya... 
(kena cover-cover skit, coz picture taken terseksis) 

Satu jam berlalu, sampai pinggang dah sengal-sengal, tambahan dehydration terlampau dan perlukan sebotol air sejuk. So, inilah hasilnya....




Okeyyyy..... beresssss.... Si lembu pink bermata juling boleh tersenyum...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Please prove you're not a robot

U all selalu tak jumpa macam tue??? Alaaaa, macam tajuk N3 saya tueee... Hurmmm tak faham? Haaa, yg macam ni... (nengok bawah sikit) penah jumpa tak? Selalu jumpa tak???


Alaaaa...sorylah pada kengkawan yg ada nak suruh buat mende alah ni masa kitorang nak mengomen. Bukannya marah, tapi....tak berapa gemarlah. Pleaseeeee,,,,, we are blogger not a robot okey. Nak bukti apa lagi? Susah tau nak komen pastu nak kena buat pengecaman code pulak (dah macam pengecaman mayat pulakkk). Lagilah saya ni kan yg berBLOGWALK guna handphone yg tak berapa canggih ni. 'Monitor' dah ler comel, pastu bila dah syok-syok type komen, nak publish jer kena pulak jawab soalan cepu emas macam ni. Ada pulak yang viewnya tak cukup lengkap (almaklumlah screen handphone kecik), salah masukkan code keluar pulak ayat ni... "The characters you entered didn't match the word verification. Please try again.". Dah tue, kena ulang-ulang buat pulak. Last-last skip jer tak jadi komen, next ke blog lain....kan dah rugi 1 komen. Dah ler susah payah perah otak nak type ayat-ayat bombastik+plastik, tetiba cancel. Hampehhhh tau.

Okeyhhh, meh saya bagi tutorial sikit macam mana nak 'tak adakan' bende alah tue.

First click kat 'Design' yang belah kanan atas...alahhh macam tak biasa jer ngan mende tue.
Then, akan keluarlah macam kat bawah ni. Haaaa click plak kat 'Setting' pastu 'Posts and comments' macam yang saya bulatkan.
Pegi kat 'Show word verification', please select 'No'



Okey...pastu save then dah siap. Tu jer nak cakap.
Bye.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...