26 June, 2012

Matematik Pantas

PROGRAM MATEMATIK PANTAS : KEM MATEMATIK SEHARI DAN MENJADIKAN ANAK ANDA PRODIGY SEAWALNYA

Okeyyy...program ni diadakan di Sekolah Mohd Khir Johari, anjuran e-Learning Brilliant (eLB) .Tenaga pengajar terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan matematik di beberapa buah universiti dalam program Master. Mereka menganjurkan kem ini kepada kanak-kanak sekolah rendah dengan matlamat;

Menunjukkan minat kanak-kanak kepada matematik dari cara yang menyeronokkan
Merubah persepsi kanak-kanak agar menganggap matematik daripada susah ke mudah
Mengutamakan kepantasan dan ketepatan sewaktu menjawab peperiksaan
Memberi peluang kepada kanak-kanak yang lemah matematik agar boleh cemerlang
Membuka minda kanak-kanak agar mahu berjaya dalam setiap apa yang dilakukan

4.30 petang ibu-bapa diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat tentang apa yang telah mereka sogokkan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar hari itu. Kelihatan tidak ramai ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk program-program seperti ini. Boleh dilihat jumlah pelajar tak sampai 80 orang, itupun gabungan daripada 2 buah sekolah iaitu Sek. Mohd Khir Johari dan Sek. Rendah Sri Amar.

Kenapa yeaaaa???

Dalam masa tak sampai 1 hari sebenarnya... kanak-kanak ini telah berjaya menyelesaikan masalah matematik dengan angka yang banyak dalam masa tak sampai 2 minit. Contohnya seperti ini...

Tanpa menggunakan kalkulator, cuba anda selesaikan : 
54326 x 7
dan 
56327 / 5

Pasti ada yang cuba nak buat, dan ada juga yang try menggunakan kalkulator dulu baru mencuba secara lisan. Dalam program ini juga kanak-kanak diajar bagaimana menghafal sifir dengan cara yang paling mudah iaitu kaedah "Tic Tap Toe"



 132 / 9  =  14 R 6 (14.6666666)

 532162  X  11  =  5853782

Saya ada bertanya soalan kepada tenaga pengajar (biasalah sebab saya memang suka banyak tanya);
  1. Adakah jawapan 'R' yang bermaksud remaining itu diterima di dalam menjawab soalan peperiksaan?
  2. Bagaimanakah dengan soalan kertas B (subjektif) yang menuntut untuk pelajar melakukan cara kerja dan ada markah diberikan disitu?

Jawapan yang diberikan...
"Kami telah  membuat perbincangan dengan Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran mengenai konsep dan kaedah yang kami gunakan, dan mereka menerima cadangan kami. hasil daripada perbincangan tersebut, maka itu kami berada di sini untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar agar dapat menjawab soalan matematik dalam masa yang telah ditetapkan tanpa tertinggal satu soalan sekalipun disebabkan tidak cukup masa untuk menjawab. jawapan yang menggunakan 'R' iaitu remaining itu diterima dan jalan kerja yang ringkas seperti yang ditunjukkan di papan ini juga diterima"




Inilah sijil yang diperolehi oleh Danish walaupun.........ejaan namanya salah, kami tetap terima dengan hati terbuka. terima kasih kerana menunjuk ajar anak kami.

Bagi ibu bapa yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai program MATEMATIK PANTAS ini, bolehlah menghubungi eBL seperti di bawah;

E-Learning Brilliant
B02-18A Jalan Pulai Jaya 1/2,
Bandar Pulai Jaya,
Kangkar Pulai,
81110 Johor, Malaysia.
Tel : 07-6627225

SEMARAKKAN IMAGINASI DAN TEROKAI PENGALAMAN YANG LEBIH MENARIK

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 comments:

Si Matatajam said...

Bestnya Kalau kat Langkawi pun Ada camni

محمد شهريل القنيطري said...

laaa...ajar lah ckit mcm mna nk kira..hehe

Yumida said...

beznye..bg la tips sikit tingkatkan kepantasan math kteorg ni..hehe

Deqla manjew said...

camne la boleh eja nama salah tu..haihh..tp mmg bgs diterapkan mcm ni..deqla kalo bab matematik mmg kureng la...hihi

Dieyna said...

klau tgk dan dengar betul2 mesti faham kaedah yang diajar ni

LiYa HaNiF :: said...

bagus nie...

Salam kenal n i follow..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

bagus program ni, boleh buat budak2 minat belajar math :)

Kakzakie said...

e-learning memang bagus utk anak-anak sebab langkah yg ditunjuk memang memudahkan... apa lagi kalau sifir memang pantas jadinya. Anak kakak sekarang (bukan egolah) kenyataan sifir 2-11 dah lekat di bibir. Itu yg bagus...

Cinta Misteri said...

@kakzakie;
Tkpa, kita as a parents mmg patut bangga bila ank2 kita cemerlang. Ths is our efford & wht d best thg 4 our kids, we share.

Cinta Misteri said...

@Si Matatajam;
M, why not u call no.tu. Myb diorg ada plan nk buat roadtour..

lelamaisara said...

Good...

saye matematik lemah laaa...sadis je...

~Sweet Honesty~ said...

sweety kire duit cepatla..hihi

Wanieys said...

bagus betul program ni...boleh tingkat lagi kecemerlangan murid dlm maths :))

Chic Na said...

wahh bagusla program2 macam ni. kalau majlis peperiksaan dh terima bolehla train cikgu2 ajar mcm ni. dulu cik na pernah gak join program math 'Mokhdar'. lebih kurang la kot.

Masha Meisters said...

bagus sangat ada program mcni kat tempat masha...adik masha stndart 6 lemah mate la...huhu

Cinta Misteri said...

@Masha Meisters;
Eh, u kt jb kan. Why not u call no tu. Diorg dah byj masuk sek2 kt jb ni, cuma pndedahan tkda.

saya said...

Wahhhh...saya memang patot masok kelas matematik pantasni. Saya bab kira mengira ni memang lambat sikit. Hehehehehe..tapi kira duit laju....have a nice day!!!

nn lylyn said...

harap dieorg2 ni leh praktik kan hari2 seterusnye.. takut dieorg lupe nnti

Yana Libra said...

ooo..saya pun macam nak tau la camne dia kira ni..huhu~

9n0L4 said...

mak oiiii, bijak bijak bijak. suke jugak subjek math ni. ;)

Miss BaNu said...

fuyooo sy bab2 matematik ni mang huru hara skit heheee

Fariz Reza [FR] said...

assalam akak...ade 3 blog yang blog utama yang cinta misteri ea? : D

wan nurul hezrina said...

nurul suka math dr dulu..memang bagus kalau ada progrm2 cenggini..kalau dekat mmg dah join nie.hehe=)tapi baguskan dorg yang dtg progrm nie kuar terus boleh mengira math dengan pantas.mcm manalah tekniknyakn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget