Salam to all readers... Thanks sebab sudi jengah-jengah laman saya yang tak seberapa nie. Seperti yang dijanjikan, saya akan paparkan aktiviti kemuncak kami sekeluarga pada hari Ahad yang lalu.
Jam 20.30 bertempat di Ruangan Terbuka Parkir Eksekutif Persada, Johor Bahru kami melakukan beberapa aktiviti yang sangat menerujakan jiwa, menginsafkan hati, mendekatkan kita dengan alam ciptaan Allah s.w.t. serta muhasabah diri bahawa kita terlalu beruntung kerana diberikan keindahan alam ciptaan Ya Rabb dan berlindung di bawahnya.
Yea...kami meneropong bulan dan segala bintang dilangit dan juga kelihatan malam itu Planet Saturn. Planet Saturn hanya boleh dilihat melalui telescop khas yang telah disediakan dan ianya sangat kecil tapi cukup cantik. Puas!!!! kerana kami dapat melihat segala cakerawala di langit dengan mata kepala kami sendiri. Lagi puas apabila kami dapat merakam bulan dengan kamera kami sendiri... Saya akan kongsikan gambar bulan yang dirakam dalam Wordless Wednesday esok.
Malam itu juga kami merasai pengalaman yang dilalui oleh sekumpulan pencinta alam dari Pulau Pinang (Meh gi galeri mereka). Mereka sanggup pergi beribu-ribu batu mrelalui jalan darat untuk melihat dan merakamkan berjuta-juta kejadian langit. Subhanallah.......
Suka slogan ini bila setiap kali mereka memaparkan gambar-gambar yang mereka ambil sepanjang perjalanan mereka melakar langit.
PENGSANNNNNNNNNNNN...............
Jom pergi photo galeri PERSEID TELESCOPE. Ada banyak gambar yang mereka rakam sendiri. Misi terbaru mereka adalah merakamkan Transit of Venus. Lelaki di bawah ini telah membuat percubaan untuk kali kedua iaitu untuk merakam kejadian Tansit of Venus sepenuhnya, dan beliau hanya perlu berada di Pulau Pinang sahaja untuk merakamkan Transit of Venus dan mencatat rekod Asia.
Paparan dibawah adalah rakaman gambar yang menunjukkan BIMASAKTI yang mempunyai berjuta juta juta juta juta bintang... PENGSANNNNNNNNNNNN....
Lihat gambar seterusnya, mereka dapat merakamkan kejadian tahi bintang. menakjubkan, PENGSANNNNNNNNNN.........
Menurut mereka, tempat yang paling indah untuk merakamkan BIMAKSAKTI di muka bumi ini adalah di Australia. PENGSANNNNNNNNNN................
Malam tu kami dapat bawa pulang cabutan bertuah yang tak disangka-sangka. 3 daripada nombor kami berempat naik dan salah satu hadiahnya adalah pendrive 8G. Dua lagi adalah Goody-bag berisi barangan cenderahati dari Perseid seperti batch, pen, notepad dan T-shirt.
PENGSANNNNNNNNNNNNNNN....................
Ya Allah..............indahnya ciptaan Mu....
Berangan nak ikut mereka mengintai cakrawala dan merakamnya suatu hari nanti
22 comments:
PENGSANNNNNNNNN melihat keindahan yang Allah jadikan. Subhanallah.
tu transit of venus yg aritu kan.
cantiknya gambar cakerawala. Subhanallah.
nak jenguk photo gallery diorang. PENGSANNNNNN.. ;)
beznye dpt meneropong alam cakerawala....menikmati keindahan bumi Allah..
Subhanallah...
Assalam Kak Nina, asyik pengsan je, tapi pengsan pengsan pun akak boleh siapkan entry yg indah ini... wat saya pun imagin berada di sebelah akak semasa menyaksikan keindahan ciptaan Allah swt...
xpernah tropong bintang
subhanallah...indah ciptaan-NYA
subhanallah! pengsan jugak!! memang indah ciptaan Allah..tidak terbanding dgn yg lain. :)
Jelesnya.... Saya selalu tak tau kalau ada aktiviti mcm ni. Saya sgt minat dgn astronomy, tapi tak penah pun tengok bulan guna teropong canggih tu.. huhu.. sedih plak rasanya. Harap2 dpt la peluang tgk tu nnt.
Subhanallah misteri sungguh ciptaan Allah.. ALLAHUAKBAR ..
pengsan takpe, jgn lupe bangun balik ye. hehe. bestnye kalau dpt teropong bintang.
subhanallah bestnya dpt join aktviti mcm ni!!
feennnggsaaaannn.. versi sweety..haha.. mmg indah ne dear..
pengsannn jugak hehe...bestnyer dpt meneropong...
salam kenal ya :)
eronoknyer blh lakukan xtvt ni.bkn selalu dpt kan..
suka subjek sains topik buruj.. hehe subhanallah.. mmg mengasyikkan kan
indah nya ciptaan tuhan !
indah nya ciptaan tuhan !
wah..xtau pun persada ada buat benda ni,,huhu~~
cantiknye.tp cmne dyorg rakam tahi bintang tu.aneh jgk ni
eei...seronoknyer pat tengok :)
Post a Comment