Malam tadi selepas hantar Danish ke kelas Tuisyen, saya & En.hubby terus ke Balai Polis Taman Universiti untuk mencari tahu perihal Ikhwan. Sesampai sahaja saya ke kaunter balai, saya terus bertemu dengan Konstabel yang bertugas. Kebetulan seorang pegawai wanita yang bertugas malam tadi juga bertugas pada malam semalam. Saya menceritakan tentang Ikhwan dan bagaimana saya mengenali Ikhwan semalam kepada pegawai wanita tersebut.
Menurut pegawai wanita itu, mereka memang ada mendapat aduan dari seorang lelaki dan terus menghantar seorang pegawai ke tempat kejadian. Sampai sahaja di situ Ikhwan lari dan mereka mengejar sehingga dapat dirangkul oleh lelaki berkereta Honda itu dan terus membawa Ikhwan ke Balai Polis. Lelaki berkereta Honda putih itu menunggu sehingga ibu Ikhwan datang menjemputnya kira-kira pukul 12 malam. Itupun nak mendapatkan maklumat dari Ikhwan punyalah payah.
Alhamdulillah, Ikhwan selamat. Terima kasih pada semua yang mendoakannya semalam. Lelaki berkereta Honda putih itu benama En. Nabil. Wajahnya seindah pekertinya. Kalau sekali imbas, wajah En. Nabil ada iras-iras macam pelakon Ungku Ismail Aziz. Meh saya tunjukkan wajahnya serupa apa;
curi gambar dari www.budiey.com |
Bagi yang bersangka buruk terhadap En. Nabil semalam, tak salah kerana kita berhak menyuarakan pendapat kita dan kita harus mencurigai sesuatu yang tidak betul dimata kita. Sama juga dengan saya, kerana kecurigaan itulah saya menyusul ke Balai Polis tadi bertanyakan tentang Ikhwan. Ternyata En. Nabil lebih baik dari yang kita sangkakan. Bayangkan dia sanggup menunggu sehingga tengah malam semata-mata mahu keselamatan Ikhwan terjamin walaupun sebenarnya Ikhwan sudah selamat di Balai Polis itu.
Sifat seperti inilah yang kita mahukan. Bukan menyebok, tapi mengambil tahu hal-hal sekeliling kita. Jangan terlalu mengambil mudah sesuatu perkara, tapi kita perlu prihatin. Mungkin ada yang dah berjumpa dengan Ikhwan sebelum ini...maaflah kalau saya katakan ayat-ayat inilah yang bermain di kotak fikiran mereka;
- Anak siapalah ni merayau malam-malam ni. Tak ada mak bapak ker?.... terhenti disitu
- Budak-budak ni tak reti duduk rumah ker dah malam-malam macam ni?.... terhenti disitu
- Budak ni tak lain, minta sedekah lah tue. nak jadi apa lah.... terhenti disitu
- Mak bapak budak ni tak sayang anak ker biarkan merayau malam-malam.... terhenti disitu
Minta maaf sekali lagi untuk soalan-soalan penyata diatas dan saya tidaklah mengatakan saya ni baik sangat. Saya sendiri tergamak tinggalkan Ikhwan dengan orang yang saya curigai. Kalaulah terjadi apa-apa pada Ikhwan seperti yang kita prasangkakan pasti saya menyesal.
Terima Kasih Nabil kerana menjadi Melayu Baru bak Lelaki Melayu Terakhir.
Menurut pegawai polis tadi, Ikhwan seorang budak hiperaktif sehinggakan ibunya tak dapat mengawalnya. Tetapi bagi pendapat saya, Ikhwan tidak patut dibiarkan begitu kerana anak-anak seperti ini perlukan perhatian. Walaubagaimanapun, pegawai polis itu tak mahu memberitahu maklumat-maklumat peribadi Ikhwan walaupun tinggal di Kebangsaan berapa. Tak mengapa, suatu hari nanti kalau saya terjumpa dengan Ikhwan lagi, saya akan interview dia sambil belanja dia makan KFC.
Cuba bayangkan jika anak-anak kita yang berkeliaran malam-malam hari...............
26 comments:
nasib baik ada orang yg berhati mulia mcm en.nabil tuh ^_^
Patutlah, hiperaktif rupanya.. Parents ikhwan kena lebih berwaspada lagi supaya perkara mcm ni tak berulang lagi..insyaAllah..
Tak tahu nak ceritakan perasaan ini bila dapat tahu ikwan selamat .....Dari semalam sampai sebelum pergi balai polis tadi memang sentiasa saya akan doakan yang terbaik buat ikhwan....... alhamdulilah semuanya selamat.....
to my wife
semoga keperihatinan ini akan dibalas dengan keredaan dari Allah.... luv u
ada jgk eh kes mcm ni. asalkan semuanya dah selamat.
oh mulianya hati encik nabil tu. mcm nak jatuh je hati dgr citer kebaikan dia. hikkk.. ;)
susah nak jumpa orang yang 'suka jaga tepi kain orang' kan.. dan budak seperti Ikhwan tak sepatutnya dibiarkan berkeliaran waktu malam..
syukur masih ada insan berhati mulia..
Alhamdulillah...
Thanks to Riswan Zahari, Chic Na & aizamia3 kerana mendoakan yg terbaik utk Ikhwan.
Chic Na...haaa dah jatuh cinta dgn En.Nabil ehhh :)
utk En.hubby yg komen secara senyap kat atas tue, thanks utk kamu juga. Kita sama2 dalam kasus ini.
Semoga kebaikan akan di balas dengan kebaikan. Hari ini kita ambil tahu hal anak orang, esok2 pasti akan ada orang lain mengambiltahu hal anak kita pula...Wallahualam.
zaman skrg ni susah nak cari org baik cmtu kan. situasi skrg ni kdg² buatkan kite mudah dan perlu berprasangka buruk utk keselamatan diri.
alhamdulillah... mujur ikhwan tak pape... thanks en Nabil.. :D
~blushing~ hikhik.. :)
alhamdulillah..segalanya dh selesai..persoalan dh terungkai...
Semoga lebih ramai orang kita yang bersikap seperti En Nabil dan juga Puan punya blog ini. :)
Nasib ada insan yang prihatin macm en nabil tu....
syukur juga ikhwan selamat...
mak ayah dia tak risau ke anak2 dia berkeliaran sampai tgh malam? pelik2..mgkn ikhwan tu betul2 dah tak dapat dikawal kot~
Niena ingat tak ACHIK kat rumah mak uda. Achik ni selalu berkeliaran merata taman. Org2 kt taman dh kenal dia pun. Kita selalu srh dia balik rumah.... Ya la mana la tau takut2 dia main kt jln besar. Rasanya sama la cam kes Adik Ikhwan ni. Tq kan kat Mr Nabil. Mesti ensem.
alhmdulillah,janji Ikwan selamat :)
ada lg org sebaik En,Nabil tu eh..bkn apa selalunya suma org just tgk n pikir tanpa wat apa2,mulia sggh hati En Nabil..haish En Nabil..En Nabil (^__^)
@Ariana Aris;
Kak Rozie,itulah pasal. Org2 sekelilingnya pown kena prihatin juga mcm tetangga Mak Uda tue. Tp...tetangga Ikhwan ni... taktaulah yea...
~~nampaknya mcm dah ramai yg jatuh cinta dekat En.nabil nie. Nanti kalau CiM terjumpa lagi dengan beliau CiM kirimkan salam u all semua. mesti En.Nabil tinggal dekat2 sini jewrrr~~~
Alhamdulillah....t'tanya2 gak perkhabaran Ikhwan...selamat ke tidak? moga keperihatinan kalian menjagi contoh pada masyarakat kita skng.....jgn asyik pandang serong pada 'org2 yg suka jaga tepi kain org lain'. ada kebaikan jika kita mengambil tahu keadaan sekeliling...moga kes Ikhwan ni menjadi pengajaran pd ibu bapa yg punya anak seperti Ikhwan..
alhamdulillah.errr.kalo jumpa lg kirim slm pd abg nabil tu.hik3!
Hahaha....Aziera, terus panggil 'Abang' ehhh.... nak no.plat Honda sekali tak?
alhamdulillah nasib baik ikhwan selamat dan pulang kepangkuan keluarga dia...
dan terima kasih atas keprihatinan en.nabil. syabas... :)
alhamdulillah....
terjawab sudah teka-teki siapa Ikhwan itu....
dan terima kasih juga untuk En. Nabil.
i'm really sorry, saya juga telah mengesyaki yang bukan2 terhadap "lelaki berHonda putih" ni....
harap dimaafkan....
hensem jugak Mr. Nabil ni...
wah en Nabil tuh baik hati rupenyer..baguslah teka teki mengenai ikhwan telah terjawab..ALHAMDULILAH semuanya okey
bukan setakat no plat kak.no telefon terus pn boleh.hahaha.
kak Niena Rizal..abang nabil tu dok tmn u gak ke??? jalan ape?jalan ape??..hehheeee ni yg nak ilang gak kat petronas..nnt abg nabil blh selamatkan..hahahha
@Sri Aziera & Shareena,
Hamboiiii!!!...u 2 org g arh jenjalan kat tmn.U pusing2, kalau jumpa Honda Putih driver ada iras2 Ungku, korang call lah akak confirmkan plat no. ehhh, pastu korg buat2 lah kereta rosak ker, pengsan dpn kereta dia ker, confirm Abg. Nabil korang tolong...hehehehe
@tauhhid,
Takpa..biarkan rasa itu, CiM pun begitu, salah sangka melulu, Insyaallah Dia Maha Tahu...
Post a Comment