Saya baru saja balik dari menghantar Danish belajar bermain gitar di C&M Taman Universiti. Terus capai lappy nak tulis apa yang kami lalui semasa menunggu Danish tadi.
Siapa Ikwan???
Entah, kami pun tak tahu siapa budak ini, berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun sedang berkeliaran di sekitar Stesyen Petronas 2, Taman Universiti berhampiran Pasar. Mulanya En.hubby dah berjumpa dengan Ikhwan ni dulu sewaktu kami bermaghrib di Surau Petronas tersebut. En.hubby ingatkan Ikhwan ni anak kepada salah seorang jemaah surau tersebut, tapi nampak pelik sebab kebanyakan jemaah berpakaian bersih tetapi pakaian Ikhwan sedikit comot. Selepas bersolat saya menunggu En.hubby di kereta sementara En.hubby menghantar Danish ke kelas gitarnya. Masa inilah saya terserempak dengan Ikhwan. Tapi saya hanya membalas senyumannya sahaja tanpa mengesyaki apa-apa.
Sewaktu menunggu Danish di kereta, kami ternampak lagi kelibat Ikhwan melintas di hadapan kereta kami tanpa arah. Tiba-tiba En.hubby bertanya;
"Siapa budak ni ekk.. Abang jumpa dia kat surau tadi, ingatkan dia anak salah sorang orang kat dalam surau"
Kami berpandangan dan saya pula terdetik untuk mengekori Ikhwan tadi apabila terasa seperti ada yang tak kena. Sewaktu saya mula menghampiri Ikhwan, Ikhwan berhenti di hadapan sebuah kereta Honda City putih, nampaknya pemandu Honda tersebut sedang menanyakan soalan kepada Ikhwan. Saya hanya memerhati dari balik kereta, tetapi akhirnya mengejar Ikhwan yang seakan lari dari pemandu Honda tadi. Saya dapat menghampiri Ikhwan akhirnya, peluang ini saya ambil untuk bertanyakan beberapa soalan yang bermain diminda sejenak tadi;
"Adik seorang saja ke? Nak pergi mana ni?". Ikhwan hanya menggeleng
"Siapa nama?" Saya pegang bahunya... "Ikhwan.." dia membalas
"Mak ada?" Ikhwan menggeleng
"Ayah ada?" Ikhwan menggeleng
"Dah makan?" Ikhwan menggeleng
"Nak makan? Jom ikut acik kita pergi makan" Ikhwan menggeleng lagi
Ikhwan mula melangkah kecil seperti mahu menjauh. Mungkin dia takut...
"Tinggal kat mana?" saya menghampiri dan bertanya lagi.
"Kebangsaan" Ikhwan menjawab takut, tapi akhirnya melangkah lebih jauh. Kelihatan lelaki berkereta Honda tadi menghampiri kami. Mungkin Ikhwan takut dengan lelaki tersebut.
Sampai masa Danish habis kelas, saya menjemput Danish sebab en.Hubby sedang tunggu Aqil di kereta. Sewaktu hendak menghampiri kami, saya nampak lelaki berkereta Honda itu sedang asyik mengekori Ikhwan. Bila saya cuba menghampiri Ikhwan dia mula pergi jauh. Saya sempat bertanyakan lelaki berkereta Honda itu adakah dia akan terus mengekori Ikhwan.
"Yea kak, takpalah akak boleh balik dulu. Saya akan ekori dia sampai polis datang"
En.Hubby pun kata lelaki tadi menelefon polis sewaktu saya menginterview Ikhwan. Dia juga risaukan keadaan Ikhwan kerana kes pencolikan, lari rumah, dera sering terjadi. Ketika saya berbual dengan Ikhwan tadi juga saya perasan ada parut yang agak baru di dahinya. Timbul keraguan.... Sekembalinya saya kekereta, saya luahkan hasrat untuk menyoal siasat lagi Ikhwan kerana menurut En.hubby Ikhwan bagaikan takut dengan lelaki. Bila kami pusing semula...tak jumpa. Begitu juga dengan lelaki tadi mungkin dia masih mengekori kerana keretanya dibiarkan di tempat kami menunggu Danish tadi.Kami balik dengan pelbagai persoalan.........
Siapa Ikhwan???
Ikhwan berpakaian kuning berseluar pendek paras lutut bewarna biru.
Ikhwan bergigi kapak (ala-ala rabbit).
Ada parut didahi.
Tak sempat nak tanya rumah Jalan Kebangsaan berapa.
Harap-harap Ikhwan dah selamat dengan lelaki berkereta Honda tadi di Balai Polis Taman Universiti.
36 comments:
misteri la cerita ikhwan tu..cam tersangkut je membaca...apa kesinambungan kisah ikhwan...
huh,sian ikhwan..
sekarang ni memang banyak gejala culik budak2..
Jangan smpai kene pkaikan kanak2 ni dengan gps tracker.. hehe!
harussss you buat intipan, or lagi bagus, buat rakaman video. then, lodge a report to the police station... entah2 budak tu adalah mangsa sindiket yang apaentah.... and then lelaki tu, macam mengawal pergerakan ikhwan tu jerr.... anyway, listen to your heart, kalau rasa macam something tak kena tu, harus berwaspada.
@Yumida;
Taktau nak cerita apa dah sebab ciernya habis kat situ (bagi kami) tapi bagi Ikhwan taktaulah apa dia makan malam ni, kat mana pulak dia tidur. Sama-samalah kita doakan dia.
@Riswin Zahari;
Haaa tu lah...kami pun dah rasa macam nak buat begitu kat anak2 kami. Agak2 akan ada tak device mcm tu nanti erkkk?
@Tauhid,
InsyaAllah esok kami akan bertanya di Balai Polis Taman U. Nombor kereta lelaki tadi pun sudah kami ambil (akan dirahsiakan buat masa ini)
ntah2 bdk nie kena dera kot kak nina??
hm, pelik nie, ala, xde sambungan ke kisah Ikhwan tu....
semoga ikhwan selamat, serius risau sgt bila baca nih...
@♥e'in♥ a.k.a Farah,
Tu yg akak risau ni. Nak tido ni pown mcm tak sedap hati...
@Ayuni,
InsyaAllah kalau ada berita dari Balai Polis esok CiM update ehhh (harap dia selamat di sana)
@Rohani Hashim,
Yeappp...naluri keibuan lagi akan tersentuh kannn...CiM sebak jer lagi tadi, rasa mcm bersalah plak biarkan dia dgn lelaki tadi. Harap2 lelaki itu benar2 mahu menolong
kesian Ikhwan. mcm mangsa dera je. nanti kalau CIM tau citer psl dia esok bgtau ya. harap2 lelaki berkereta honda tu dah selamatkan dia. sama2 kita doa ye. :)
@Chic Na,
Sama2lah kita doakan yea...lelaki berkereta Honda tu nampaknya muka baik (kacak pula). Semoga jiwa & hatinya seindah wajahnya :(
semoga ikhwan selamat..
Doakan yg terbaik buatnya...
Semoga dilindingiNya sentiasa baik :)
Ya Allah..trs rs sebak bl bc entry ni..sama2 kita doa yg terbaik tuk Ikhwan.hrp2 lelaki bekereta honda tu mmg berniat baik..
smp skrg soalan belegar2 dlm kepala sy..xde fmly lain ke Ikhwan tu?kalo pun mak ayah dia dh mnggal,xkan xdak mak ato bapa saudara yg care about this?
mintak Ikhwan dilindungi Allah slalu.amin :)
tak sabar nk tau pkmbgn ikhwan.. harap22 lki tu brtniat baik betuul.. huhu
mmg misterinya ikhwan ni..risau plak ngan die..hope die selamat la hendaknyer kan...
misteri ikhwan ni..risau plak kat die hope die selamat la hendaknyer kan...
salute ngan keprihatinan u...
harap ikhwan selamat...
dijauhkan dr perkara yg tak baik...
erm...misteri nusantara ni..sape ikhwan tu...semoga die selamat..jgn la ada benda2 yng tak baik berlaku pada die...
sunnguh misteri..muga ikhwan selamat..
budak ikhwan yg cukup misteri ni..mudah2an xde apa2 yg buruk berlaku...sama2 doakan..
anak sapa la tue kan
kecik lagik tue
siannye. ntah² budak yg kene pakse kutip derma takkk.
akak tinggal dekat Taman U ke? Saya pernah pergi isi angin tayar kat petronas tu, pernah gak jumpa budak laki..dia siap nak tolong saya pamkan tayar..tp saya takut la ngan dia..huhu~
Semoga Ikhwan dalam peliharaan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah... Sedihnye, Cuba bygkan anak Kita kt tempat ikhwan, Mg dia dilindungiNya.....
seram bile ade kes penculikan kanak2 tu....semoga die selamat dan jumpa family die..
aduyai...
mcm2 skarang.. moga adik ikhwan selamat pulang k pangkuan family dia
misteri kisak ikhwan tu....apa jdi dengan kisah dia kan...lgpun skang ni byk gejala culik budak
kesian ikhwan..siapalah mak bapa budak tu..
haraf semuanya baik2 sahaja
@Yumida; Taktau nak cerita apa dah sebab ciernya habis kat situ (bagi kami) tapi bagi Ikhwan taktaulah apa dia makan malam ni, kat mana pulak dia tidur. Sama-samalah kita doakan dia.
Post a Comment