Kenapa mesti pelik tengok orang perempuan minum kopi? Bila tengok perempuan minum kopi, pandangan itu seakan-akan seperti pelik melihat perempuan hisap rokok. Janganlah macam tue bang.....
Haritu saya mengeteh dengan rakan-rakan en.Hubby. Tiba-tiba seorang rakan saya gelakkan saya, dengan perlahan di cakap pada en.Hubby saya;
"Zal, wife ko macam drebar lori lahhhh"
en.Hubby ulang balik ayat tu pada saya, saya pun kerutkanlah dahi. Aikkk...pelik tau, kenapa pulak? Gemuk sangat ker saya nie? Uitttt gemukssss ker? Buncittt? Macam-macam ilusi tentang driver lorry bermain-main difikiran saya. Haaaa...india, driver lorry kan kebanyakannya india? ........
Rupa-rupanya dia kata begitu sebab.....katanya driver lorry suka minum kopi untuk hilangkan mengantuk sewaktu memandu jauh. Haaaaaaaaaaa??????????? Then apa kaitannya dengan saya????
Heyyy...you all tak tau ker kopi ni ada banyak khasiat? Daripada u all tue asyiklahhhh mengeteh, banyak kolestral, susu pekat manis, teh dengan pewarna tambahan, tambah lagi bila anne' (mat bangla) yang buat. Silap-silap masa tarik tue termasuk bulu ketiak dalam kole. haaaaa kan dah marah nie! hamek Kau0W!
Why Do I Like Coffee?
Kenapa Saya Suka Minum Kopi?
Kopi adalah minuman yang bagus untuk memberi tenaga. haaa...tu pasallah drebar lori suka minum kopi. Dan itu pasal jugaklah saya boleh bertahan selama satu hari dengan tugas-tugas rasmi dan tidak rasmi, tambah lagi berjaga di malam hari tambah lagi berblogging disini
Jika anda mengetahui cara minum kopi yang betul dan membancuh kopi dengan baik, minuman ini boleh memberikan impak positif kepada tubuh badan. Antaranya....
1. Melindungi jantung.
Peminum kopi yang mengambil 1-2 cawan kopi hitam dalam sehari memiliki risiko terkena stroke lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan oleh adanya antioksidan yang terkandung dalam kopi.
Kopi memiliki antioksidan lebih banyak berbanding blueberry. Antioksidan yang terkandung di dalamnya membantu menahan effect buruk terhadap arteri. Kopi dapat meningkatkan tekanan pada darah dan denyutan jantung sebaik sahaja anda meminumnya. tetapi setelah beberapa minit kemudia, kopi akan menurunkan tekanan darah, karana antioksidan pada kopi mengaktifkan asam nitrat pada tubuh sehingga terjadi pelebaran pembuluh darah.
2. Mencegah kencinh manis (Diabetes)
Antioksidan kopi, khususnya asam klorogenat dan guinides, memainkan peranan penting untuk meningkatkan sel tubuh terhadap insulin yang membantu mengawal kandungan gula darah. Menurut penelitian, orang yang meminum kopi setiap hari memiliki risiko yang lebih rendah terkena kencing manis.
3. Menjaga kesehatan hati
Kopi juga berupaya mengurangkan risiko dijangkiti sirosis dan penyakit hati. Satu analisa dari sembilan penelitian menemui bahwa kopi boleh menurunkan risiko barah hari sebanyak 43%. Hal ini adalah kerana kandungan antioksidan dan caffeine di dalamnya.
4. Meningkatkan kekuatan otak
Minum kopi secara teratur juga dapat membantu mengurangkan risiko Demensia dan Alzheimer, sama halnya seperti Parkinson. Antioksidan yang terkandung di dalam kopi menghalang kerosakan sel otak dan membantu jaringan saraf untuk bekerja secara maksimum agar otak dapat bekerja dengan lebih baik.
5. Membantu menghilangkan sakit kepala
Penelitian membuktikan, 200mg caffeine dapat membantu menghilangkan sakit kepala, termasuk migrain. Walaupun begitu belum ada penelitian yang membuktikan bagaimana cara caffeine menghilangkan sakit kepala, namun para peneliti meyakini bahwa caffeine meningkatkan aktiviti sel otak yang mengakibatkan pembuluh darah di sekitarnya menegang.
“Penegangan pembuluh darah ini membantu menghilangkan tekanan yang mengakibatkan rasa sakit,” ujar Robert Shapiro, M.D., Ph.D., profesor saraf dan Director the Headache Clinic dari Universitas Vermont Medical School.
Namun, di balik kenikmatannya, kopi menyimpan kesan negatif bagi mereka yang tidak mengetahui cara minum kopi yang baik. Minum kopi berlebihan bisa menimbulkan impak buruk, antara lain, meningkatnya kadar kolesterol jahat iaitu trigliserida yang akan membuat darah lebih pekat.
Selain itu, kopi akan sangat berbahaya untuk pesakit yang menderita tekanan darah tinggi, kerana kafein dapat meningkatkan tekanan darah secara tiba-tiba. Bagi wanita hamil, kopi dapat meningkatkan risiko kematian pada bayi. Kopi juga boleh mengakibatkan tulang rapuh. Kopi juga boleh menimbulkan perasaan gelisah, insomnia, dan tremor (tangan bergetar).
Untuk dapat menghindari kesan negatif terhadap kopi, pilih bancuhan kopi tanpa tambahan gula dan susu, serta mengurangkan pengambilan kopi. Selain itu, pilih juga jenis kopi yang tanpa kafein.
Antara rahsia saya minum kopi yang boleh anda sebagai penggemar kopi amalkan:
Minum 2 gelas air putih sebagai pencuci setiap 1 cawan kopi yang anda minum. Insyaallah segala 'racun' dalam kopi dapat dineutralkan.
sumber : Petti Lubis, Febry Abbdinnah – VIVANEWS
36 comments:
oo tau dah. patutla awet muda. hehe.. kopi kan sumber antioxidant. ;)
hm, tp sye sedar lelaki suka minum kopi....
Kakcik suka minum milo dan juga teh O nipis. :)
sweety lebih suka minum teh o.. kopi amat jarang..boleh dkira setahun tu..thn lepas xda langsung minum kopi..
saya jarang minum kopi dear,tapi kalau kopi white coffe mmg saya belasah licin..hikhik
@Chic Na,
Hehehe..Yea yea je erk awet muda.
@Ayuni,
Haaa tu lah pasal..bleh plak nak samakn i dgn drebar lori.
sy tak de la addicted sgt pada kopi..
tapi nescafe okeyh!
hehehe
@Kakcik,
Milo pun CiM minum juga, biasanya pagi. Klau teh, mmg CiM akn buat yg paling nipis & tawar.
kopi mmg banyak khasiat, tp rasanya tak elok gak kalau minum bnayak2 kan?
gelilah baca bulu ketiak anne tu masuk dala teh tarik..geli~~~
@~Sweety Honesty~
Loh...tk penah minum kopi ke? You should try & feel it.
@Arina Shamsul,
White coffee pun i like
@LELAKI INI,
CiM tk berapa sgw nes ni, pening kepala bila minum trlalu byk
@Yana Libra,
Kùìkùìkùì..jgn trlbh imaginasi.
milo ais milo ais. hehe
hehe entri mempertahankan diri.. dieyna pun suka kopi.. drebar lori jugak ke//??? haha
drebar bas pn sama....ske minum kopi..
my hb..klo kt umah x ske minum kopi..sakit kepala katanya..tp yg pelik everytime mkn kt luar..order kopi je...uishhhh...misteri x kt situ?
ker maksudnye kopi yg sy buat x sedap??? kikikiki
kopi?? sy x minum..x suka..hihi...
banyak juga khasiat kopi yer...wani kdg2 jer minum kopi hehe
saye jarang minum kopi jagak...suke minum susu ...hee
@Nurul Husna,
Milo ice tabur!!
@Dieyna,
Haruslaaaa..mstila kena tau apa yg kita makan/minum. Ok tk n3 ni?
(actualy mmg hangen laa bila kwn dia ckp mcm tu..tp i okey je..)
Masha minum HO Ho Ho Holicks...
kopi pun layan jugak time2 nak study...memg berkesan menghilangkan ngantuk kan...
suke jugak kopi. minum kopi yg pahit tu lah sedap kan. ;)
uishh, tak salah pe minum kopi. tp masalahnya, saya plak tak suka minum kopi...kalau kopi susu, insyaAllah minum :)
ai ada jgk minum kopi tp x selalu sgt lah..kdg2 tu bila teringin belasah je..tp lps ni bleh minum lg lah...aweks muda kan ..hahha
salam singgah.. jalan jalan baca cerita.. =)
kopi memang ada khasist tersendiri but not to be taken secara berlebihan
kak pun kdg2 suka minum kopi..
tak mau letak susu, hitam pekat..
tapi kopi kampungla..
lagi2 kalau ada ubi rebus sebelah
kopi ada keburukan dan kebaikanya jgk.. Btw,kalo kene kopi pepetang ni syok lah.. ^_^ #haha,ok..apa2 pun tq=)
kopi... baik untuk kesihatan.
wowwww...your style of coffee, is just like my style of coffee! cuma i tak letak gula langsong. hirupan kopi yang pertama memang boleh buat muka senget sekejap, tapi lepas tu, selamba jerrrr minum kopi pahit tu...hehehe... kisah benar dariku yang hantu kopi!
suka gak minum old town white coffee. superb! :)
sy pon suka minum coffee..rasa mcm dah addicted dah! hahahahaha!!
dulu dekat johor rajin gak minum kopi.. asal mintak je org amik order mesti wat muka.. last2 tanye kat sorg pakcik tu "kenapa?" dia jawab, "orang perempuan tak elok munim kopi, nak tahu kenapa, tanye la mak kamu.." sampai skrg mak sy pun tak tahu jwpn.. haha..
suka juga tapi tk selalu amik.
Post a Comment