22 June, 2012

Pujian vs Pujaan

Maaf kalau N3 malam ni membuatkan anda, anda & anda rasa macam mual-mual nak mun.., sengal-sengal nak gelak, meluat rasa macam nak lempang muka saya. Tapi saya tak kesah, sebab rasanya 1 orang lempang muka saya, mesti 10 orang akan datang lempang balik muka sapa tadi tu yang nak lempang saya? Hehehehe.... makin ramailah yang rasa macam mual-mual nak mun.., sengal-sengal nak gelak, meluat rasa macam nak lempang muka saya.

Pujian & Pujaan... apa beza erkkk...

Nak tau kenapa saya tergedik-gedik nak type N3 nie....? Sebab.... ehemm ehemm... sebab.... dari pagi tadi sampailah saya balik rumah & duduk kat depan lappy nie....asyiklah orang dok muji-muji saya. Dari tudung sampai ke baju... sampailah kasut yang saya pakai....hummmm...rasanya macam biasa jer cuma hari ni disebabkan kemalasan melanda & terlewat tak sepat gosok baju, saya sarung jer baju kurung yang tak perlu digosok. Tudung pown yang jenis sarung tak perlu digosok juga, kasut pown sarung jugak sebab dah terlewat sangat.

Cuma saya tak berapa pasti PUJIAN tu ikhlas ker erkkk? Adakah saya ni selalau menjadi PUJAAN hati mereka sampaikan baju yg dibeli dgn harga RM16 pun nampak cantik pada mereka, sampaikan kasut saya yang dah tunggu masa nak terkopak pown cantik dimata mereka. Jahat saya kannnn....orang dok muji-muji, saya pulak yang rasa meninggi diri...bukannya apa, cuma rasa serba salah pulak bila orang dok muji-muji memanjang. Kadangkala terlintas juga, adakah PUJIAN tu ikhlas atau.......

Tapi, jauh disudut hati saya yang sentiasa berfikiran positif ni (apabila tiba masanya), mereka sangat ikhlas memberikan PUJIAN sebab nampak diwajah mereka yang mereka tidak mereka-reka cerita. Yeaaaa...saya selalu berfikiran positif walaupun kadangkala pada awalnya saya bersikap cynical sebab saya ni susah mempercayai orang.

Sebenarnya saya tak berapa selesa dengan PUJIAN sebab saya segan didengar orang. Tapi apakan daya saya hari ini ditimpa dengan PUJIAN yang amat dasyat sampai tak tertanggung segannya....

Tapi...saya tak kesah kalau saya menjadi PUJAAN setiap orang sebab saya suka disayangi oleh semua orang. Saya lebih selesa kalau setiap tindakan dan gerak geri saya menyenangkan hati semua orang. Tapi tidaklah saya mahu sampai dijadikan idola kerana saya bukan sesiapa...

**Saya sayang semua orang disekeliling saya dan setiap orang yang saya kenali kerana mereka dan anda, anda, anda semua adalah pelakon tambahan dalam drama kehidupan saya**



KADANGKALA TAK PERLU BUAT APA-APA UNTUK MENDAPAT PAHALA,
DIAM SAHAJA SUDAH MEMADAI....
KADANGKALA TAK PERLU KELUAR DUIT BERBELANJA UNTUK MENGUKUHKAN SILLATULRAHIM,
SENYUM SAHAJA SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TIDAK PERLU HARTA BENDA UNTUK MERAIH CINTA,
BERDOA SAHAJA SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TAK PERLU BERHIAS RAPI UNTUK MENDAPAT PUJIAN,
MENJADI DIRI SENDIRI ITU SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TIDAK PERLU BERSAING HEBAT UNTUK DIJADIKAN PUJAAN,
BERAKHLAK MULIA BERBUDI PEKERTI ITU SUDAH MEMADAI.


 Thank you juga untuk Emmi Caramadaries untuk pujian yang diberi...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

Unknown said...

yeahhh... pujian tu boleh melalaikan manusia...bila dah prasan tu mula la mcm2..riak menguasai diri pas tu trs nk jadi cantik dan lebih cantik..x bgs kan..deqla pun nk jadi pujaan hati semua org yg deqla syg! hihi..

Si Matatajam said...

Bersyukur je la kat dalam hati....Alhamdulillah segala Pujian hanya bagi Allah... M nak jadi pujaan hati my hubby...cukuplah...

~Cik Sweety~ said...

nak jdi pujaan tuk bakal suami jek..hihi.. pujian tu bagus..jika.. ia boleh memberi lebih keyakinan utk berhadapan dgn org..tpi jgn smpai riak dah laa.. bila org memuji..ucp syukur alhamdulillah..tak kira la iklas atau tak.. yg pntg harus bersyukur dgn kurniaan Allah..(^_^)

Unknown said...

setiap pujaan ada pujian...tapi setiap pujian tidak semuanya ada pujaan

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

pujian kdg2 boleh buat seseorang jd bangga diri...hati2 jer la kita ni :)

Arina Shamsul said...

alhamdulillah...

kalau camtu cim kena selalu sarung baju yang tak bergosok setiap hari la..hahaha.

bukan apa,untuk mendapatkan pujian untuk keyakinan diri je,jangan lelebih pulak ye sayang..hahaha.takut kang diri jadi riak dan takabur pulak..ngeeeee..

Chic Na said...

err actually mmg segan kan kalo org puji lebih2. msti terfikir yg negatif. tp bagusla sifat positif akak tu. xsalah org buat akak jd pujaan. lg pun bknnya akak buat benda yg salah. :)

Miss Syahbanu said...

betul kadang2 pujian tuh boleh jadi sindiran dlm bentuk pujian..fuhh sy pun mmg segan bila tetiba ada org berikan pujian..

dieyna said...

baik memuji daripada mengeji hehehe... hehe

9n0L4 said...

pujian boleh jadi satu ujian utk kene lebih bersyukur. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...